geng budak slumber

Showing posts with label siri aishiteru. Show all posts
Showing posts with label siri aishiteru. Show all posts

Wednesday, August 26, 2020

cerpen: Aishiteru #11

Assalamulaikum again..


I really need to finish this.

xtahu la bila nak habis

Tapi aku akan habiskan


All other episode dekat link below

Siri Aishiteru 


1April 2013


Ms L:Hi Ms Aisyah Amanda. so what should i call you?


Ai:Hi..at work i prefer to be call Aisy


Ms L:Aisi? Ok Aisi..this is ur 1st day.i hope we will enjoy working together. U will need to attend HR briefing and later we go to site ok?


Ai:ok(Aisi pun Aisi la Ms L.sis redo)


Hari pertama di Hq Puri Bina bejalan lancar.Nampaknya hati Ai akan lebih tenang. Tak perlu di maki-maki.Tak perlu di kejar-kejar target


Selesai sedikit sebanyak penerangan tentang syarikat dengan pegawai sumber manusia,Ms L membawa Ai ke "site office"


Mr.C: Hi..so you akan jadi my site clerk?


Ms.L:yes this is our site clerk and the 5th one.done scare her ok!


Ai hanya memerhati gelagat dua orang bos barunya.Ms L bos dalam jabatannya "Project Administration Deparment". Tapi memandangkan kerani perlu ada di site office maka "Project Manager" adalah bos kedua.


Lewat petang,Ai di pertontonkan jerit pekik maki Mr.C pada staff lain.Ai cuma menelan air liur.Alamak keluar mulut buaya masuk mulut naga ke aku?


Dan dari meja kerja Ai memerhati salah seorang yang di maki.Muka tenang macam xkena maki.Lebih tepat macam pekak pun ada.


Gelap.tinggi.berjanggut.tapi pendiam


Hanya mampu diam dan tunduk di maki

Nampak macam insaf dalam redha.


Telefon bimbit Ai bergetar sepanjang hari.Masih ada pelanggan dari bank yang menelefon walau sudah di beritahu Ai tidak lagi bekerja di sana.


Jenuh.


Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Hari berganti


Ai seronok bekerja di bidang yang tak pernah dia terfikir untuk masuk.Walaupun jerit pekik maki Mr.C ada masa membinggitkan,Ai langsung xmerasa tertekan.


Lain pula kisahnya tentang Shah.Shah semakin jauh. Mesej masih berbalas. Cuma jawapan soalannya masih di elak elak.


Ai bosan. Ai mahukan jawapan


Waktu rehat


Ai: kau busy ke?

Shah: cuti hari ni


Ai:bila aku boleh dapat jawapan?atau kau memang nak aku tunggu.bagi aku satu jalan yang mana aku nak pergi.


Shah:aku xsuka minta orang tunggu2 aku


Ai:dah tuuu


Shah:gaji aku berapa je Ai.aku xmampu nak jaga kau.


Ai: usaha la ada banyak cara kan.aku xmintak mewah pun.aku kerja jugak kot..even kahwin pun aku still nak kerja.


Shah:kau pun tau aku malassssss


Ai:camtu je?


Shah:boleh kita cakap benda lain tak


Ai:lain kali la aku mesej kau.


Ai bosan. Tak tahu mana hala tuju lagi hubungan dia dan Shah. Tak pernah sekali pun dalam hidup nya berpatah balik. Meminta  kembali pada bekas kekasih


Baginya,sekali dia melangkah pergi,dia xakan kembali.Tapi Shah berbeza.


"A perfect soul"


Jiwa yang xsama tapi satu

Sukar dicari

Tapi Shah sepertinya ego

Terlalu ego untuk memberi laluan


Usai kerja.Ai menung di tasik berdekatan tempat kerjanya.Mencari ilham


Indah.pemandangan terlalu indah

Alunan ayat al quran di masjid bersebelahan tasik menambahkan keindahan


Dalam keserabutan, Ai bersyukur. Mungkin ada sebab tuhan hantar dia ke sini.


Ai menghela nafas

Berat.serabut.syukur.


Apa patut aku buat sekarang?

Mana patut aku tuju?

Tuesday, February 13, 2018

cerpen: aishiteru #10

Assalamaualaikum again...


Aishiteru: EPSD 1EPSD 2EPSD 3EPSD 4EPSD 5EPSD 6EPSD 7EPSD 8EPSD 9


lets just start..

Hubungan yang di sangka Shah akan berjaya berkecai

dia sendiri tak tahu adakah dia sedang di permainkan atau apa

rasa kehilangan yang tak pernah di rasai

tapi apa daya hati nya. Ai masih perlukan masa. Kalau ada jodoh tak pergi mana kan

Shah cuba pujuk hati. Lagipun hubungan sekadar kawan itu masih seperti sebelumnya

Ai masih dengan lawaknya. Cuma tiada lagi hal perasaan

ada masa hal ini menyiksa hati Shah. Tapi mencintai sesungguhnya adalah membahagiakan orang yang di cintai. Walau hati sendiri terluka


Ai makin pulih

rasa bersalah pada Shah masih tersisa tapi dalam setiap hari dia berdoa

andai shah jodohnya semoga mereka akhirnya bersatu juga


bulan berganti...Ai mencuba nasib kerja di bandar dan akhirnya dia di terima bekerja di sebuah bank ternama cawangan berdekatan tempat kerja Shah.

Hati Ai berbunga. Aman sudah jauh di tinggalkan dalam sejarah. Dia sudah bersedia. Dan mungkin ini permulaan baru. Dan mungkin ini petanda jodohnya dengan Shah


Ai: weh... aku dapat keje kat pj

mesej Ai pendek pada shah


Shah: Pj tu kat mana besar kot

Ai: RHB Seksyen 14 dekat ngan opis kau kan?

Shah: aah. betul ke ko jangan nak tipu aku ye

Ai: betul la...kau siap ye. aku nak jumpa kau kali ni

Shah: hahahha..cubalah kalau kau boleh


Shah gembira. adakah ini sinar baru buat masa depan mereka. Mungkin ya. Atau Ai akan tinggalkannya lagi. Mungkin

Shah: bila kau masuk kerja. aku shift tah boleh ke jumpa tak

Ai: minggu depan. ala nanti tengok camne ok?


Semingu kemudian Ai masuk kerja. Bukan sesuatu yang dia sukakan tapi itu peluang nya untuk ke bandar mencari kerja lebih bagus. kesibukkan nya tidak mengizinkan dia untuk mencari Shah. Sebulan berlalu. Selesai berjumpa client masih awal untuk dia balik ke branch. Malas juga mahu menghadap boss yang menjengkelkan.

Ai: ko kejekan ari ni. kau rehat kan skang

Ai menduga. 15 minit sebelum itu dia ada mesej Shah bertanyakan jadual


Shah: aah rehat la ni kenapa. 


Shah pelik. 


