geng budak slumber

Showing posts with label 1907. Show all posts
Showing posts with label 1907. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

MONOLOG 1907 - PENAMAT

Assalamualaikum


its been sooooo longggg since i write here

seems lost all my interest to write

jiwa kacau kadanng2 jadi motivasi untuk terus menulis dan bila makin dewasa rsa ada keperluan untuk diam dan jarang luah perasaaan

dewasa mungkin

menulis ini untuk menamatkan semua

semua yang aku janji untuk ingat dan pegang

tamatkan atas dasar meninggalkan masa lalu

terlalu memegang masa lalu tidak membuatkan aku lebih baek

malah lebih teruk

aku mahu simpan segala monolog 1907 sebagai sejarah dan terus berdoa agar anak yang lahir dari rahim ku tidak perlu melalui kisah kisah alpa leka dan luka yang terlalu

Di sini penamatnya

selamat tinggal 1907

aku tinggalkan kau di masa lalu

9 tahun yang lalu

cukup untuk janji,pengorbanan, dan peperangan dengan parut(battle scars)

Di sini aku tamatkan

selamat jalan

cukup 9 tahun ini

sudah terlalu lama

TAMAT


Friday, July 19, 2013

Monolog 1907(battle scars)

hyep...

Monolog 1907 (Janji)monolog 1907 ( Pengorbanan)

selamat datang 1907..

sudah lima tahun rupanya...

'i wish i couldn't feel...i wish i couldn't love coz it hurt so much..
coz i am the one that always put us together..
when all the sign that i should forget her...'

part of battle scars lyric...tak pernah gagal buat aku senyum sumbing...

perjuangan dalam menyembuhkan luka...memadamkan parut buat mereka yang di kejami sukar atau tidak jatuh atas pilihan...

aku..

manusia yang tak pernah kuat..dan hanya bergantung kekuatan kurniaan tuhan masih meneruskan perjuangan itu...dan aku yakin...engkau sudah lama lupa...lupa akan hari ini..

berapa kali aku cuba bunuh memori 1907..sejarah tetap sejarah...dan aku belajar dari kau..dari sejarah...
aku takkan minta masa berpatah balik...aku tak pernah menyesal di kejami...oleh engkau...

dalam taubat yang masih digagahi
dalam senyum tawar yang masih berbaki..
air mata seorang pejuang sudah kering..
yang tinggal cuma senyum sumbing...dan langkah sopek terus ke depan..
berdepan dan berperang dengan semua parut yang engkau tinggalkan...

kenal.cinta.khianat.tinggal.padam memori

dan dia yang terkorban..
tetap dalam hati

aku.bawa.mati

p/s: hakikat tidak pernah manis

Thursday, July 19, 2012

MoNolog 1907 (Pengorbanan)

assalamualaikum n peace..=)

bertemu lagi...19 July...

Monolog 1907 (janji) -190711

sudah empat tahun rupanya...dan aku harap...kau membaca..kerana aku minta..yang satu ini kau jangan pernah lupa...

surah ke 19(surah maryam) ayat ke 7 = 19:7

'(nabi zakariya di seru dan dikabuli doanya) "wahai zakariya!sesungguhnya kami memberikan khabar mengembirakanmu, dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama yahya,yang tidak pernah kami jadikan sebelum itu seorang pun senama dengannya"


cinta dan pengorbanan 

selalu saja kerana terlalu marah dan kecewa kerana di kecewakan...kita marah...kita sebut satu2 pengorbanan yang pernah kita buat untuk insan yang kita cinta..

kita cuba me-malaikat-kan diri...dan men-syaitan-kan si dia..

apa pengorbanan cinta itu untuk di ungkit?

bagi aku itu satu proses...kita manusia...mana mungkin kita tak marah bila segala pengorbanan di sia2 kan...hingga satu masa..kita akan penat hingga tidak mampu berkata2 lagi...

