geng budak slumber

Tuesday, February 13, 2018

cerpen: aishiteru #10

Assalamaualaikum again...


Aishiteru: EPSD 1EPSD 2EPSD 3EPSD 4EPSD 5EPSD 6EPSD 7EPSD 8EPSD 9


lets just start..

Hubungan yang di sangka Shah akan berjaya berkecai

dia sendiri tak tahu adakah dia sedang di permainkan atau apa

rasa kehilangan yang tak pernah di rasai

tapi apa daya hati nya. Ai masih perlukan masa. Kalau ada jodoh tak pergi mana kan

Shah cuba pujuk hati. Lagipun hubungan sekadar kawan itu masih seperti sebelumnya

Ai masih dengan lawaknya. Cuma tiada lagi hal perasaan

ada masa hal ini menyiksa hati Shah. Tapi mencintai sesungguhnya adalah membahagiakan orang yang di cintai. Walau hati sendiri terluka


Ai makin pulih

rasa bersalah pada Shah masih tersisa tapi dalam setiap hari dia berdoa

andai shah jodohnya semoga mereka akhirnya bersatu juga


bulan berganti...Ai mencuba nasib kerja di bandar dan akhirnya dia di terima bekerja di sebuah bank ternama cawangan berdekatan tempat kerja Shah.

Hati Ai berbunga. Aman sudah jauh di tinggalkan dalam sejarah. Dia sudah bersedia. Dan mungkin ini permulaan baru. Dan mungkin ini petanda jodohnya dengan Shah


Ai: weh... aku dapat keje kat pj

mesej Ai pendek pada shah


Shah: Pj tu kat mana besar kot

Ai: RHB Seksyen 14 dekat ngan opis kau kan?

Shah: aah. betul ke ko jangan nak tipu aku ye

Ai: betul la...kau siap ye. aku nak jumpa kau kali ni

Shah: hahahha..cubalah kalau kau boleh


Shah gembira. adakah ini sinar baru buat masa depan mereka. Mungkin ya. Atau Ai akan tinggalkannya lagi. Mungkin

Shah: bila kau masuk kerja. aku shift tah boleh ke jumpa tak

Ai: minggu depan. ala nanti tengok camne ok?


Semingu kemudian Ai masuk kerja. Bukan sesuatu yang dia sukakan tapi itu peluang nya untuk ke bandar mencari kerja lebih bagus. kesibukkan nya tidak mengizinkan dia untuk mencari Shah. Sebulan berlalu. Selesai berjumpa client masih awal untuk dia balik ke branch. Malas juga mahu menghadap boss yang menjengkelkan.

Ai: ko kejekan ari ni. kau rehat kan skang

Ai menduga. 15 minit sebelum itu dia ada mesej Shah bertanyakan jadual


Shah: aah rehat la ni kenapa. 


Shah pelik. 


Ai: aku dah jumpa ofis kau nak jumpa kau sekarang aku dekat bawah ni..

tersembur air minuman shah. gadis ini memang gila

Shah: kau biar betul

Ai: betullah aku kat bawah ni aku nampak motor kau. plate BLA*** kan?

Shah: series ahhh..xnak la aku keluar aku rehat kat atas je la

Ai: ko tak turun aku bakar motor kau ni

Shah: hahhaha..gila la..datang sini la kedai depan sini..kau naik myvi ke?putih?aku macam nampak satu kereta masuk sana tadi

Ai: aah laaa..kereta baru aku laaa...hahahha

Shah: ceh belagak meh sini lah. kang hangus lak moto aku tu

Ai: ok ok 

Ai ketawa. dia keluar dari kereta mengeluarkan kad nama nya dan tulis "I was here" di kad nya. Di selit pada motor kepunyaan Shah. kemudian dia mengundur kereta ke kedai yang di maksudkan shah. 

Ai cuba check wajahnya. Hati berdebar

Ya ini pertama kali berjumpa

Ya dia mahu kelihatan cantik


Ai menyusun langkah 


Dia nampak shah. 

