geng budak slumber

Thursday, October 10, 2013

Entah sejak bila

Entah sejak bila..
Rasa itu terlalu asing
Entah sejak bila..
Rasa itu menyusahkan

Setiap kali dan setiap hari..
Ia seperti bakal membawa mati..

Banyak kebodohan...
Setiap rasa itu ada..

Peluang..
Di depan mata...

Tapi aku bosan.letih..

Entah sejak bila...

Aku jadi musuh cinta

Thursday, October 3, 2013

Buat sahabat sehidup semati

Hyep!

Waaaaaa...lama tak jenguk blog...sibuk sangat kononnnyaaaaa....

Kebelakangan ni...aku tak tau aku hanyut dengan apa...sampai aku lupa banyak benda..

Ada masa aku seperti lari dari sesuatu...berlari kencang kencang..

Mungkin lari dari masa silam..

Mungkin lari dari rasa sepi..

Mengejar juga mungkin..terlihat seperti menikmati kebebasan hidup..kan?

Sapa saja tau tujuan hidup aku?

Dan bila aku rasa seperti hilang tujuan hidup...aku lari kencang kencang lagi..

Sehingga dalam pelarian aku..

Aku lukakan hati kamu..

Makin jauh dari kamu...

Seperti tidak peduli akan kamu..

Hingga hilang kata kata dengan kamu..

Hingga rasa janggal hanya untuk tanya khabar..

Maaf sahabat..

Ketahuilah..

Aku sayang semuanya tentang kita..

Ingat lagi kita jimat jimat makan megi tomyam dalam rice cooker masa sama sama promoter?

Ingat lagi aku mogok tak mau cakap ngan kamu entah sebab apa dulu..sebab taknak jejas hubungan kamu dengan teman serumah rasanya..?

Ingat lagi?surat pertama dan terakhir aku tulis dengan tulisan cakar ayam aku untuk kamu dan suami kamu ketika ini sebelum aku berangkat ke kem PLKN?

Ingat lagi?masa kamu mengandung anak pertama...kalau tidak kerja kita pergi tengok wayang jalan jalan..kamu yang gila masih pakai slua jeans tapi tak boleh zip sebab perut dah besar..

Ingat lagi?hari tragedi hidup aku?kamu dan suami masih di sisi aku...walau betapa hodoh hakikat aku ketika itu...walau aku anak derhaka ketika itu..

Dan saat entah berapa juta kali hati aku di punahkan...kau satu sahabat yang bagi aku segala kebenaran..

Ingatkah sahabat...antara kita sedikit tiada rahsia..

Aku selalu rindu masa ketawa kita..masa menangis kita...

Masa yougurt tepi longkang kita..

Masa megi rice cooker kita..

Masa rempit xde lesen kita..

Masa aku ponteng sekolah hanya sebab kau pulang kampung cuti kerja..

Kita tak pernah jauh sahabat..

Tinggal lagi...mungkin aku yang perlu berhenti berlari..

Berhenti lari dari realiti...

Yang aku sebenarnya punya hidup indah...

Kebanyakkannya sebab kamu..

Berhenti rasa sepi...kerana aku tahu..

Susah senang..cantek hodoh...buruk baek...

Kau masih di sisi...

Ramizah =)

Saturday, September 14, 2013

Pilihan

Hyep!

Sering...dalam hidup aku...datang dua pilihan..

Memaksa aku untuk pilih salah satunya..

Untuk aku stay...dan berbahagia...sekaligus menerima akibat pilihan itu...

Setiap kali wat pilihan....

Hati jadi keutamaan..kemana hati..

Kuat pada pilihan yang mana...

Dan kali ni...

Apa aku harus buat pilihan lagi?

Atau lari dari pilihan ini...

Allah...

Apa pon jadi...

Aku cuma harap...

Aku buat benda betul dan tak lukakan hati orang...

T.T

Sunday, September 8, 2013

Benci

Hyep..

Feeling like writing something..

For all these years..I have been here and there..jumping job..hoping for the best..finding the right one..

Finding the soulmate seems like forever not to found..

And here I am..

Still dreaming bout you that I hate..

And here I am..

Taking the best two sentences you said to me when we were together...almost three years ago..

'berubah bukan untuk jadi orang lain tapi untuk jadi lebih baek'

That change me a lot..

'Allah tak pandang kejayaan Allah pandang usaha'

That make me work hard

And no doubt it keeps me going even my heart were severly torn by you..

I hate the fact that I make a stupid decision to be with you..

To love you to the fullest..

And everything fall apart...

And everything was just a big LIE

thanks for lying..

Coz yet...it keeps me going..

Sincerely to you my once lifetime crazy love..