Ai: aku dah jumpa ofis kau nak jumpa kau sekarang aku dekat bawah ni..

tersembur air minuman shah. gadis ini memang gila

Shah: kau biar betul

Ai: betullah aku kat bawah ni aku nampak motor kau. plate BLA*** kan?

Shah: series ahhh..xnak la aku keluar aku rehat kat atas je la

Ai: ko tak turun aku bakar motor kau ni

Shah: hahhaha..gila la..datang sini la kedai depan sini..kau naik myvi ke?putih?aku macam nampak satu kereta masuk sana tadi

Ai: aah laaa..kereta baru aku laaa...hahahha

Shah: ceh belagak meh sini lah. kang hangus lak moto aku tu

Ai: ok ok 

Ai ketawa. dia keluar dari kereta mengeluarkan kad nama nya dan tulis "I was here" di kad nya. Di selit pada motor kepunyaan Shah. kemudian dia mengundur kereta ke kedai yang di maksudkan shah. 

Ai cuba check wajahnya. Hati berdebar

Ya ini pertama kali berjumpa

Ya dia mahu kelihatan cantik


Ai menyusun langkah 


Dia nampak shah. 

Oh Tuhan ini benar Shah 


Shah yang selalu menyokong saat susahnya dulu


Shah melambai. Tiada siapa sangka akhirnya begini pertemuan pertamanya. Sudahlah dia lupa keluar duit di ATM. Wang ada dalam saku cuma wang cukup buat makan rehat. Pertama kali berjumpa sudah x boleh belanja. Rosak reputasi aku. Hati Shah meronta

Ai: aku duk sini ye

Shah: ha..g la tengok nak makan apa. kau buat apa kat sini

Ai: jumpa client tadi. tapi macam awal lak nak balik. kau pernah cakap opis kita dekat kan. aku waze je lah..hahahha

Ai ketawa. lalu bangun memesan makanan di kaunter

Shah telan liur

Tidak kekok walaupun pertama kali jumpa

Ya..Ai semanis gambarnya

Mereka makan dan bersembang kosong. Tentang Amoi kawan sekolah Shah, tentang kerja dan tentang cerita biasa-biasa

Petang itu petang yang istimewa 

tapi kelakarnya Shah malu. Ai perlu bayar makanan sendiri. 

Selesai sesi pertama itu bermula lah sesi2 seterusnya


Kenangan demi kenangan di ukir

Hingga Shah lupa bertapa dia cuba elak menyimpan kenangan dengan sesiapa pun

Hingga suatu hari


Ai: aku stress keje ni aku cuba cari keje lain

Shah: keje mana?bukan gaji best ke?

Ai: gaji best tapi hari2 kene maki...hari tu aku ada pergi interview. company construction. macam boleh dapat belum dapat jawapan

Shah: owh. dah kalau dapat kau kerja mana

Ai: putrajaya

Shah: bapak ah. xde jauh lagi ke

Ai: hahhaha...jauh apa..kira dalam malaysia lagi bukan kat utara pun. pahal takut rindu aku?


Shah: perasan la kau. 

Shah menahan hati. sekali lagi?

aku baru nak mula

sekali lagi kau nak tinggalkan aku ke?

bisik hati shah meronta. Petang itu mesejnya berakhir disitu cuma. Tapi 

Ai terdiam juga

Jika dia benar2 pergi. apa mudah untuk mereka jumpa lagi. sedang sekarang pun masih perlu curi masa


Ah Putrajaya x jauh

Kalau Jodoh x kemana kan?




seminggu berlalu.........


Telefon bimbit Ai berbunyi

Ai: hello

HR: hello cik Aisyah Amanda saya HR dari Puri Bina. Ingat tak cik pernah datang interview?

Ai: Ya. kenapa ya cik

HR: Tahniah cik diterima boleh start lagi 2 minggu?on 1st April?

Ai: ya ya terima kasih saya settle dengan company sekarang ya. terima kasih ya encik.

HR: sama sama

Ai menung

ini berita gembira

Dia stress di maki hari hari

Di kejar2 untuk capai target. ini bukan jiwanya. 

Tapi di satu sudut. Dia sedih. Apa hari esok untuk dia dan Shah itu tiada

seharian cuba di lupakan resah. Di layan kerja kerja yang tiada hari esok. Di tadah maki hamun bos.

Usai kerja dia balik berehat

Telefon dicapai

Shah perlu tahu

Ai menekan nama Shah di contact book

3 derinngan

Shah: hello assamualaikum.

Ai: waalaikumussalam

jawab Ai lemah

Shah: ada problem keee

Ai: tak. saya dapat kerja saya cakap hari tu

Shah: oh! tahniah itu yang awak nak kan?

Ai: aah. tapi lepasni mesti susah nak jumpa awak kan?

Shah: kesitu pulak. kenapa bukan jauh pun kan datang je la sini

Ai: yelah esok petang masa awak rehat kita lepak lah 

Shah: ok je...tapi bila masuk sana?

Ai: 2 minggu lagi

pendek. sedih

Shah: okey. 2 minggu ni kita lepak la selalu okey?

pujuk shah. entah kenapa dia juga keberatan. Apa Aisyah Amanda bukan jodohnya

kenapa setiap kali semuanya bermula maju pasti ada saja halangan

Dan 2 minggu itu bagaikan mereka bagai mengejar masa.

setiap hari.

di habiskan tidak kira masa yang ada cuma sejam atau beberapa minit. Yang mereka tahu mereka perlu berjumpa. 

Shah keberatan. hatinya bagai merasa dia terpaksa melepaskan Ai lagi

Ai juga tidak mahu pergi tapi dia mahu mengejar apa yang di sukai nya

Hingga hari terakhir untuk 2 minggu itu

petang itu hujan lebat. Ai resah

ini hari terakhir mereka

apa x akan jumpa hari ini

dan perlahan lahan gerimis pula muncul. Ai memandu kereta ke kedai mamak tempat dia dan Shah selalu berjumpa. Dia mahu mencuba kali ini

Di hari terakhir untuk meminta peluang kedua untuk mereka. Kali ini

Tapi saat gerimis itu seolah tidak mengizinkan. Shah cuma ada motor mahu ke dia basah2 ke sini?

Shah juga resah. 

mesej Ai masuk

Ai: kau dah makan ke kalau dah xyah la datang

Shah tersenyum. Ya dia sudah kenyang tapi hari ini  hari terakhir. Dia perlu jumpa Ai.

Shah: kau tunggu jelah lapar juga ni

tipu sunat. tipu demi cinta. cinta ke?

Ai: hujan kot xpe lah

Ai menduga. Dia berkira2 apa mahu shah meredah gerimis ini untuk hari terakhir ini?

Shah: 5 minit aku pergi sana tunggu je lah

Ai: ok

Hati Ai gembira. 

sampai Shah ke sana masing2 memesan makanan

Tosai paper bendera di pacak bendera Malaysia kecil kelihatan comel 

Ai mengambil gambar dan post di instagram

Shah cuma mengeleng kepala melihat 

Ai: kalau aku cakap kau jangan marah boleh?

