geng budak slumber

Thursday, July 19, 2012

MoNolog 1907 (Pengorbanan)

assalamualaikum n peace..=)

bertemu lagi...19 July...

Monolog 1907 (janji) -190711

sudah empat tahun rupanya...dan aku harap...kau membaca..kerana aku minta..yang satu ini kau jangan pernah lupa...

surah ke 19(surah maryam) ayat ke 7 = 19:7

'(nabi zakariya di seru dan dikabuli doanya) "wahai zakariya!sesungguhnya kami memberikan khabar mengembirakanmu, dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama yahya,yang tidak pernah kami jadikan sebelum itu seorang pun senama dengannya"


cinta dan pengorbanan 

selalu saja kerana terlalu marah dan kecewa kerana di kecewakan...kita marah...kita sebut satu2 pengorbanan yang pernah kita buat untuk insan yang kita cinta..

kita cuba me-malaikat-kan diri...dan men-syaitan-kan si dia..

apa pengorbanan cinta itu untuk di ungkit?

bagi aku itu satu proses...kita manusia...mana mungkin kita tak marah bila segala pengorbanan di sia2 kan...hingga satu masa..kita akan penat hingga tidak mampu berkata2 lagi...

pengorbanan adalah pilihan..seperti mana kau memilih dia untuk tinggal dalam hati kau...seperti mana kau memilih berdiri di sisi dia saat semua orang pergi...seperti mana kau memilih menyokong di belakangnya saat dia lemah..

susah atau senang...pengorbanan yang sia2 itu harus kau lupakan..tinggalkan dalam kenangan...dan terus bergerak kehadapan..suka atau tidak..rela atau terpaksa..

mengungkit segala pengorbanan kau untuk si dia tidak akan mengubat luka parah hati kau...tapi menambahkan keparahannya...

halalkan semua...bertaubatlah

demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian...

masa lalu itu satu perkara paling jauh dengan kita...

bukan salah kau berkorban demi cinta...bukan salah dia tak menghargainya...

seharusnya...pengorbanan itu berkubur bersama cinta yang sudah mati...dan pergi....dan biarkan kubur itu tanpa nisan..

pengorbanan itu makanan asasi cinta...seperti mana cinta itu pergi...seperti itu juga..rekod pengorbanan harus padam...

cuma hakikat takkan berubah...yang musnah tetap akan musnah...


p/s: move on is not about you forgetting the memory..you still remember it..it just don't effect you any more..

notatambah: boleh pulak share kisah cinta ngan noda san...kehkehke...memang lawak ar..rupenye my hensem noda san penah kene dump satu masa dulu..

4 comments:

Shafina Nadirah said...

read dis article..
http://langitilahi.com/5173

jom kita sma2 irkan ma'ana..

credit to: Hilal Asyraf

p/s: artikel ni had taught me sumthing.. =)

AsyieqiN Rkey said...

thnx pina...

for all the articles...

=)

Judh said...

semua cinta perlu ada pengorbanan kan ? :)

AsyieqiN Rkey said...

rokiah:yes..pengorbanan maknn asasi cinta