AL***

I am fine thank you

Go stop feel guilty and make me dream of you again n again

Go marry her...the one you broke my heart for..

GO

P/s: keeps the guilty feeling..coz its nothing

Wednesday, August 28, 2013

MIMPI

assalamualaikum n peace..

hari nie rabu dan aku tak busy sangat...

bos sebok meeting jadi boleh update blog..khekhkehke..

hm..hari tu sepupu aku ada share info dari Dr.Fazdillah kamsah..pasal mimpi dan berhubung dengan gelombang otak...

kiranya maklumat tu lebih kurang kau berkomunikasi melalui gelombang otak..sebab tu kadang-kadang bila kau terfikirkan seseorang tu..tetiba je orang tu kontek kau..tak pon kalau kau mimpikan orang tu..mungkin orang tu sedang ingatkan kau..

honestly aku cuba tepis rasa nak percaya..tapi benda nie jadi kat aku banyakkk kali..bukan sekali dua..bila aku mimpi atau teringat kat someone..konpem jap lagi orang tu kontek aku..gila aku rasa macam scary pulak mula-mula..tapi bila lama-lama rasa suka jugak..

dan aku punya satu manusia yang macam link dengan soul aku...paling magik aku dan dia boleh mimpikan satu sama laen..pada malam yang sama walaupun tido di tempat yang berbeza...sangat magis..(>.<)

tapi untuk seorang lagi manusia nie..aku tak rasa teori ni apply pada dia..sebab aku sangat yakin dia takkan ingat aku lagi dah..

malam tadi aku mimpi dia..

dengan perempuan itu..

perempuan tu tak ingat aku..tapi masih bersalaman dengan aku...dan aku yang sakit hati cuma mampu cakap..

"memanglah orang kalau amik hak orang mana ingat kan?"

aku tak tau kenapa aku cakap cam tu sedangkan dalam dunia realiti aku langsung tak salahkan dia..

dan dia jawab dia tak mintak semua tu..dan berlalu dengan dia yang aku yakin dah tak ingat aku lagi..

then aku duduk kat satu kawasan yang macam beranda masjid penuh dengan orang berpakaian putih..

sepupu aku kat seblah aku...datang sorang yang kabur-kabur wajahnya bagi arahan untuk keluarkan beberapa orang dari ramai-ramai yang duduk kat situ...seorang demi seorang di tarik termasuk sepupu aku..

tinggal aku dan beberapa orang lagi...di satu sudut dia dan perempuan tu duduk..berbual macam tak de apa jadi..

then datang seorang budak pakai baju macam tahfiz tu..warna putih..jubah+serban bawak sekeping kertas ada tulisan jawi dan soalan untuk aku..aku di arahkan jawab soalan tu...

suara budak tu slow sangat jadi aku mintak dia ulang soalan..

sampai skang aku cuba ingat soalan dia..tapi lebih kurang camni lah..

"kita solat sebab ......... atau solat sebab tak mahu menidakkan kewujudan Allah?"

aku terpaku sebab aku tak tau nak jawab soalan tu camna..dan yang aku ingat..apa pon pilihan jawapan aku...jawapan aku tetap akan salah..

then aku terjaga..menung..4.45pagi..

mainan tidur atau ada sesuatu yang Allah cuba ingatkan aku?

p/s: kadang kadang tak semestinya yang paling faham itu yang akan jadi teman  hidup selamanya..


Monday, August 26, 2013

cinta

hyep..

lama tak update...orang perasan busy memang camni...

padahal weekend aku dah lepas ke teluk kemang PD!huahua..

ok..

dua puluh lima memang waktu sengsara bila semua sudah tanya tanpa berenti tentang cinta kawen dan jodoh...

jenis aku pula...yup..

aku suka berkawan dengan lelaki..

dengan sifat kasar dan tidak lemah lembut sopan santun aku...aku boleh berkawan baek...dengan lelaki tanpa perasaan..

dan ya..

ada masa aku cuba bereksperimen dengan keluar berdua...menguji rasa...dan dengan jayanya aku tak rasa apa apa...

tapi akhir akhir ni aku keliru..

hati aku yang tak rasa apa apa atau..

aku yang tak izinkan hati aku rasa?

p/s: terbagi harapan palsu

Saturday, August 17, 2013

fokus

hyep..

keje aku skang tak stres..langsung tak..

bukan macam aku keja bank dulu sampai asek migrain and anxiety..

tapi asek buat careless mistake..

aku kecewa..

sangat kecewa..

yang aku tau..

aku hilang fokus...

tolonglah..

aku nak fokus betoi-betoi..

aku nak improve!

p/s: cari semangat!