Assalamaualaikum again...
lets just start..
Hubungan yang di sangka Shah akan berjaya berkecai
dia sendiri tak tahu adakah dia sedang di permainkan atau apa
rasa kehilangan yang tak pernah di rasai
tapi apa daya hati nya. Ai masih perlukan masa. Kalau ada jodoh tak pergi mana kan
Shah cuba pujuk hati. Lagipun hubungan sekadar kawan itu masih seperti sebelumnya
Ai masih dengan lawaknya. Cuma tiada lagi hal perasaan
ada masa hal ini menyiksa hati Shah. Tapi mencintai sesungguhnya adalah membahagiakan orang yang di cintai. Walau hati sendiri terluka
Ai makin pulih
rasa bersalah pada Shah masih tersisa tapi dalam setiap hari dia berdoa
andai shah jodohnya semoga mereka akhirnya bersatu juga
bulan berganti...Ai mencuba nasib kerja di bandar dan akhirnya dia di terima bekerja di sebuah bank ternama cawangan berdekatan tempat kerja Shah.
Hati Ai berbunga. Aman sudah jauh di tinggalkan dalam sejarah. Dia sudah bersedia. Dan mungkin ini permulaan baru. Dan mungkin ini petanda jodohnya dengan Shah
Ai: weh... aku dapat keje kat pj
mesej Ai pendek pada shah
Shah: Pj tu kat mana besar kot
Ai: RHB Seksyen 14 dekat ngan opis kau kan?
Shah: aah. betul ke ko jangan nak tipu aku ye
Ai: betul la...kau siap ye. aku nak jumpa kau kali ni
Shah: hahahha..cubalah kalau kau boleh
Shah gembira. adakah ini sinar baru buat masa depan mereka. Mungkin ya. Atau Ai akan tinggalkannya lagi. Mungkin
Shah: bila kau masuk kerja. aku shift tah boleh ke jumpa tak
Ai: minggu depan. ala nanti tengok camne ok?
Semingu kemudian Ai masuk kerja. Bukan sesuatu yang dia sukakan tapi itu peluang nya untuk ke bandar mencari kerja lebih bagus. kesibukkan nya tidak mengizinkan dia untuk mencari Shah. Sebulan berlalu. Selesai berjumpa client masih awal untuk dia balik ke branch. Malas juga mahu menghadap boss yang menjengkelkan.
Ai: ko kejekan ari ni. kau rehat kan skang
Ai menduga. 15 minit sebelum itu dia ada mesej Shah bertanyakan jadual
Shah: aah rehat la ni kenapa.
Shah pelik.
Ai: aku dah jumpa ofis kau nak jumpa kau sekarang aku dekat bawah ni..
tersembur air minuman shah. gadis ini memang gila
Shah: kau biar betul
Ai: betullah aku kat bawah ni aku nampak motor kau. plate BLA*** kan?
Shah: series ahhh..xnak la aku keluar aku rehat kat atas je la
Ai: ko tak turun aku bakar motor kau ni
Shah: hahhaha..gila la..datang sini la kedai depan sini..kau naik myvi ke?putih?aku macam nampak satu kereta masuk sana tadi
Ai: aah laaa..kereta baru aku laaa...hahahha
Shah: ceh belagak meh sini lah. kang hangus lak moto aku tu
Ai: ok ok
Ai ketawa. dia keluar dari kereta mengeluarkan kad nama nya dan tulis "I was here" di kad nya. Di selit pada motor kepunyaan Shah. kemudian dia mengundur kereta ke kedai yang di maksudkan shah.
Ai cuba check wajahnya. Hati berdebar
Ya ini pertama kali berjumpa
Ya dia mahu kelihatan cantik
Ai menyusun langkah
Dia nampak shah.
Oh Tuhan ini benar Shah
Shah yang selalu menyokong saat susahnya dulu
Shah melambai. Tiada siapa sangka akhirnya begini pertemuan pertamanya. Sudahlah dia lupa keluar duit di ATM. Wang ada dalam saku cuma wang cukup buat makan rehat. Pertama kali berjumpa sudah x boleh belanja. Rosak reputasi aku. Hati Shah meronta
Ai: aku duk sini ye
Shah: ha..g la tengok nak makan apa. kau buat apa kat sini
Ai: jumpa client tadi. tapi macam awal lak nak balik. kau pernah cakap opis kita dekat kan. aku waze je lah..hahahha
Ai ketawa. lalu bangun memesan makanan di kaunter
Shah telan liur
Tidak kekok walaupun pertama kali jumpa
Ya..Ai semanis gambarnya
Mereka makan dan bersembang kosong. Tentang Amoi kawan sekolah Shah, tentang kerja dan tentang cerita biasa-biasa
Petang itu petang yang istimewa
tapi kelakarnya Shah malu. Ai perlu bayar makanan sendiri.
Selesai sesi pertama itu bermula lah sesi2 seterusnya
Kenangan demi kenangan di ukir
Hingga Shah lupa bertapa dia cuba elak menyimpan kenangan dengan sesiapa pun
Hingga suatu hari
Ai: aku stress keje ni aku cuba cari keje lain
Shah: keje mana?bukan gaji best ke?
Ai: gaji best tapi hari2 kene maki...hari tu aku ada pergi interview. company construction. macam boleh dapat belum dapat jawapan
Shah: owh. dah kalau dapat kau kerja mana
Ai: putrajaya
Shah: bapak ah. xde jauh lagi ke
Ai: hahhaha...jauh apa..kira dalam malaysia lagi bukan kat utara pun. pahal takut rindu aku?
Shah: perasan la kau.