Ai menguatkan hati. Ini saja peluang yang ada, membetulkan kebodohan dia meninggalkan Shah dulu

Shah: apa?

Ai: Boleh bagi kita peluang kedua?

Shah: tak faham

Ai: kita mula balik hubungan kita menuju perkahwinan. aku nak betulkan semula. aku bodoh dulu

muka Ai merah padam. Sesungguhnya ini perlu keberanian yang maksimum. Ini harga kebodohan aku. Fikir Ai. Aku tak boleh lepaskan dia

Shah berdebar. Ikot hatinya mahu dia iyakan saja waktu itu

Tapi bagaimana kalau Ai masih keliru

Ya dia dan Aman sudah berakhir 2 tahun. Tapi bolehkah?

Shah: Bagi aku masa

Ai diam. Malu

Shah: Aku cuma nak hadam dulu. kau main serang aku macamni terkejut aku. aku xnak buat keputusan hanya sebab kau nak kerja tempat lain. ini soal bahagia kau dan aku

Ai: faham

senyum kelat

Shah: jangan salah faham. Aku tak pernah lupakan kau sehari pun. Rasa tu masih sama cuma aku perlu masa hadam

Ai: faham. ok je aku pun. 

Dan petang itu berlalu 


Menambah satu lagi kenangan buat Ai dan Shah

p/s: kenangan boleh jadi yang membahagiakan tapi boleh juga jadi yang menyakitkan. Jika kenangan itu harta. Maka ia harta paling berharga buat kita


P/s/s: aku nak habiskan cerita ni. 7 tahun aku simpan. aku nak habiskan. doakan aku habiskan cerita ni



cerpen: aishiteru #9

Assalamualaikum guys..



god been what year already 2018. khakhahka. tibe2 teringat ada blog. i need to continue and finish my short story..dah jadi long story dah..khakhakha

my last episode was on 2011. kau mampu sambung cite 7taun lepas..khahaka



Aishiteru: EPSD 1EPSD 2EPSD 3EPSD 4EPSD 5EPSD 6EPSD 7EPSD 8





Doktor: Puan x perlu risau. anak puan cuma keletihan dan saya tengok dia macam mild depression. does she face any problem lately?

Pn Maznah: hmm...baru putus tunang beberapa bulan lepas. saya ingat dia ok since dia nampak macam ok je

Doktor: puan depression have no face. xpe. let her rest for sometimes. maybe bawa dia bercuti ke. jangan biarkan dia sorang2 ye puan

Pn Maznah: ok terima kasih doktor.


Puan Maznah hanya mampu menelan pahit fakta

Mild depression. 

Pn Maznah: along ok?

Ai: ok mak. mungkin letih

Pn Maznah: Along kalau ada apa apa jangan simpan sorang ok?mak selalu je ada untuk along

Ai: along jumpa aman..

sebaris

diam

Pn Maznah: lepastu?

Ai: blah je la. buat apa lagi. tapi susah nak lupa apa orang dah buat kat kita bila benda tu menyakitkan sangat


Pn Maznah: its ok to be sad but please dont make it kill u. u deserve to be happy. lagi pun bukan along dengan shah sekarang?jangan ingat mak xtau kau bergayut2 tu ye

Pn Maznah cuba berseloroh

ketawa

Ai: hmm. tapi dalam keadaan camni along rasa x fair untuk dia. i have to consider where this relationship heading

Pn.Maznah; buat apa yang perlu. jangan sampai masuk hospital lagi


Ai: ok mak


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Shah resah. 


Macam lama sangat je diam ni. kenapa ek

Monolog Shah.

ah text je lah


Shah: ngek diam je ok x?

seminit...

5 minit

Ah lama betul. call je lahhh


Laju tangan Shah menekan nama Ai

deringan x lama


kedengaran suara Ai di hujung talian

Ai: hello

Shah: waaalaikumussalammmm

Ai: (ketawa) pedih

Shah: awak ok?kenapa 2 hari diam. FB pun xon.mesej pun x reply

Ai: saya masuk hospital

Shah: aah lepastu x kasi tau..apa ni

Ai: sorry i need sometime to be alone

Shah: at least reply la bagi tau kan? 

Shah merungut

Ai: sorry again

Shah: ok ok. tapi awak ok x?

Ai:no

Shah: nak bagitau saya x kenapa. saya dengar je ni

Ai: i just dont know why. kenapa susah sangat nak lupa dia. xadil . kenapa saya yang kena hadap semua ni

Shah: Ai releks. just tell me 

Ai: saya pengsan lepas serempak dengan dia. i feel so much hurt when see his face. and i feel guilty to you. saya dengan awak tapi saya ingat dia sampai camni.

Shah: saya faham. saya boleh tunggu 10 tahun pun untuk awak ok. jangan camni k. awak kuat. awak boleh cuma kadang awak ni sengal suka banyak sangat fikir. nak kene ketuk kepala tu la

Ai:hahahha..ok ok sorry

Shah: kan bagus ketawa camtu ingat muka tu lawa nangis2.lagi pun bila awak camni. saya rasa macam awak langsung x suka saya. macam xde tempat untuk saya dalam hati awak

Ai: eh tak tak no..im sorry...

muram

Shah: camni lah sayang. kalau awak nak saya lepaskan awak saya ok. kita masih kawan. awak boleh amik masa. saya xkisah

Shah menahan hati. kenapa ini yang keluar dari mulut aku. 

tapi kalau Ai masih perlu masa dia patut lebih tau

Ai diam di hujung talian. hati Shah berdebar

kalau benar hubungan ini sampai sini. Shah masih teguh. Mungkin sayang belum banyak

Mungkin

Ai: saya fikir dulu. maafkan saya

beberapa hari berlalu

malam itu Ai nekad. she need to end this. Biarlah dia lepaskan Shah...Dia perlu masa. Bukan tidak sayang. Lagipun tidak adil buat Shah

Ini demi Shah

Shah x patut terlibat dengan masalah hati Ai:


Ai: sibuk ke boleh call?

Shah nampak nama Ai di skrin telefon

sudah beberapa hari dia cuba berlagak biasa

hati nya resah

Shah: x pun kejap


3 deringan


Ai: Assalualaikum

Shah: Waalaikumussalam. kenapa?

Ai: saya rasa awak betul. keputusan ni sebab saya xnak awak terikat dengan saya yang banyak masalah emosi ni

Shah: faham. 


Ai: maafkan saya

Shah: Awak x salah . Dia yang salah sebab buat awak sampai jadi macamni. apa saya boleh cakap hanya bagi peluang pada diri sendiri untuk bahagia. saya ok je kita kawan

Ai: maaf (nangis)

Shah: sebenarnya awak ni mudah nangis kan? budget kental

Ai: dah start nak kenekan orang la tu


Shah: hahahahha

Shah ketawa. ketawa kuat kuat menahan hatinya. 