Oh Tuhan ini benar Shah 


Shah yang selalu menyokong saat susahnya dulu


Shah melambai. Tiada siapa sangka akhirnya begini pertemuan pertamanya. Sudahlah dia lupa keluar duit di ATM. Wang ada dalam saku cuma wang cukup buat makan rehat. Pertama kali berjumpa sudah x boleh belanja. Rosak reputasi aku. Hati Shah meronta

Ai: aku duk sini ye

Shah: ha..g la tengok nak makan apa. kau buat apa kat sini

Ai: jumpa client tadi. tapi macam awal lak nak balik. kau pernah cakap opis kita dekat kan. aku waze je lah..hahahha

Ai ketawa. lalu bangun memesan makanan di kaunter

Shah telan liur

Tidak kekok walaupun pertama kali jumpa

Ya..Ai semanis gambarnya

Mereka makan dan bersembang kosong. Tentang Amoi kawan sekolah Shah, tentang kerja dan tentang cerita biasa-biasa

Petang itu petang yang istimewa 

tapi kelakarnya Shah malu. Ai perlu bayar makanan sendiri. 

Selesai sesi pertama itu bermula lah sesi2 seterusnya


Kenangan demi kenangan di ukir

Hingga Shah lupa bertapa dia cuba elak menyimpan kenangan dengan sesiapa pun

Hingga suatu hari


Ai: aku stress keje ni aku cuba cari keje lain

Shah: keje mana?bukan gaji best ke?

Ai: gaji best tapi hari2 kene maki...hari tu aku ada pergi interview. company construction. macam boleh dapat belum dapat jawapan

Shah: owh. dah kalau dapat kau kerja mana

Ai: putrajaya

Shah: bapak ah. xde jauh lagi ke

Ai: hahhaha...jauh apa..kira dalam malaysia lagi bukan kat utara pun. pahal takut rindu aku?


Shah: perasan la kau. 

Shah menahan hati. sekali lagi?

aku baru nak mula

sekali lagi kau nak tinggalkan aku ke?

bisik hati shah meronta. Petang itu mesejnya berakhir disitu cuma. Tapi 

Ai terdiam juga

Jika dia benar2 pergi. apa mudah untuk mereka jumpa lagi. sedang sekarang pun masih perlu curi masa


Ah Putrajaya x jauh

Kalau Jodoh x kemana kan?




seminggu berlalu.........


Telefon bimbit Ai berbunyi

Ai: hello

HR: hello cik Aisyah Amanda saya HR dari Puri Bina. Ingat tak cik pernah datang interview?

Ai: Ya. kenapa ya cik

HR: Tahniah cik diterima boleh start lagi 2 minggu?on 1st April?

Ai: ya ya terima kasih saya settle dengan company sekarang ya. terima kasih ya encik.

HR: sama sama

Ai menung

ini berita gembira

Dia stress di maki hari hari

Di kejar2 untuk capai target. ini bukan jiwanya. 

Tapi di satu sudut. Dia sedih. Apa hari esok untuk dia dan Shah itu tiada

seharian cuba di lupakan resah. Di layan kerja kerja yang tiada hari esok. Di tadah maki hamun bos.

Usai kerja dia balik berehat

Telefon dicapai

Shah perlu tahu

Ai menekan nama Shah di contact book

3 derinngan

Shah: hello assamualaikum.

Ai: waalaikumussalam

jawab Ai lemah

Shah: ada problem keee

Ai: tak. saya dapat kerja saya cakap hari tu

Shah: oh! tahniah itu yang awak nak kan?

Ai: aah. tapi lepasni mesti susah nak jumpa awak kan?

Shah: kesitu pulak. kenapa bukan jauh pun kan datang je la sini

Ai: yelah esok petang masa awak rehat kita lepak lah 

Shah: ok je...tapi bila masuk sana?