Shah menahan hati. sekali lagi?
aku baru nak mula
sekali lagi kau nak tinggalkan aku ke?
bisik hati shah meronta. Petang itu mesejnya berakhir disitu cuma. Tapi
Ai terdiam juga
Jika dia benar2 pergi. apa mudah untuk mereka jumpa lagi. sedang sekarang pun masih perlu curi masa
Ah Putrajaya x jauh
Kalau Jodoh x kemana kan?
seminggu berlalu.........
Telefon bimbit Ai berbunyi
Ai: hello
HR: hello cik Aisyah Amanda saya HR dari Puri Bina. Ingat tak cik pernah datang interview?
Ai: Ya. kenapa ya cik
HR: Tahniah cik diterima boleh start lagi 2 minggu?on 1st April?
Ai: ya ya terima kasih saya settle dengan company sekarang ya. terima kasih ya encik.
HR: sama sama
Ai menung
ini berita gembira
Dia stress di maki hari hari
Di kejar2 untuk capai target. ini bukan jiwanya.
Tapi di satu sudut. Dia sedih. Apa hari esok untuk dia dan Shah itu tiada
seharian cuba di lupakan resah. Di layan kerja kerja yang tiada hari esok. Di tadah maki hamun bos.
Usai kerja dia balik berehat
Telefon dicapai
Shah perlu tahu
Ai menekan nama Shah di contact book
3 derinngan
Shah: hello assamualaikum.
Ai: waalaikumussalam
jawab Ai lemah
Shah: ada problem keee
Ai: tak. saya dapat kerja saya cakap hari tu
Shah: oh! tahniah itu yang awak nak kan?
Ai: aah. tapi lepasni mesti susah nak jumpa awak kan?
Shah: kesitu pulak. kenapa bukan jauh pun kan datang je la sini
Ai: yelah esok petang masa awak rehat kita lepak lah
Shah: ok je...tapi bila masuk sana?
Ai: 2 minggu lagi
pendek. sedih
Shah: okey. 2 minggu ni kita lepak la selalu okey?
pujuk shah. entah kenapa dia juga keberatan. Apa Aisyah Amanda bukan jodohnya
kenapa setiap kali semuanya bermula maju pasti ada saja halangan
Dan 2 minggu itu bagaikan mereka bagai mengejar masa.
setiap hari.
di habiskan tidak kira masa yang ada cuma sejam atau beberapa minit. Yang mereka tahu mereka perlu berjumpa.
Shah keberatan. hatinya bagai merasa dia terpaksa melepaskan Ai lagi
Ai juga tidak mahu pergi tapi dia mahu mengejar apa yang di sukai nya
Hingga hari terakhir untuk 2 minggu itu
petang itu hujan lebat. Ai resah
ini hari terakhir mereka
apa x akan jumpa hari ini
dan perlahan lahan gerimis pula muncul. Ai memandu kereta ke kedai mamak tempat dia dan Shah selalu berjumpa. Dia mahu mencuba kali ini
Di hari terakhir untuk meminta peluang kedua untuk mereka. Kali ini
Tapi saat gerimis itu seolah tidak mengizinkan. Shah cuma ada motor mahu ke dia basah2 ke sini?
Shah juga resah.
mesej Ai masuk
Ai: kau dah makan ke kalau dah xyah la datang
Shah tersenyum. Ya dia sudah kenyang tapi hari ini hari terakhir. Dia perlu jumpa Ai.
Shah: kau tunggu jelah lapar juga ni
tipu sunat. tipu demi cinta. cinta ke?
Ai: hujan kot xpe lah
Ai menduga. Dia berkira2 apa mahu shah meredah gerimis ini untuk hari terakhir ini?
Shah: 5 minit aku pergi sana tunggu je lah
Ai: ok
Hati Ai gembira.
sampai Shah ke sana masing2 memesan makanan
Tosai paper bendera di pacak bendera Malaysia kecil kelihatan comel
Ai mengambil gambar dan post di instagram
Shah cuma mengeleng kepala melihat
Ai: kalau aku cakap kau jangan marah boleh?
Ai menguatkan hati. Ini saja peluang yang ada, membetulkan kebodohan dia meninggalkan Shah dulu
Shah: apa?
Ai: Boleh bagi kita peluang kedua?
Shah: tak faham
Ai: kita mula balik hubungan kita menuju perkahwinan. aku nak betulkan semula. aku bodoh dulu
muka Ai merah padam. Sesungguhnya ini perlu keberanian yang maksimum. Ini harga kebodohan aku. Fikir Ai. Aku tak boleh lepaskan dia
Shah berdebar. Ikot hatinya mahu dia iyakan saja waktu itu
Tapi bagaimana kalau Ai masih keliru
Ya dia dan Aman sudah berakhir 2 tahun. Tapi bolehkah?
Shah: Bagi aku masa
Ai diam. Malu
Shah: Aku cuma nak hadam dulu. kau main serang aku macamni terkejut aku. aku xnak buat keputusan hanya sebab kau nak kerja tempat lain. ini soal bahagia kau dan aku
Ai: faham
senyum kelat
Shah: jangan salah faham. Aku tak pernah lupakan kau sehari pun. Rasa tu masih sama cuma aku perlu masa hadam
Ai: faham. ok je aku pun.
Dan petang itu berlalu
Menambah satu lagi kenangan buat Ai dan Shah
p/s: kenangan boleh jadi yang membahagiakan tapi boleh juga jadi yang menyakitkan. Jika kenangan itu harta. Maka ia harta paling berharga buat kita
P/s/s: aku nak habiskan cerita ni. 7 tahun aku simpan. aku nak habiskan. doakan aku habiskan cerita ni