Ai: saya betul2 minta maaf

Shah: dah la tak yah cakap pasal ni. saya nak g keje ni. nanti sembang lagi ek..bye

Ai: Bye

Shah menung

cuba menghadam

adakah aku sudah kehilangan dia

kenapa susah hatinya betul2 di berikan pada aku

Shah mengumam




p/s: mencintai tak semestinya memiliki



Wednesday, August 24, 2011

cerpen: aishiteru #8

assalamualaikum n evening kwn2..=)

lame berperam dalam draft..sori sangat2 sebab aku memang mati kutu nak olah citer nie camne..tambah lak otak serabut gile....tapi..akhirnyaaa..tadaaa...selamat ber-ai-shi-te-ru!

AISHITERU: EPSD 1EPSD 2EPSD 3EPSD 4EPSD 5EPSD 6EPSD 7

Ai masih menangis di dalam kereta...tidak dapat di bendung lagi air matanya...kisah 3 tahun lalu seperti tayangan di layar skrin putih...bermain di depan matanya...

"b janji b tak kan sia2 kan sayang...b bahagia dengan sayang..cinta b untuk orang yang rela berkorban untuk b je.."

janji Aman 3 tahun lalu..saat ketelanjuran mereka di ketahui keluarga Ai...sehingga menyebabkan ibu Ai di kejarkan ke hospital kerana terkejut dengan kenyataan itu..

"Aman akan bertanggungjawab atas Ai makcik...selepas kami tamat belajar..Aman akan kahwin dengan Ai ye makcik"

janji Aman saat itu pada ibu Ai..Puan Maznah...

saat itu juga..Ai hilang semua kepercayaan keluarganya..

"along kalau bunuh diri tu bukan satu dosa...mak bunuh diri along..kenapa kau malukan mak begini!!!"bentak ibu Ai saat itu..Aman cuma mampu membatu di sisi Ai..

"baik..paling tidak kamu harus bertunang!!!" tegas ibu Ai..

namun itu 3 tahun dulu...sepantas masa berlalu..Aman berubah...cintanya berpaling pada Maiza...gadis yang di puji2 di hadapan Ai selepas kecurangannya di ketahui...kononya gadis itu pandai menjaga maruah...rajin mengingat Aman tentang solat...

Ah..kenyataan itu begitu menyiat hati Ai...terasa dirinya sangat bodoh saat itu....lamunannya terhenti di situ..

Ai mengesat air matanya..ah!tak guna aku menangis begini...enjin di hidupkan...aku harus segera pulang...getus hati Ai..lalu..memandu laju Myvi milik ibunya itu...20 minit kemudian dia tiba di rumah..

"along mana barangnya?"

Ibu Ai bertanya...Ai diam..belum sempat di jawab soalan ibunya..mata Ai terasa gelap...badannya seakan lemah..Ai rebah..

"along!masyallah...kenapa nie..abanggg!!...along pengsan nie..cepat bawak ke hospital" Ibu Ai panik...ya Allah selamatkanlah anakku..doa Pn.Maznah di dalam hati..

bersambung..hehehhehe....sabar jelah ye...=p

kalau rasa cite nie dah merepek sila bagitau ye..or tak bape best ke..next episod aku improve okeh..

p/s: bercinta jangan sampai jadi bodoh...


Tuesday, July 26, 2011

cerpen: aishiteru #7

assalamualaikum n evening kwn2..=)

mengumpul segala kekuatan je nak sambung citer nie....tak bape sedap badan+asik nak merabak je...tengok pembace setia komen kat entry sebelum nie rasa cam berdose je tak sambung ye dak..heheh...


AISHITERU: EPSD 1EPSD 2EPSD 3EPSD 4EPSD 5EPSD 6


Ai menghidupkan enjin kereta...penat benar dia hari itu..mahu segera pulang...namun baru sahaja keretanya keluar dari perkarangan pejabatnya telefon bimbit Ai berbunyi...pantas tangannya mencapai earphone...sambil tangan masih memegang stereng Myvi merah milik ibunya...

"hello..kedai keranda ah peng..mau order kerandakah?"

Ai melawak..dia tahu...panggilan itu dari shah..buah hatinya...

"kedai keranda meyh?aiya..wa mau order itu keranda ada manyak paku punya ada ka?"

shah tersenyum..gadis ini memang ada2 saja lawaknya...

"haiya apek..itu keranda apa mau bikin?"

Ai ketawa kecil..mahu juga shah melayan otak merengnya...

"itu keranda wa mau kasik masuk itu aman..pasai dia suda bagi hancur hati wa punya future wife maa...dia tada wa manyak senang hati maa..hhehe"

Shah cuba melawak lagi..harap nama aman tak menghilangkan mood Ai seperti selalunya

"hahaha..mengade ye!"

Ai ketawa..lelaki ini benar2 menghiburkan hatinya...bagus juga kalau benar2 boleh di lakukan sebegitu..fikir Ai...

'wat ape tu cam busy je my honey?" 

"tengah drive nie..balik dah kan...nak singgah kedai jap..mak pesan beli barang sket" jawab Ai..teringat pesan ibunya supaya membeli sedikit barang dapur ketika pulang kerja

"eh xpe ke cakap nie?kang eksiden menduda saya..hahah.." 

risau juga shah gadisnya hilang fokus pada pemanduan

"eh tak pe..dah masuk parking pon..cakap je sayang...xde la nampak cam noob masuk mall sorang2..hehe"

Ai mahu lebih lama bersembang dengan shah...mereka terus berbual..sambil Ai mencapai barang2 yang di pesan ibunya..sedang dia leka berbual dan mencari barangan..bahunya di sentuh seseorang..Ai menoleh..

"Aman!" Ai tersentak..

"Aman??" shah kurang dengar ulas kata2 Ai..
diam..Ai masih terpegun...

"sayang..you still there?hello???" shah cuba memecah kesunyian..tertanya2 kenapa Ai diam tiba2..Ai tersentak

"eh..saya still kat cni..err..awak..jap lagi saya call awak balik la ye." talian di matikan..

shah hairan...rasanya dia seperti mendengar nama Aman..atau dia salah dengar...

"lama tak nampak awak Ai...kenapa kurus sangat nie" aman cuba memulakan perbualan..tidak  di sangka dia akan bertemu Ai hari itu...dia benar2 rasa bersalah pada gadis itu...

"sorry..do i know u?" Ai menahan air mata...dia terus berlalu..barang2 yang sudah di ambil di tinggalkan sahaja..dia tak mampu melihat wajah itu..wajah yang telah merobek hatinya...

