geng budak slumber

Wednesday, April 6, 2011

mAna hiLAngnYa....


apa nak jadi dengan aku...
ada kerja aku tangguh..
ada peluang belajar tinggi aku malas
ada sahabat nasihat aku tak dengar
ada sokongan aku tak endah
ada sinar aku pejam mata
ada jalan aku duduk diam-diam
ada cara lain aku masih macam itu juga

mana hilangnya
aku yang penuh semangat
aku yang gigih kejar cita-cita
aku yang kental berdepan dugaan
aku yang mudah terima kenyataan
aku yang optimis tentang hubungan
aku yang tegar memegang tanggungjawab

dunia aku
membazir waktu
melayan perasaan
mengenang masa lalu
mendahulukan yang tidak penting
meneruskan langkah tanpa perasaan mahu meneruskan

kenapa
aku tidak redha
lupakah aku pada tuhan
lupakah aku pada takdir
lupakah aku pada rukun iman

aku mohon doa teman-teman
ibu...aku sangat rindu kamu
aku tak mahu terus begini
terus menghancurkan diri



p/s: mana hilangnya aku...(pic google)

2 comments:

Anonymous said...

umm saya pun alami situasi macam ni..sama mcm awk.

AsyieqiN Rkey said...

kne cari dir sendri blk nie...hmm..mane ilangnye..