Ai: 2 minggu lagi

pendek. sedih

Shah: okey. 2 minggu ni kita lepak la selalu okey?

pujuk shah. entah kenapa dia juga keberatan. Apa Aisyah Amanda bukan jodohnya

kenapa setiap kali semuanya bermula maju pasti ada saja halangan

Dan 2 minggu itu bagaikan mereka bagai mengejar masa.

setiap hari.

di habiskan tidak kira masa yang ada cuma sejam atau beberapa minit. Yang mereka tahu mereka perlu berjumpa. 

Shah keberatan. hatinya bagai merasa dia terpaksa melepaskan Ai lagi

Ai juga tidak mahu pergi tapi dia mahu mengejar apa yang di sukai nya

Hingga hari terakhir untuk 2 minggu itu

petang itu hujan lebat. Ai resah

ini hari terakhir mereka

apa x akan jumpa hari ini

dan perlahan lahan gerimis pula muncul. Ai memandu kereta ke kedai mamak tempat dia dan Shah selalu berjumpa. Dia mahu mencuba kali ini

Di hari terakhir untuk meminta peluang kedua untuk mereka. Kali ini

Tapi saat gerimis itu seolah tidak mengizinkan. Shah cuma ada motor mahu ke dia basah2 ke sini?

Shah juga resah. 

mesej Ai masuk

Ai: kau dah makan ke kalau dah xyah la datang

Shah tersenyum. Ya dia sudah kenyang tapi hari ini  hari terakhir. Dia perlu jumpa Ai.

Shah: kau tunggu jelah lapar juga ni

tipu sunat. tipu demi cinta. cinta ke?

Ai: hujan kot xpe lah

Ai menduga. Dia berkira2 apa mahu shah meredah gerimis ini untuk hari terakhir ini?

Shah: 5 minit aku pergi sana tunggu je lah

Ai: ok

Hati Ai gembira. 

sampai Shah ke sana masing2 memesan makanan

Tosai paper bendera di pacak bendera Malaysia kecil kelihatan comel 

Ai mengambil gambar dan post di instagram

Shah cuma mengeleng kepala melihat 

Ai: kalau aku cakap kau jangan marah boleh?

Ai menguatkan hati. Ini saja peluang yang ada, membetulkan kebodohan dia meninggalkan Shah dulu

Shah: apa?

Ai: Boleh bagi kita peluang kedua?

Shah: tak faham

Ai: kita mula balik hubungan kita menuju perkahwinan. aku nak betulkan semula. aku bodoh dulu

muka Ai merah padam. Sesungguhnya ini perlu keberanian yang maksimum. Ini harga kebodohan aku. Fikir Ai. Aku tak boleh lepaskan dia

Shah berdebar. Ikot hatinya mahu dia iyakan saja waktu itu

Tapi bagaimana kalau Ai masih keliru

Ya dia dan Aman sudah berakhir 2 tahun. Tapi bolehkah?

Shah: Bagi aku masa

Ai diam. Malu

Shah: Aku cuma nak hadam dulu. kau main serang aku macamni terkejut aku. aku xnak buat keputusan hanya sebab kau nak kerja tempat lain. ini soal bahagia kau dan aku

Ai: faham

senyum kelat

Shah: jangan salah faham. Aku tak pernah lupakan kau sehari pun. Rasa tu masih sama cuma aku perlu masa hadam

Ai: faham. ok je aku pun. 

Dan petang itu berlalu 


Menambah satu lagi kenangan buat Ai dan Shah

p/s: kenangan boleh jadi yang membahagiakan tapi boleh juga jadi yang menyakitkan. Jika kenangan itu harta. Maka ia harta paling berharga buat kita


P/s/s: aku nak habiskan cerita ni. 7 tahun aku simpan. aku nak habiskan. doakan aku habiskan cerita ni



cerpen: aishiteru #9

Assalamualaikum guys..



god been what year already 2018. khakhahka. tibe2 teringat ada blog. i need to continue and finish my short story..dah jadi long story dah..khakhakha

my last episode was on 2011. kau mampu sambung cite 7taun lepas..khahaka



Aishiteru: EPSD 1EPSD 2EPSD 3EPSD 4EPSD 5EPSD 6EPSD 7EPSD 8





Doktor: Puan x perlu risau. anak puan cuma keletihan dan saya tengok dia macam mild depression. does she face any problem lately?