"Ai tunggu!" Aman cuba menahan Ai...dia perlu berbicara dengan gadis itu..sekali ini..namun Ai terus menghilang..

langkah Ai laju..dia tidak dapat menahan air mata...petang itu..di dalam kereta itu juga..dia menangis semahu mahunya...kenapa saat ini mesti aku jumpa dia..luka Ai seakan di guris2...

bersambung lagi..hahahha...nak balik dah nie...=p

p/s: bila la aku nak abiskan citer nie..cam dah panjang sangat n merepek je..heheh



Saturday, July 9, 2011

cerpen: aishiteru #6

assalamualaikum kwn2...=)

sorry la eh..aku amik mase beberapa hari nak sambung aishiteru nie...ade sesuatu menganggu fikiran aku...

AISHITERU: EPSD 1EPSD 2EPSD 3EPSD 4EPSD 5


Ai masih terpaku...telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi

"kenapa diam?"

Ai tersentak...doanya seolah-olah di jawab tuhan..mungkin benar ini takdir...

"kalau sungguh apa yang awak kata....deal!"

Ai menahan hati...mahu meloncat menari-nari bimbang disoal lebih2 oleh ibunya...dalam hatinya berdoa...dia tidak melakukan kesilapan lagi..mungkin dia harus memberi ruang untuk shah...shah mungkin tidak seperti Aman...

"huhu..lega saya"

shah membalas pendek..tidak di sangka salam cintanya di sambut Ai...gadis yang tidak pernah di temuinya walau sekali...perkenalan mereka cuma di alam maya..namun entah kenapa dia begitu yakin...mungkin benar gadis ini bisa merubahnya..

"awak taknak tau nape saya terima awak?"

Ai cuba menduga shah

"soalan yang bagus!kenape ye?"

shah tertanya2..apa lagi minah ni nak bikin gempak..jangan dia kata dah bagi aku makan jampi sudah...shah sedikit ragu

"dah 2 3 ari saya berdoa pada Allah..kalau betoi awak nie jodoh saya..Biar dia kuatkan hati awak untuk luahkan rasa awak"

shah tersentak...patutlah..2 3 hari ini hatinya seolah meronta2...yang di ingat cuma Ai...kerja serba tak kena...ada saja yang tak betul...ada masa dia begitu ingin mendengar suara comel gadis itu..

"sweetnye sayang saya nie....=)"

hanya itu yang mampu shah katakan....seumur hidupnya ini pertama kali..hati kerasnya seakan-akan cair...ahh!!..aku kan black metal!bukan mat lendir!...shah cuba menafi...

"berikan cintamu juga sayangmu percaya padaku..ku kan menjagamu hingga akhir waktu menjemputku..awak nie lagu Percaya padaku..unggu nyanyi...untuk awak..kekasih hati saya"

bait2 mesej Ai meruntuhkan lagi kerasnya hati Shah...

"bila saya leh kawin ngan awak ye?!"

Shah tak mampu menahan ego lagi...sayangnya makin melimpah pada gadis ini...dia memasang angan...siapa pon gadis ini..akan di nikahi suatu masa nanti

"awak...awak memang sungguh2 ke nak kawin ngan saya satu ari nanti..betoi2 ke awak nak kumpul duet sama2 ngan saye?"

Ai seakan ragu..mereka tidak pernah bertemu..mengapa shah seakan yakin melamar hatinya..atau lelaki ini mahu mempermainkan perasaanya

"yela..memang tu perancangan saya...dah la ye..awak ingat nie sampai saat kita pilih baju pengantin sama2 nanti"

Ai terasa bagaikan mimpi...kenapa semanis ini ayat yang di beri shah...shah tak pernah begini..dan melalui cerita sahabat baiknya amoy...shah bukanlah romeo...

"hahah..nampaknya memang kena potong kaki la saya camnie...manissssnya ayattt..."

Ai melawak....jauh dalam hatinya dia lemas dalam rasa sendiri...antara trauma pernah di kecewa dan rasa ingin bahagia...haruskah hatinya benar2 di buka untuk memberi percaya buat shah...kerana rasa sayang mula terbina...fikiran Ai berkecamuk..

bersambung.....mak aku dah jeling suh masak..mampus aku kalau duk menaip lagi..hahaha

P/s : ada masa kita perlu korban sesuatu yang kita sayang untuk medapatkan sesuatu yang lebih berharga...apa yang kita mapu buat cuma...mempertimbangkan keputusan sebaik-baiknya

Tuesday, July 5, 2011

cerpen: aishiteru #5

assalamualaikum kwn2..=)

camat pagi selasa..kat opis..ngah tunggu orang nak audit untuk pelaksanaan 5s kat opis nie...so kekuningan satu opis sebab diorang duk pakai baju koperat..aku?diarahkan pakai baju kurung kuning....naseb baek ade sepasang...=.='

semalam tido dekat kui 5....hambek ko sebijik an..tu lah bahana kuat merepek tengah malam..rabak mata.mengantok weh..=.=' so lets proceed with aishiteru eh..

AISHITERUEPSD 1 , EPSD 2 , EPSD 3 , EPSD 4

"ya allah yang tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang...ampunkanlah dosaku..dosa kedua ibu bapaku..dosa muslimin dan muslimat..ya allah...jika ini takdir yang perlu aku terima...aku mohon kekuatan darimmu..jika perpisahan itu membawa aku kejalanmu..tetapkan lah imanku..ya allah ya tuhan yang satu aku sembah..yang satu tempat aku bergantung harap...berikanlah aku jodoh yang baek..andai shah jodohku ya allah...kau berikanlah dia kekuatan untuk menyatakan hasratnya ya allah...amin..amin..ya rabbal a'lamin..."

air mata Ai mengalir...dia bermohon bersungguh2 setiap waktu solatnya...sejak hatinya luka parah..dia membawa diri..merubah diri...belajar menutup aurat..belajar menjadi wanita solehah...berubah bukan untuk menjadi hipokrit tapi untuk menjadi lebih baik untuk diri sendiri..itu menjadi pegangan dirinya...dan malam itu..

"hye..wat ape awk?"

shah memula bicara..hatinya rindukan Ai..malam ini dia nekad.

"xde buat ape..tolong adik wat keje sekolah"

Ai membalas ringkas..pandai pulak carik aku ye...Ai ketawa kecil..mereka bersembang kosong..sampai satu saat shah cuba menduga Ai

"mak awak ade tanya pasal saya lagi?"

Ai berkerut...

"ade...die tanye kita ade affair ke..rapat semacam...saya gelak2 je...sebab saya tataw nak cakap hubungan kita nie ape..hahahha.."

Ai berterus terang..seminit..dua minit..10 minit...aik?lambat pulak mamat nie 'reply' mesej..Ai jenuh menanti..mata makin menyepet..mengantok betei...getus hatinya..letih badan di kerah tenaga siang tadi..

"awak jadik gf saya je lah..nak2??"

shah ketawa...pasti gadis itu tidak percaya dengan tindakannya..mata Ai membulat..dia bingkas bangun dari pembaringan..dia senyum..lelaki ini mungkin cuba melawak...

