geng budak slumber
Saturday, August 27, 2016
KETAKUTAN
Wednesday, July 20, 2016
MONOLOG 1907 - PENAMAT
Thursday, November 5, 2015
Orked Amanda Binti Mohd Ayub
Assalamualaikum...
Menarik napas mencunggap dan berbaring melepas lelah..
Allahu...terima kasih tuhan
I'm wtitting this not to regret or complaint anything about my life
Seriously Im sooooo grateful to have this life...mine...
Alhamdulillah
Perempuan selamber blur ganaih dan selenge ni akhirnya jadi emak
Layakkah? #tampardirisendiri
10.08pm 31/10/2015 Hoshas Temerloh; Labour room
Aku sendiri tak tahu macamane pompuan yg hampir 'single by choice forever' willing nak hadap semua kelecehan yang aku pernah persoalkan
Why bother falling in love,sacrifice all you had,going through well known tough tingy if it never last?
Aku dah jumpa jawapan untuk soalan sendiri satu masa dulu
Memegang amanah membesarkan seorang anak perempuan yang aku pilih namanya Orked Amanda bermaksud bunga(orked) yg di sayangi aku galas tanpa aku tahu kemampuan sendiri
Tatap wajah anak syurga ini buat aku berfikir jauh ke hadapan
Apa aku perlu buat sekarang?
Anak perempuan aku
Anak perempuan ibu, Orked Amanda Binti Mohd Ayub
Ibu ini manusia....ibu tidak sempurna...ibu akan besarkan kamu tanpa banyak soal...ibu xakan mintak apa apa dari kamu
Kamu anak ibu dan babah
Dan ibu,babah orang tua kamu
Kita belajar sama sama okey?
Buat suamiku Mohd Ayub
Terima kasih kerana sentiasa di sisi....
Tiada yang aku ingin lagi selagi kamu ada
P/s: suatu masa kamu akan jadi ibu juga....selamat berjuang anak...perjuangan ibu baru bermula!
Friday, October 23, 2015
Cinta
Assalamualaikum...
Wargghhh it been a very veryyy long time
Writting this while my husband away for work
Lama dah nak tulis n still xtulis2
Sedang menunggu hari untuk melahirkan anak pertama
Mak cakap anak pertama macam cinta pertama seorang ibu
Sepanjang mengandung...aku cuba cari ilmu memahami seketoi bayi
Aku ibu kali pertama...
Apa yang aku tau tentang bayi...tentang menyusu...tentang apa rasa seorang ibu
Kadang kadang rasa tendang dan gerak kandungan hanya allah tahu...
Perasaan yang tidak dapat di ceritakan
Perasaan menanti satu keajaiban milik tuhan sebagai pinjaman
Walaupun kadang2 cuak bila di momokkan rasa sakitnya bersalin...
Aku masih gembira setiap kali suami yang aku pinjam ini berborak dengan anaknya
Tidak berkira membersihkan muntah aku
Tak pernah letih mengurut belakang aku yang kian sakit menampung anak ini
Anak...kamu sudah 2.7kilo...dan ibu makin gemok...hahaha...tak pernah rasa segemok n sebangga ini..ibu gemok dengan gembira!
Ibu tak sabar mahu pegang tangan kecil kamu anak!
Sangat tidak sabar
P/s: suami ill be missing you so bad during my confiment..please come to me every weekend...plsss
Monday, March 23, 2015
Cinta 100hari
Assalamualaikum..
Haih...seems like i write when i feel to write...
Nak update 2ari lepas tapi tapi malas...hahahah
And alhamdulilah it been 100days(2hari lepas) so today 102days la kan..
As a wife kepada si baek hati..
100hari ni kena tinggal sorang kat rumah tu biasa since kerja laki aku kadang memerlukan dia stayback sampai ke pagi esok nya bila orang dah masuk kerja dia baru nak balik..
Setakat ni memang aku boleh handle since I know how he work..
Eleh 100hari pon kecohhh...
Actually after the tragedy yang membuatkan seorang aku xjadi orang untuk beberapa tahun...aku tegaskan hati dengan syarat 100hari..
Sesiapa pon yang aku atau dia mahu keperingkat seterusnya dalam hubungan dengan aku...maka aku akan beri peluang 100hari tanpa pengetahuan orang tersebut..
Dalam 100hari itu aku akan jadi perempuan separa jerk untuk melihat kesungguhan seseorang dan cara seseorang itu handle aku...n i try to open my heart also to love orang tu lah..