Pn Maznah: hmm...baru putus tunang beberapa bulan lepas. saya ingat dia ok since dia nampak macam ok je

Doktor: puan depression have no face. xpe. let her rest for sometimes. maybe bawa dia bercuti ke. jangan biarkan dia sorang2 ye puan

Pn Maznah: ok terima kasih doktor.


Puan Maznah hanya mampu menelan pahit fakta

Mild depression. 

Pn Maznah: along ok?

Ai: ok mak. mungkin letih

Pn Maznah: Along kalau ada apa apa jangan simpan sorang ok?mak selalu je ada untuk along

Ai: along jumpa aman..

sebaris

diam

Pn Maznah: lepastu?

Ai: blah je la. buat apa lagi. tapi susah nak lupa apa orang dah buat kat kita bila benda tu menyakitkan sangat


Pn Maznah: its ok to be sad but please dont make it kill u. u deserve to be happy. lagi pun bukan along dengan shah sekarang?jangan ingat mak xtau kau bergayut2 tu ye

Pn Maznah cuba berseloroh

ketawa

Ai: hmm. tapi dalam keadaan camni along rasa x fair untuk dia. i have to consider where this relationship heading

Pn.Maznah; buat apa yang perlu. jangan sampai masuk hospital lagi


Ai: ok mak


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Shah resah. 


Macam lama sangat je diam ni. kenapa ek

Monolog Shah.

ah text je lah


Shah: ngek diam je ok x?

seminit...

5 minit

Ah lama betul. call je lahhh


Laju tangan Shah menekan nama Ai

deringan x lama


kedengaran suara Ai di hujung talian

Ai: hello

Shah: waaalaikumussalammmm

Ai: (ketawa) pedih

Shah: awak ok?kenapa 2 hari diam. FB pun xon.mesej pun x reply

Ai: saya masuk hospital

Shah: aah lepastu x kasi tau..apa ni

Ai: sorry i need sometime to be alone

Shah: at least reply la bagi tau kan? 

Shah merungut

Ai: sorry again

Shah: ok ok. tapi awak ok x?

Ai:no

Shah: nak bagitau saya x kenapa. saya dengar je ni

Ai: i just dont know why. kenapa susah sangat nak lupa dia. xadil . kenapa saya yang kena hadap semua ni

Shah: Ai releks. just tell me 

Ai: saya pengsan lepas serempak dengan dia. i feel so much hurt when see his face. and i feel guilty to you. saya dengan awak tapi saya ingat dia sampai camni.

Shah: saya faham. saya boleh tunggu 10 tahun pun untuk awak ok. jangan camni k. awak kuat. awak boleh cuma kadang awak ni sengal suka banyak sangat fikir. nak kene ketuk kepala tu la

Ai:hahahha..ok ok sorry

Shah: kan bagus ketawa camtu ingat muka tu lawa nangis2.lagi pun bila awak camni. saya rasa macam awak langsung x suka saya. macam xde tempat untuk saya dalam hati awak

Ai: eh tak tak no..im sorry...

muram

Shah: camni lah sayang. kalau awak nak saya lepaskan awak saya ok. kita masih kawan. awak boleh amik masa. saya xkisah

Shah menahan hati. kenapa ini yang keluar dari mulut aku. 

tapi kalau Ai masih perlu masa dia patut lebih tau

Ai diam di hujung talian. hati Shah berdebar

kalau benar hubungan ini sampai sini. Shah masih teguh. Mungkin sayang belum banyak

Mungkin

Ai: saya fikir dulu. maafkan saya

beberapa hari berlalu

malam itu Ai nekad. she need to end this. Biarlah dia lepaskan Shah...Dia perlu masa. Bukan tidak sayang. Lagipun tidak adil buat Shah

Ini demi Shah

Shah x patut terlibat dengan masalah hati Ai:


Ai: sibuk ke boleh call?