"awak buat lawak letew kan?kan?"

Ai tidak percaya..

"kawan awak yang kawin ari tu...suami dia support sume ke belanje?"

shah menyusun bicara..teringat cerita Ai menghadiri majlis perkahwinan rakan baeknya..meriah katanya...

"tak de lah..share la..bukan sorang nak kawin..bedue...share lah duit"

Ai binggung dengan soalan shah..lelaki ini memang suka membuat otak malasnya ligat membuat tafsiran

"ape kate awak kumpul duit sket. ..pastu saya kumpul duit sket..da cukup kita kawin..deal??"

shah tersenyum lega...lepas segala yang di tanggung..dia xmampu kehilangan gadis itu..egonya di tolak jauh2...kebimbingannya pada masa depan harus di lupakan..demi Ai..dia akan berusaha..dia sudah selalu tidak serius melakukan sesuatu..kali ini dia perlu berubah..atau menyesal seumur hidup..

Ai gumam...air liur di telan..di gosok2 matanya berkali-kali..di cubit2 pipinya..ah!aku mimpi ke nie??muka legend hati kiut mamat neh....Ai ketawa dalam hati...tangan masih di 'keypad' telefon bimbitnya...haruskah aku membuka pintu hati?tidakkah nanti aku akan terluka...segala luka kisah lama seolah2 bermain di mata Ai..haruskah dia mempercayai lelaki ini untuk di beri sekeping hati..Ai buntu...menelan pahit2 lukanya...apa patut aku buat...Ai menung..


bersambung..hahahhaha..=p

p/s: jimat2 nak beli sesuatu..heheheh....



Sunday, July 3, 2011

cerpen: aishiteru #4

"along!ko nie xde keje lain ke?gitar!gitar!gitar!cuba tolong mak nie sket..penatlah mak sume keje nak wat sorang..adik ko tu nak STPM taun nie pon leh tolong mak lagi!"

ah!mak membebel lah pulak...lamunan Ai dikejutkan dengan laungan dari ibunya...mungkin ibunya bengkek dengan sikap malasnya sejak mula bekerja..dia bukan sengaja..tapi fikirannya sering bercelaru membuatkan dia malas melakukan sebarang kerja pun..dan dia tahu..dia sangat mementingkan diri saat itu..

"ye mak...sorry" Ai cuba menenangkan situasi..kalau di biarkan meleret2 lah emosinya mak aku nie kang..bisik Ai dalam hati..seraya dia bangkit dari katil..telefon bimbitnya berbunyi..mata Ai membulat..shah kah?tangkas tangannya mencapai telefon bimbit..

"hai sayang sedang buat apa?mau video panas saya?taip yes dan hantar ke 01289*****"

'cilake!' Ai menjerit kecil...terasa dirinya diperbodohkan..tah malaun mana menghantar mesej iklas spam tersebut..kalau dia tahu..pasti akan di cincang2 badan orang tersebut di beri makan haiwan bernajis mughalazah..Ai bengang..saat dia menanti inilah..kesabarannya terus di uji..mana kau shah..Ai mengharap..ah!dem..apeadehal aku nak tunggu camnie?Ai mempersoalkan rasa hatinya..lantas di campak telefon bimbitnya di atas katil dan melangkah keluar bilik..tolong mak basuh baju lagi bagus!Ai memberi cadangan pada diri sendiri..

"mak orang basuh baju lah ye" Ai seperti meminta izin..ibunya hanya mengangguk...siap segala kerja rumah Ai berehat di ruang tamu...'remote' di  capai..'channel' di tukar2...mencari siaran menarik...ah!bosan!'channel' banyak...cerita cam hampeh!Ai menyumpah..lalu dia bangun mencapai kunci skuter kesayangannya...mungkin nenek memerlukan seseorang untuk bersembang..fikirnya..jarak rumah nenek yang tidak jauh dari rumahnya memudahkan Ai menemani nenek kesayangannya..memang sejak kecil..Ai rapat dengan nenek..

"wannn..nak beli aiskrim!!" jerit Ai menyakat neneknya...

"yelah...naek lah..belilah..." nenek Ai menyahut dari dalam rumah...suara cucunya itu amat di kenali..sering saja mengusiknya dan menemani saat dia sendirian di rumah..di kampung itu nenek Ai memang terkenal dengan nama 'wan aiskrim' kerana dia menjual aiskrim buatan sendiri..bukan niat untuk berniaga sangat..tetapi dia seronok kanak2 beramaian di rumahnya...petang itu Ai menemani neneknya...tenang sedikit hati yang berkecamuk..sambil bersembang terselit juga pelbagai pesanan dari neneknya...tentang akhirat...

*********************************************************
arghh!!kerja malam!shah tidak puas hati..sabtu itu dia perlu bekerja shif malam lagi...hati sudahlah tidak tenang..

"saya memang suka kat awak..tapi kalau awak leh ke tunggu sampai 10 tahun?saya nie ape pon xde"

shah teringat mesej yang di hantarnya buat Ai..gadis yang sudah menganggu kewarasannya sejak akhir2 ini.

"saya mampu tunggu 30 tahun pon kalau awak boleh jamin awak takkan kawin dengan orang lain selepas tempoh tu"

shah geram!Ai pandai berkata2..mana mungkin dia memberi jaminan sebegitu..gadis ini memang pembuli baginya..membuli hati dan perasaannya..bermain tarik tali...cisss!!

"awak cuba fikir..sekarang umur awak 23..takkan awak nak kawin dengan saya masa umur awak 33 tahun kot!jangan pandai cakap aje"

hah!amik ko...shah cuba mendera perasaan Ai...dia menanti balasan Ai

"kalau awak sungguh nak saya..suka saya..sayang saya..tak perlu 10 tahun pon..awak usaha"

arggghh!!...shah mati akal..gadis ini benar2 mencabar kewibawaannya....sejujurnya shah keliru dengan perasaan sendiri..dia menginginkan gadis itu..namun keadaan dirinya yang masih tak menentu membuatkan dia merasa rendah diri..Ai lulusan universiti..masa depannya cerah..lagi pun bagi shah..dia tak mahu berlama2 bercinta...hasratnya jika kewangannya sudah kukuh nanti dipinang sahaja gadis idaman hati..namun separuh hatinya tak mahu Ai pergi pada lelaki lain...argh!!apa patut aku buat!

shah meneruskan kerja...menaip data2 yang di beri..kadangkala dia tersilap menaip nama Ai..sungguh gadis itu membuatkan dia gila!

p/s: memang sonok layan anak buah..>.<

Saturday, July 2, 2011

cerpen: aishiteru #3

assalamualaikum kwn2..=)

huu..saje nak test auto post..hehee..slalu entry aq hot dari jari jemari halus aku...heheh.okeh..are u ready kids?ngeh2....jom proceed ber'aishiteru keh..=)

aishiteru: epsd 1 ,epsd 2

Ai berkira2 dalam hati...jarinya masih di butang send..mahu di hantar atau tidak mesej yang baru di taipnya..atau patut di biarkan sahaja shah terus lemas dengan perasaannya....ah!biarlah aku diam 2 3 hari nie..dia nekad..bukan selalu aku buli perasaan dia..hahahha..ketawa Ai dalam hati...teringat kata2 shah yang mengatakan dia pembuli utama apabila dia berjaya memaksa shah bercakap di telefon dengan ibunya...cuak mamat tu aku kerjakan...Ai bermonolog lagi...

