geng budak slumber

Friday, October 12, 2018

PENAT..MAHU REHAT




Senyum tapi berduka
Ketawa tapi menangis

Berdua tapi sendiri
Berlingkar-lingkar fikiran
Berbelit-belit perasaan
Soalan dan terus bersoal
Meletak diri di kandang pesalah

Mencari yang kurang
Mahu mengalah tapi ego
Mahu pergi tiada sebab
Apa masih kurang bersyukur?

Berdiri diam memerhati
Kelam..keliru..buntu
Di jalan apa harus dia berjalan
Di dahan mana perlu dia berpaut
Kepercayaan apa perlu dia pegang

Ketakutan itu berulang tayang
Apa masih akan di pukul pada titik lemah itu lagi?


Berbicara di ruang kosong
Yang mendengar cuma hati
Menjerit dengan fikiran
Apa telinga itu sudah tidak sudi lagi?


Penat
Sungguh memenatkan
Bila boleh rehat?