geng budak slumber

Wednesday, March 21, 2012

perancangan tuhan

assalamulaikum n peace..=)

lamaaa gilaaa tak update blog..

xde ape nak tulis

malas nak tulis..

dan sebagainya..heheh


tapi rasa hari ni nak menaip plak...


=)


perancangan tuhan

datang dan pergi

hilang dan kembali..

xde sapa tahu..tapi Allah itu maha merancang..aku hanya hamba lemah yang mampu memohon petunjuk dan jalan..


tuhan yang satu,
hambamu memohon
terangkan yang gelap
rungkaikan yang bersimpul
luruskan yang bengkok
ubatkan yang luka
kuatkan yang lemah
lapangkan yang sempit
bukakan yang tertutup rapi

jika ini kebenaran rancanganmu tuhan
mudahkan jalan


aku hanya berharap kebenaran dan jalan dari mu
apa yang harus aku lakukan
apa yang harus ku jalani

aku sangat berharap tuhan yang satu
kau maha segalanya
kau tempat aku bergantung
kau tempat aku berlindung

lindungi aku jika ini bukan yang benar..
lindungi aku Ya Allah..
lindungi hatiku...


aku mahu...
sesuatu yang dalam redhamu
kerana redhamu yang paling agung
kerana redhamu yang paling ulung


khabarkan padaku Ya Allah..

jika kau redha..jika kau beri barakah...
dan beri aku kekuatan untuk setiap dugaan

amin..


p/s: mencari kebenaran