Shah nampak nama Ai di skrin telefon

sudah beberapa hari dia cuba berlagak biasa

hati nya resah

Shah: x pun kejap


3 deringan


Ai: Assalualaikum

Shah: Waalaikumussalam. kenapa?

Ai: saya rasa awak betul. keputusan ni sebab saya xnak awak terikat dengan saya yang banyak masalah emosi ni

Shah: faham. 


Ai: maafkan saya

Shah: Awak x salah . Dia yang salah sebab buat awak sampai jadi macamni. apa saya boleh cakap hanya bagi peluang pada diri sendiri untuk bahagia. saya ok je kita kawan

Ai: maaf (nangis)

Shah: sebenarnya awak ni mudah nangis kan? budget kental

Ai: dah start nak kenekan orang la tu


Shah: hahahahha

Shah ketawa. ketawa kuat kuat menahan hatinya. 

Ai: saya betul2 minta maaf

Shah: dah la tak yah cakap pasal ni. saya nak g keje ni. nanti sembang lagi ek..bye

Ai: Bye

Shah menung

cuba menghadam

adakah aku sudah kehilangan dia

kenapa susah hatinya betul2 di berikan pada aku

Shah mengumam




p/s: mencintai tak semestinya memiliki



Saturday, October 22, 2016

PARENTS TALK

Assalamualaikum 

lama tak bersiarann gitu

tah ada yang baca lagi ke tak


sejak jadik mak orang ni sebenonye memacam nak share 

kot boleh bagi info untuk mak mak noob cam aku kan

botol susu pon google kau...khakkahka

so hari ni aku nak share persediaan menjadi mak ayah kepada semua

apa aku tulis cuma based on experience aku and kawan kawan yang bagi rujukan

every baby is different 

jadi rule yang pertama

tanamkan dalam minda anda...

SETIAP ANAK ADALAH BERBEZA JADI IKUT PADA KEPERLUAN ANAK ANDA

dan setiap mak die akan tau keperluan anak die bila at least sebulan/seminggu bersama

bagi aku setiap anak adalah pertama kali bagi semua ibu bapa

anak pertama - pertama kali dapat anak
anak kedua - pertama kali kena jaga baby + anak yg dah besar sikit/toddler

begitu lah seterusnya

eh panjangnyeeeeeeeeeee mukadimah kau


ok 

PERSEDIAAN MENJADI EMAK YANG BERJAYA

1.Baju anak

ok masa check up kalau scan, misi/dokter akan bg tau berapa berat anak kau kan?ok ini penting ye...estimate sikit2 berapa berat anak ko bila lahir nanti..kalau xtau nak estimate..tanya je misi or dokter tu..xdek nye nak marah..kenapa kne estimate?

yaaa..kawan kawan...anak yang lahir cepat membesar..dan ada anak yang umoq dia 4 bulan pon baju new born masih blh pakai..ko ghase

jgn beli saiz new born terlalu banyak selai dua cukup...yang laen kau bedal saiz s dan m terus...aku bedal m terus sampai skang anak aku pakai lagi ( dah nak masuk setaun)

cuma top up top up je

xpe jangan risau...aku paham engko eksaited..tapi rilek...max 20/30 helai adalah bagus...sebab satu peringatan..anak lahir anda adalah dalam pantang...orang pantang xboleh wat kerja berat...n ligat sangat...new born kne selalu bersih..kadang die muntah lah..berak la...

so sehari akan pakai 3/4 helai so xpe..20/30pasang xde la banyak mana bagi aku la...

