geng budak slumber
Saturday, September 3, 2016
KUSUT
kadang bila kau jauh dari jalan benar
kusut
kadang kau lupa ibadah
kusut
kusut jiwa meletakkan sesuatu pada manusia
kusut hati menyerah pada yang xpasti
kusut hidup mengasingkan tuhan dari harian
kepedihan ada masa sangat tak terluah
dek kerana satu buruk huduh
luka lama berdarah darah
adilkah?
apa lagi
apa lagi kali ini
hidup xkan pernah berhenti meletihkan
hidup tak akan pernah berhenti melukakan
hidup xkan pernah berhenti menyakitkan
buat hati hati perjuang
kental mara
jangan menyerah
ya semuanya meletihkan
tapi ganjaranya membahagiakan
Thursday, September 1, 2016
Pinjaman
Saturday, August 27, 2016
KETAKUTAN
Thursday, November 5, 2015
Orked Amanda Binti Mohd Ayub
Assalamualaikum...
Menarik napas mencunggap dan berbaring melepas lelah..
Allahu...terima kasih tuhan
I'm wtitting this not to regret or complaint anything about my life
Seriously Im sooooo grateful to have this life...mine...
Alhamdulillah
Perempuan selamber blur ganaih dan selenge ni akhirnya jadi emak
Layakkah? #tampardirisendiri
10.08pm 31/10/2015 Hoshas Temerloh; Labour room
Aku sendiri tak tahu macamane pompuan yg hampir 'single by choice forever' willing nak hadap semua kelecehan yang aku pernah persoalkan
Why bother falling in love,sacrifice all you had,going through well known tough tingy if it never last?
Aku dah jumpa jawapan untuk soalan sendiri satu masa dulu
Memegang amanah membesarkan seorang anak perempuan yang aku pilih namanya Orked Amanda bermaksud bunga(orked) yg di sayangi aku galas tanpa aku tahu kemampuan sendiri
Tatap wajah anak syurga ini buat aku berfikir jauh ke hadapan
Apa aku perlu buat sekarang?
Anak perempuan aku
Anak perempuan ibu, Orked Amanda Binti Mohd Ayub
Ibu ini manusia....ibu tidak sempurna...ibu akan besarkan kamu tanpa banyak soal...ibu xakan mintak apa apa dari kamu
Kamu anak ibu dan babah
Dan ibu,babah orang tua kamu
Kita belajar sama sama okey?
Buat suamiku Mohd Ayub
Terima kasih kerana sentiasa di sisi....
Tiada yang aku ingin lagi selagi kamu ada
P/s: suatu masa kamu akan jadi ibu juga....selamat berjuang anak...perjuangan ibu baru bermula!
Friday, October 23, 2015
Cinta
Assalamualaikum...
Wargghhh it been a very veryyy long time
Writting this while my husband away for work
Lama dah nak tulis n still xtulis2
Sedang menunggu hari untuk melahirkan anak pertama
Mak cakap anak pertama macam cinta pertama seorang ibu
Sepanjang mengandung...aku cuba cari ilmu memahami seketoi bayi
Aku ibu kali pertama...
Apa yang aku tau tentang bayi...tentang menyusu...tentang apa rasa seorang ibu
Kadang kadang rasa tendang dan gerak kandungan hanya allah tahu...
Perasaan yang tidak dapat di ceritakan
Perasaan menanti satu keajaiban milik tuhan sebagai pinjaman
Walaupun kadang2 cuak bila di momokkan rasa sakitnya bersalin...
Aku masih gembira setiap kali suami yang aku pinjam ini berborak dengan anaknya
Tidak berkira membersihkan muntah aku
Tak pernah letih mengurut belakang aku yang kian sakit menampung anak ini
Anak...kamu sudah 2.7kilo...dan ibu makin gemok...hahaha...tak pernah rasa segemok n sebangga ini..ibu gemok dengan gembira!
Ibu tak sabar mahu pegang tangan kecil kamu anak!
Sangat tidak sabar
P/s: suami ill be missing you so bad during my confiment..please come to me every weekend...plsss
Monday, March 23, 2015
Cinta 100hari
Assalamualaikum..
Haih...seems like i write when i feel to write...
Nak update 2ari lepas tapi tapi malas...hahahah
And alhamdulilah it been 100days(2hari lepas) so today 102days la kan..
As a wife kepada si baek hati..
100hari ni kena tinggal sorang kat rumah tu biasa since kerja laki aku kadang memerlukan dia stayback sampai ke pagi esok nya bila orang dah masuk kerja dia baru nak balik..
Setakat ni memang aku boleh handle since I know how he work..
Eleh 100hari pon kecohhh...
Actually after the tragedy yang membuatkan seorang aku xjadi orang untuk beberapa tahun...aku tegaskan hati dengan syarat 100hari..
Sesiapa pon yang aku atau dia mahu keperingkat seterusnya dalam hubungan dengan aku...maka aku akan beri peluang 100hari tanpa pengetahuan orang tersebut..
Dalam 100hari itu aku akan jadi perempuan separa jerk untuk melihat kesungguhan seseorang dan cara seseorang itu handle aku...n i try to open my heart also to love orang tu lah..
Panjanggg pulaakkk explain khonnn...
Long story short selepas beberapa percubaan
I met my husband and he ask for my hand in marriage from my family on the 99th day of the 100days..tanpa dia sedar n tanpa aku sedar jugak sebenarnya sebab tetiba aku macam lupa nak kira..mengong..
On the 100days im his fiance...dah tak boleh wat apa...hahahah
Allah plan cantik cantik...
Menjelang hari ke 100 perkahwinan
Allah hadiahkan malaikat kecil untuk aku dan suami
Doakan malaikat kecil ini sihat sehingga tiba masa berjumpa nanti..
Ibu tunggu kamu malaikat ibu
Babah tunggu kamu...
Jika kamu lelaki...jadilah lelaki soleh dan baek hati seperti babah kamu..ibu jatuh cinta pada hatinya anak
Jika kamu perempuan...jadilah serikandi agama dan keluarga anak..
Semoga kita ada beratus ratus tahun lagi bersama suami
Friday, January 2, 2015
2014: Journey
Assalamualaikum..
Lama tak menulis..entah ada yang masih baca?
Tak ada pon still rasa nak tulis..
Hye!!dah masuk tahun baru..2014 aku?
Berakhir dengan:
"Aku terima nikah Nurul Asyikin Bt Ros Khiry dengan mas kahwinnya Rm22.50 tunai"
Aku tak menangis masa tu...cuma lega lepas rasa jantung nak tekeluar..rupanya itu perasaan menanti sah..
Aku menangis masa salam mak...masa salam ayah...
Mak pesan jaga suami...mak halalkan susu dan semuanya...mak maafkan semua dosa..
Ayah tahan air mata...ayah halalkan semua...Ayah ampunkan semua dosa...
Mak pesan pada suami...jaga aku...mak terima kasih pada suami...terima aku seadanya...
Ayah pesan pada suami...ayah lepas semua tangunggjawabnnya pada suami....suami aku...
2 minggu lebih kawen sampai ari ni....aku masih janggal...
Alhamdulillah tuhan sahaja tahu betapa aku syukur...
Allah pinjamkan si baek hati yang aku cari...aku cuma harap suami aku adalah si baek hati aku selamanNya...
Kawan kawan yang tahu jalan yang aku lalui sama sama rasa syukur..
Ini bukan akhir cerita...ini permulaan baru...
Doa aku di makbulkan...yes he's my answered prayers...
Semoga ini selamanya...