Panjanggg pulaakkk explain khonnn...
Long story short selepas beberapa percubaan
I met my husband and he ask for my hand in marriage from my family on the 99th day of the 100days..tanpa dia sedar n tanpa aku sedar jugak sebenarnya sebab tetiba aku macam lupa nak kira..mengong..
On the 100days im his fiance...dah tak boleh wat apa...hahahah
Allah plan cantik cantik...
Menjelang hari ke 100 perkahwinan
Allah hadiahkan malaikat kecil untuk aku dan suami
Doakan malaikat kecil ini sihat sehingga tiba masa berjumpa nanti..
Ibu tunggu kamu malaikat ibu
Babah tunggu kamu...
Jika kamu lelaki...jadilah lelaki soleh dan baek hati seperti babah kamu..ibu jatuh cinta pada hatinya anak
Jika kamu perempuan...jadilah serikandi agama dan keluarga anak..
Semoga kita ada beratus ratus tahun lagi bersama suami
Thursday, February 5, 2015
Demi Allah
Assalamualaikum..
Di satu hening malam...
Ketika telinga mendengar dengup jantung kamu seperti saban malam ku...
Aku: abg kita duduk rumah kita abg..rumah kita berdua
Kamu: aah syg...rumah kita
Aku: abg happy
Kamu: happy...(senyum) tapi sedih sikit
Aku: kenapa
Kamu: rumah macam ni je abg mampu sediakan untuk ayg..xcantik
Aku: eh tak pe lah rumah sewa kan..nanti kita jimat jimat kita simpan duet beli rumah kita...abg belikan ayg rumah cantik cantiklah nanti
Kamu: okey syg..
Aku: nanti kita penuhkan rumah kita ye...ada anak nanti kita besarkan dia sama sama
Kamu: iye syg
Untuk suami ku si baek hati..
Di mana kamu pergi akan aku turuti
Tuntun aku ke syurga
Aku bersamamu selamanya...
Susah dan senang
Aku di sisimu..demi Allah
P/s: janji kita...tidak give up upon each other...cinta kita hanya untuk kita
Wednesday, February 4, 2015
Rumah kampung tikar getah hijau
Assalamualaikum n peace...
Aaaahhh...tiap kali nak start cerita pon mesti cakap dah lama tak menaip kan...macam xde point laen #lempangdirisendiri
Dah sebulan lebih kawen..macam kawan baek sendiri tak pecaya si keras hati n suka wat sesuka hati ni dah kawen..sama macam aku..
Aku tak rasa macam dah kawen..
Mungkin sebab rutin sama..duduk asing since kami pilih nak settle umah lepas kenduri...bukan tak nak sedia awal...ah tak perlu kot aku jelaskan kenapa...banyak sangat drama sebelum kawen aku kena hadap...itu saja la kot..
Sebulan lebih kawen selepas abes sesi bertekak merajuk dan menyampah bagai...konklusinya aku dan suami jumpa rumah sewa..nak beli memang belum mampu..
Menetap di tengah kota raya bekerja memang kau mimpi je nak dapat rumah sewa murah yang mengizinkan keadaan kau simpan duet untuk masa hadapan...
Alhamdulillah rezeki kami jumpa..
Rumah kampung sebaris separuh batu..cukup untuk aku dan kamu yang cuma pergi dan balik kerja...
Bila ruang tamu berisi nanti kita ketawa menangis sama tengok drama drama hidup..
Bila dapur serba ada nanti aku masakkan bekal kita di hari kerja buat jimat wang untuk rumah idaman kita
Dan ya rumah kami dekat dengan ahli keluarga yang sama cari rezeki di bandar macam kami...
Buat teman aku yang bajet kental bila laki kena stayback ke pagi buta sebab kerja nanti...walaupon dia tau isteri keras hati bajek bagus dia mampu duduk sorang maen internet sampai ke pagi bila dia tak ada kena kerja...suami baek hati aku tetap nak pastikan isteri keras hati dia selamat...
Ok panjang sangat...
Terima kasih suami..
Untuk rumah kampung bertikar getah hijau ini..
Kita mula dari kosong..
Aku tak akan pernah berkira...
Terima kasih suami untuk pengalaman dari kosong bersama ini..
Semoga kita punya banyak cerita untuk cucunda di hari tua nanti..
P/s: saya cinta awak sampai bila bila