pengorbanan adalah pilihan..seperti mana kau memilih dia untuk tinggal dalam hati kau...seperti mana kau memilih berdiri di sisi dia saat semua orang pergi...seperti mana kau memilih menyokong di belakangnya saat dia lemah..

susah atau senang...pengorbanan yang sia2 itu harus kau lupakan..tinggalkan dalam kenangan...dan terus bergerak kehadapan..suka atau tidak..rela atau terpaksa..

mengungkit segala pengorbanan kau untuk si dia tidak akan mengubat luka parah hati kau...tapi menambahkan keparahannya...

halalkan semua...bertaubatlah

demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian...

masa lalu itu satu perkara paling jauh dengan kita...

bukan salah kau berkorban demi cinta...bukan salah dia tak menghargainya...

seharusnya...pengorbanan itu berkubur bersama cinta yang sudah mati...dan pergi....dan biarkan kubur itu tanpa nisan..

pengorbanan itu makanan asasi cinta...seperti mana cinta itu pergi...seperti itu juga..rekod pengorbanan harus padam...

cuma hakikat takkan berubah...yang musnah tetap akan musnah...


p/s: move on is not about you forgetting the memory..you still remember it..it just don't effect you any more..

notatambah: boleh pulak share kisah cinta ngan noda san...kehkehke...memang lawak ar..rupenye my hensem noda san penah kene dump satu masa dulu..

Tuesday, July 19, 2011

moNolog 1907 (janJi)

assalamualaikum n morning kwn2..=)

perkh pagi nie memang malas tahap gaban nak g opis..tapi mengenangkan aku bukanlah pekerja tapi student praktikal yang bergantung markah kat kedatangan..aku gagahkan jugak...kalau aku keje la..mau aku amek MC je ari nie..wakakkaa....err...cam tak betoi je statement nie..hahahha..abaikan!

hakikatnya..kalau aku epsen..aku kene ganti balik tau dak!...dem..=.='

bangun pon rela tak rela..dah siap boleh lak aku tersiku pintu..yes!memang rasanya sedap..sesedap menghirup milo panas di malam hari pastu tercekik kaca gelas....ciss...sabau je la..pagi2 dah malang..=.='

tapi aku wat muka tak de perasaan walaupon dalam hati dah mencarut 18 kati...hari nie..19 julai...

mungkin yang ingat hari nie cuma aku sorang...aku yakin ko tak kan ingat...wat pe ko nak ingat..tak penting lagi bagi ko...

kalau aku mampu travel through time..aku nak balik pada 3 taun lepas..tarikh yang sama..atau mungkin 2 bulan sebelum tarikh nie...supaya aku tak jadi cam sekarang...tapi aku tau...'demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian'

google image

janji..berapa lama sorang manusia mampu berpegang pada janji..tak kira lelaki atau pompuan..janji sehidup semati..janji tak akan mensia-sia kan salah seorang..janji setia..dan segala tok nenek janji yang wujud dalam dunia nie...n yang aku tau..ko cuma tunaikan janji time susah ngan aku..bila ko dah senang sket..ko blah..thanx untuk itu..

aku belajar banyak dari hidup..dan janji...hakikatnya..tade satu manusia pon yang mampu tepati janji...kenapa aku cakap cam tu?sebab masa depan tu kerja tuhan...fine..aku terima yang tu..

marah n menyimpan dendam mungkin bukan cara aku...cuma aku sorang yang terlalu menghargai n terlalu ingat ngan kenangan...tu masalah aku...paling teruk...aku cepat serik...

ah..hati...tolonglah tenang untuk 24 jam ini...

semoga allah mengampunkan dosa tak terkira aku...semoga aku menjadi manusia yang lebih baek..semoga ada sinar untuk aku dalam gelap jalan suram...

maafkan aku mak..ayah..n semua yang dah aku libatkan...menanggung sama beban itu...

maafkan aku

p/s: dah banyak kali mak aku suh jual je cincin nie..tapi aku asek wat muka tade efek..hahah...