sebab aku sokmo tuko baju anak selaen diaper

eh kau paham x maksud aku?

ko xboleh basuh baju kerap...tapi kena tuka kerap so xpe 30 helai pon...xmuat nanti simpan elok2 boleh bagi adek dia pakai

dan beli yang unisex ye..kang girly2 sekali kua boboy..naya anak..kihkih


2. DIAPER

keperluan penting kalau xdek boleh kecoh satu rumah. ok baby ada yang jenis kuat berak, ada yang jenis kuat kencing

mak pon ada banyak jenis..ada yang jimat taik idung masin, ada yang pemalas dan ada yang pembersih sampai menyusahkan diri #xde kaitan


hahhaha...tapi di nasihatkan NB saiz beli sepeket je dah cukup or ko g request sample..so that ko tau mana yang seswai...bontot baby berbeza jugak..sama macam bontot hang..kihkih(tutup mulut) saiz s and m boleh stanby siap..

nak selamat cari 3 brand yang ko rasa mungkin seswai ngan anak ko...mak mak ni gerak hati die laen macam..ikut gerak hati kau..gerak hati ye bukan napsu...kihkih...kalau boleh kecik2 brand murah pon xpe..sebab macamana pon kau kene tuka diaper tu setiap 2/3 jam sekali...penuh atau x...


jangan malas sangat ini bab kebersihan...ketidak bersihan sangat boleh mengundang anak anda ke hospital


3. BOTOL SUSU


untuk mak mak bekerja...botol susu adalah sangat penting..anak xnak botoi susu hauk lah kau nanti ulang umah BS...

bab ni anda kene banyak bersabar dan jangan terlebih eksaited cam aku

aku beli 3 jenis botol masa belum bersalin 1 orang bagi sudahnya aku sedekah kat orang sebab anak aku xnak puting botoi tu..stresssss


dah la yang brand tupperware aku beli 1 set...warghh stresss...

so nasihat aku..beli 1 botol je..cari yang breast like teat(puting)

and beli satu jenis botol yang boleh fit banyak puting..so at least ko beli puting je xde la nangis di bucu katil

puting pon kadang harga auzubillahiminasyaitonnnnirojimmmmmmmmm

hah nampak x 

barang baby memang overprice tapi nak wat camno

brand yang aku penah try antaranya..tupperware, avent(classic) mimijumi and tomme tippee

anak aku suka mimijumi and tomme tippee wide neck die sungguh wide and agaknya sama cam aku punya kot..so sila study nipple anda kihkih..

aku sampai tahap sendiri rasa puting botol tu guane cuma la noob..wkwkkwwk...


ok 3 dulu..kedian aku sambung..jangan panas hati..kbai







Saturday, September 3, 2016

KUSUT





kadang bila kau jauh dari jalan benar
kusut

kadang kau lupa ibadah
kusut

kusut jiwa meletakkan sesuatu pada manusia
kusut hati menyerah pada yang xpasti

kusut hidup mengasingkan tuhan dari harian

kepedihan ada masa sangat tak terluah
dek kerana satu buruk huduh
luka lama berdarah darah

adilkah?

apa lagi

apa lagi kali ini

hidup xkan pernah berhenti meletihkan
hidup tak akan pernah berhenti melukakan
hidup xkan pernah berhenti menyakitkan

buat hati hati perjuang
kental mara
jangan menyerah
ya semuanya meletihkan

tapi ganjaranya membahagiakan

Thursday, September 1, 2016

Pinjaman

Assalamualaikum

2 3 hari ni aku di kelilingi kisah perpisahan dan kekecewaan hubungan

dari dulu aku rasa aku ni macam diari orang

alhamdullilah sebab aku sangat suka mendengar masalah orang sebenarnya..sebab aku faham beratnya rasa menangung dalam hati

tapi bila kerap dengar masalah ni ada satu masalah jugak sebenarnya

aku jadi paranoid

 well aku memang agak paranoid sebenarnya sebab pernah kena tipu teruk kan?