Ai berguling di atas katil memeluk bantal busuk miliknya yang berwarna pink...ciss...tiba2 dia terasa jambu....dem betei apehal aku wat perangai menyotong cenggini..jiwa Ai memberontak.....kalau tidak kerana bantal tersebut pemberian bekas tunangnya aman..memang di sedekahkan saja bantal tersebut pada anak jiran sebelah..eh?jiran aku  belum kawin..Ai menepuk dahi..namun tiba2 hatinya sayu...apa khabar aman..pasti dia gembira disamping kekasih barunya...air mata Ai tiba2 mengalir..hatinya masih luka

Ai berpusing ke arah dinding...kantoi plak aku melalak ni kang...monolog Ai dalam hati..dia tak mahu ibunya mengetahui sedih hatinya lagi..teruk akibatnya nanti...sedangkan ketika aman mengucap gudluck pada hari pertama dia mahu mendaftarkan diri ke tempat kerja, ibunya diam2 memaki hamun lelaki itu tanpa pengetahuannya..selepas 3 hari baru ibunya menceritakan tindakannya kerana tidak tahan melihat kesedihan Ai...

tah dimana lelaki itu tahu hari tersebut dia akan memulakan langkah baru dalam hidupnya..ke dunia pekerjaan...seingat Ai tidak pernah dia mengirim berita lagi dengan lelaki itu...mesej ucapan dari aman pada hari jadinya sahaja Ai tidak balas..baginya lebih elok dia menghilangkan diri..dia tidak mampu lagi berpura2 tidak terluka dan terus bersahabat dengan aman.....melihat mesej kiriman aman di skrin telefon bimbitnya mengugurkan air mata yang di tahan sekian lama..tambahan nombor yang digunakan lelaki itu adalah nombor 'kapel' mereka..tak tahu mengapa...walau  nama aman di sebut sahaja luka hatinya bagai di hiris2...sakitnya bagai tak tertanggung...

"awak tahu tak camne mencintai seseorang?!maafkan saya cakap nie..dengan awak saya tak dapat tu"

Ai masih ingat kata2 aman saat itu...mesej kiriman aman saat dia menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila mengetahui pelbagai cerita mengenai aman menyentap tangkai jantungnya

"selepas 3 tahun..baru sekarang awak nak cakap cam tu!?selepas saya berkorban segala-galanya?"

Ai geram...bodohnya aku begitu mencintai lelaki ini..seharusnya dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki ini..air mata Ai masih belum berhenti..dia masih menahan sebak..tangan di tekup ke mulut..bimbang tangisannya di dengari..

"dia rajin solat..saya kalau keluar dengan dia mesti kena solat"

cerita aman begitu bahagia..selepas kecurangannya di ketahui Ai

"yelah..baguslah tu..dengan saya bila keluar kang balik awak kene mandi wajib je kan"

balas Ai saat itu..hatinya luka parah...air mata tak pernah berhenti...Ai mengingat2 bait mesej yang pernah di hantar 2 3 hari selepas dia mengambil keputusan mengundurkan diri..baginya tiada guna lagi dia terus bertahan jika nyata cinta aman bukan miliknya...tapi Maiza gadis bertudung dari pantai timur..Ai membanding diri..ternyata dirinya begitu banyak kelemahan..siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan maiza..bertudung pun tidak..solat ponteng2..Ai mengeluh..membenci dirinya satu masa dulu..air mata terus mengalir laju..

ah!sudahlah..tak guna aku terus begini..Ai lantas bingkas bangun..mengesat air mata.."makk..lapar..ade pape nak makan x?" Ai cuba menyembunyi kesedihan hati..kalau melantak se-round dua ok la jap lagi aku neh...Ai membuat andaian.."ko masak sendiri la along!!" sahut ibunya...peti ais di buka..burger!Ai tersenyum..

'oh..gendang gendut tali kecapi..kenyang perut senang hati!yeah3.." Ai cuba merosakkan lagu...sambil menari2 ke sinki mencuci pinggan dan mengemas-ngemas sedikit..kang kalau bersepah dapur nie..panjang lah khutbah ayah lepas balik kerja nanti..ngomel Ai sendirian..

kenyang pula makan sampai 2 bijik burger hasil air tangan sendiri..hari cuti memang membosankan..mahu keluar bersiar2 terasa malas...lantas dia masuk kebilik..perlahan-lahan mencapai gitar hadiah hari jadi dari bapanya...lagu Aishiteru didendangkan sambil membayang wajah shah..lelaki berambut panjang berkulit putih..ciss..macam amoi lah lu..getus hati Ai...perasan rockers lah sangat kan..

Ai senyum lagi..jika dia menemui lelaki itu suatu masa nanti...pasti kata2 itu akan di hamburkan pada shah..mahu di lihat wajah bengang lelaki itu..pasti lucu..Ai senyum lagi...kord demi kord di mainkan sambil matanya memerhati telefon bimbitnya..mengharap moga shah menghubunginya...mematikan segala ego dan meluahkan rasa hatinya...

ah!tak mungkin...Ai terus melayan perasaan..kalau pun lelaki itu berbuat demikian dia masih belum berani menerima..hatinya masih luka. Baginya kepercayaan pada lelaki sudah sampai ke tahap zero...terlalu susah untuk dia membinanya semula..atau mungkin rasa dalam hatinya cuma sementara..ah!aku pulak dah confuse nie...Ai berkerut..tangan masih laju memetik gitar..lagu kegemarannya di ulang sekali lagi...Ai lemas dalam dunia sendiri..wajah shah dan aman silih berganti..

bersambung lagik..=p

p/s: aq memang xleh kalau orang duk mintak aku post citer cepat...haha..thxn  for reading..lev ya!










Friday, July 1, 2011

cerpen: aishiteru #2

assalamualaikum kwn2..=)

cho san...heheh...selamat pagi....gudmonin..hehe...yeke bahase cine sebut cengitu?tah..hantam la labu~~..okeh.kat opis..sume orang g meeting ngan DO(district officer)..aku sebagai student prektikal xpayah la nak berangan nak ikot kan...kene jadik operator telepon hari nie...

