geng budak slumber

Saturday, September 3, 2016

KUSUT





kadang bila kau jauh dari jalan benar
kusut

kadang kau lupa ibadah
kusut

kusut jiwa meletakkan sesuatu pada manusia
kusut hati menyerah pada yang xpasti

kusut hidup mengasingkan tuhan dari harian

kepedihan ada masa sangat tak terluah
dek kerana satu buruk huduh
luka lama berdarah darah

adilkah?

apa lagi

apa lagi kali ini

hidup xkan pernah berhenti meletihkan
hidup tak akan pernah berhenti melukakan
hidup xkan pernah berhenti menyakitkan

buat hati hati perjuang
kental mara
jangan menyerah
ya semuanya meletihkan

tapi ganjaranya membahagiakan

Thursday, September 1, 2016

Pinjaman

Assalamualaikum

2 3 hari ni aku di kelilingi kisah perpisahan dan kekecewaan hubungan

dari dulu aku rasa aku ni macam diari orang

alhamdullilah sebab aku sangat suka mendengar masalah orang sebenarnya..sebab aku faham beratnya rasa menangung dalam hati

tapi bila kerap dengar masalah ni ada satu masalah jugak sebenarnya

aku jadi paranoid

 well aku memang agak paranoid sebenarnya sebab pernah kena tipu teruk kan?

nak lari dari rasa paranoid tu sangat susah sebenarnya tapi cubalah sedaya sebab tak adil untuk susahkan orang laen atas bekas luka yang orang laen tinggal

cuba bertenang and tanam dalam jiwa

semua yang milik kita hari ni Allah cuma pinjamkan termasuk nyawa kau sendiri

Xada yang milik mutlak

bila bila Allah boleh ambil dalam banyak sebab

ada masa melihat orang lain kecewa aku juga turut kecewa

apa lagi yang kurang ya jika sudah berkahwin hingga belasan tahun, anak dah 3 4 akhirnya ke mahkamah syariah selesaikan penceraian

besar dugaan kamu wanita

apa perkahwinan tidak boleh indah?

ya gaduh biasa cukuplah untuk saling mengingatkan

kenapa ya

tak rasa susahkah menipu?
tak rasa bersalahkah menyakitkan?
tidak sedarkah tanggungjawab?
atau tidak bersediakah saat nikah dulu?


terlalu banyak soalan dalam otak aku sampai letih..hahha

sebenarnya tak perlu banyak fikir

sebab bak kata mak aku

lelaki

kalau dia nak buat kau check macamana pon dia akan ada jalan untuk buat juga
kalau dia nak tipu dia tipu
kalau dia nak pergi dia pergi

jadi perempuan memang perlu bersedia

saat pinjaman nanti di minta pulang

setidak tidaknya struggle yang kau akan hadapi tidak terlalu berat

semoga kita semua baik baik saja

P/S; 12hari lagi harijadi kamu...eh saya eksaited!