nak lari dari rasa paranoid tu sangat susah sebenarnya tapi cubalah sedaya sebab tak adil untuk susahkan orang laen atas bekas luka yang orang laen tinggal

cuba bertenang and tanam dalam jiwa

semua yang milik kita hari ni Allah cuma pinjamkan termasuk nyawa kau sendiri

Xada yang milik mutlak

bila bila Allah boleh ambil dalam banyak sebab

ada masa melihat orang lain kecewa aku juga turut kecewa

apa lagi yang kurang ya jika sudah berkahwin hingga belasan tahun, anak dah 3 4 akhirnya ke mahkamah syariah selesaikan penceraian

besar dugaan kamu wanita

apa perkahwinan tidak boleh indah?

ya gaduh biasa cukuplah untuk saling mengingatkan

kenapa ya

tak rasa susahkah menipu?
tak rasa bersalahkah menyakitkan?
tidak sedarkah tanggungjawab?
atau tidak bersediakah saat nikah dulu?


terlalu banyak soalan dalam otak aku sampai letih..hahha

sebenarnya tak perlu banyak fikir

sebab bak kata mak aku

lelaki

kalau dia nak buat kau check macamana pon dia akan ada jalan untuk buat juga
kalau dia nak tipu dia tipu
kalau dia nak pergi dia pergi

jadi perempuan memang perlu bersedia

saat pinjaman nanti di minta pulang

setidak tidaknya struggle yang kau akan hadapi tidak terlalu berat

semoga kita semua baik baik saja

P/S; 12hari lagi harijadi kamu...eh saya eksaited!

Saturday, August 27, 2016

KETAKUTAN

Assalamualaikum

Bila kadang2 rasa nak buang masa depan pc malas buat kerja scroll blog orang

baca.baca.baca.

sambung buat kerja. dulu bukan main punya vow akan tulis sampai bila bila kononnnnn

sejak jadi mak xde masa untuk diri sendiri

semalam masa mandi ( bapak anak tunggu kan anak )

belek2 muka tengok banyak blackhead baru sedar

dulu rajin tekan2 sebab boring. sekarang nak boring pon xsempat..ahhaha

ok..

tarik napasss lepassss...

Perempuan bila kawen. ko seperti menyerahkan hidup dan mati kau pada suami kau..i mean not literally lah. 

hidup dan mati memanglah tuhan tentukan(duhhh) 


jadik perempuan ni ada macam macam ketakutan

letih tapi

takut jugak nak buat macamana

so kalau takut sila tenangkan diri dulu ok?


tenang2 fikir positif2 tapi janganlah positif sangat sampai engko jadik bangang

ingat satu benda


bergantung pada Allah bukan pada manusia

p/s: kalau nak uji bukan lahhh yg satu itu..bukan bukan bukan

Wednesday, July 20, 2016

MONOLOG 1907 - PENAMAT

Assalamualaikum


its been sooooo longggg since i write here

seems lost all my interest to write

jiwa kacau kadanng2 jadi motivasi untuk terus menulis dan bila makin dewasa rsa ada keperluan untuk diam dan jarang luah perasaaan

dewasa mungkin

menulis ini untuk menamatkan semua

semua yang aku janji untuk ingat dan pegang

tamatkan atas dasar meninggalkan masa lalu

terlalu memegang masa lalu tidak membuatkan aku lebih baek

malah lebih teruk

aku mahu simpan segala monolog 1907 sebagai sejarah dan terus berdoa agar anak yang lahir dari rahim ku tidak perlu melalui kisah kisah alpa leka dan luka yang terlalu

Di sini penamatnya

selamat tinggal 1907

aku tinggalkan kau di masa lalu

9 tahun yang lalu

cukup untuk janji,pengorbanan, dan peperangan dengan parut(battle scars)

Di sini aku tamatkan

selamat jalan

cukup 9 tahun ini

sudah terlalu lama

TAMAT