"hello selamat pagi...pejabat tanah dan daerah $%$&..siapa bercakap?" 
heheh..aku dah susun dialog dah..hahaha...ari nie besday angah aku...appy besday my bro!...balik nanti akak comel ko wat kan cekelat eh?eh?semoga jadik anak laki yang leh diharap..xleh harap aku pancung je kepala ko..boleh?

udah...sekali intro xnak kalah kan..thnx pada yang bace "aishiteru"...cerpen spontan nie..bersemangat aku nak sambung bila ada yang membaca.okeh lets proceed...=)

shah menung..hatinya tak tenang sejak semalam...Ai..gadis yang dikenali melalui 'facebook' amoy rakan sekolahnya setahun lalu benar-benar menganggu kewarasannya sejak dia setuju menjadi kekasih contract gadis itu 2 bulan lalu...memang gadis itu tak penah di jangka sikapnya...tanggapan shah tentang Ai selalu meleset...apa ilmu minah ni pakai...tak pernah2 aku macam ni..arghhh!!serabut..getus shah dalam hati...selama hidupnya..dia tidak pernah mengizinkan hatinya untuk jatuh cinta sepenuh hati...baginya keadaan ekonomi diri yang masih belum stabil membuatkan kurang yakin...buat apa bercinta lama2 tapi akhirnya dua2 kecewa..cinta sahaja tak mampu menjamin bahagia...shah bermonolog sendirian..namun si gadis Ai seolah-olah menukar persepektif fikirannya..

'wa xkesah..wa on je..lu ok ke kapel camnie?'

itulah balasan shah saat Ai 'melamarnya' sebagai kekasih contract...Ai tak pernah berhenti memberi kejutan pada shah...sepanjang perkenalan mereka ada2 sahaja perkara yang tidak disangkakan Ai tunjukkan padanya..dari gambar2 di 'facebook' milik gadis itu..shah menyangkakan Ai seorang gadis lemah lembut.kerana dilihat riak wajah dan 'pose' gadis itu di dalam gambar tidak menunjukkan langsug sikap gila2 nya..tak disangka saat mereka mula bersembang di telefon..nyata gadis itu sungguh bersahaja..

'ok mula hari nie..15 mei lu bf wa...sampai 16 jun nanti...mende nie rahsia kita ok?"

sejak itu Ai begitu menyenangkan hati shah..tidak di sangka juga..gadis yang kuat merepek itu seorang sangat 'sweet' baginya..selalu mengambil berat tentangnya..dan bijak menjaga hatinya...



'AISHITERU' lagu pertama pemberian Ai pada shah benar2 mengusik hati lelakinya...boleh tahan jiwang minah nie rupanya..getus hati shah saat itu..bait2 lirik lagu itu di amati...senyuman makin melebar..

'ingat lagu nie sampai bila2 tau hubby...khas untuk b dari honey"

pesan Ai pada shah saat itu...ahhh...berbeza sungguh Ai...mintak lempang sungguh kecomelan sikapnya semenjak mereka rasmi menjadi kekasih contract..jika gadis itu di hadapannya sekarang memang di lempang2 manja pipi tembam milik gadis itu...ah!wadefak aku neh...shah bermonolg lagi...ilang la imej aku sebagai rockers tegar..cisss!!..namun shah masih pelik memikirkan permintaan Ai..kenapa mesti kapel?kenapa mesti sebulan...haihh...tah apa lagi lah minah nie nak bikin gempak...bisik hati shah lagi...


bersambung...

p/s: tak berpusing2 ke cerita nie?ahhaha..bedal lah...=p

Thursday, June 30, 2011

cerpen: aishiteru #1

assalamualaikum kwn2..=)

amik ko hapdate laju2..gedik an blogspot wat hal tadik...okeh2..untuk entry kali nie..ayoh kite layan sedikit karya poyo2 aku..heheh


"awak anggap saya sape eh sebelum nie?awak betoi2 xde mengharap kat saya ke?

Ai hanya mampu tersenyum...dalam hati ketawa berdekah2...mamat nie dah confuse ngan perasaan sendiri letew...semalam yo yo ow je kate jangan mengharap kat die..ape kes lak anta mesej cenggini lak?masih lekat senyum di bibir gagah jari2 kurusnya menaip mesej...

"lah?nape lak neh?saya anggap awak kawan baek lah..awak gak cakap xyah mengharap kat awak kan..."

dia senyum lagi...biarkan..sape suh ko ego sangat kan..

"itu sekarang..dulu..awak xde mengharap kat saya ke?"

balas lelaki separa confuse ituh..Ai masih senyum..dem betei mamat neh..bisiknya dalam hati..ape lah motip beliau...kalau agak2 nak ajak kapel..ce cakap je ape masalahnya..bisik hatinya lagi..

"kan saya penah cakap...saya ada gak harap awak nie jodoh saya...dah awak kata awak nie laki xde mase depan la ape la kan...."

amik ko..bisik hatinya lagi..memang kalau dia tak berada di kawasan awam..tak dia mengagah diri menahan ketawa..sah!shah dah ade hati kat aku letew...kahkahkah....comel sungguh lelaki ini...sudah jatuh cinta tapi gagah tak mahu mengaku..mesej demi mesej bertalu2...mereka terus berbincang topik tersebut..hati Ai makin berbunga..lelaki sesempoi shah memang dah lama mencuri hatinya..cuma dia takut..shah juga akan mengecewakan dirinya seperti aman..bekas tunangannya

"wall post" di 'facebook' nya jugak di tenung..."ATI SY RASE XSEDAP!!' ...Ai senyum lagi...baginya shah sedang berperang dengan perasaan...seperti dirinya..teringat kerja gilanya 2 bulan lepas..

"bro klu wa ajak lu wat keje gila nak?

mesej permulaan yang di hantar Ai kepada shah...memulakan cerita mereka..saat itu..Ai terlalu tertekan..dunianya di rasakan terlalu sunyi...selepas memutuskan pertunangan dengan aman...kerana lelaki itu curang...tegar memilih wanita lain yang kononya lebih baik dari Ai..tah apa syaitan merasuk kepalanya petang itu..laju sahaja dia terfikirkan kerja gila itu..mungkin ini akan menganggu tumpuan otaknya dari terus mengenang kisah lama..dia harus gagah..

"keje gila camne tu eh?"

balas shah...ringkas

"jom kapel ngan wa sebulan..contract?mau?"

memang persahabatan Ai ngan shah cuma di alam maya..sempoi dan slumbernya shah wat hati Ai selesa dengannya..lagipun untuk minah sempoi macam dia..sangat mengelikan untuk dia bersopan santun dengan kawan2 lelaki..baginya..kawan baik lelaki harus dilayan seperti kawan2 perempuan juga...cakap slumber...dan berterus terang.....bagi shah pula..Ai seorang gadis yang kelakar..kata2 yang bersahaja setiap kali mereka bersembang di ruang chat "facebook" kadangkala membuat shah ketawa sehingga menepuk2 lantai..ada2 saja lawaknya...ada masa dia di katakan gila oleh teman serumah...

bersambung.......

p/s:tetibe rase gedik ngan wat cerita..hahaha..hantam la labu....