geng budak slumber

Sunday, February 27, 2011

sAat aKu meLangkah pErgi.....

assalamualikum again peers..huuu...nie entry ke 2 utk ari nie..xtau nape aq ase nk write sumthing...
n i'm writing dis with all my heart...=)


SAAT AKU MELANGKAH PERGI...

kesunyian kadangkala membunuh jiwa..
dalam senyuman dan hilai tawa...ada sesuatu yang menjadi rahsia..
kerana yang indah itu cuma pada mata...
pada hati pengertian hanya buat yang ESA...

saat ini..
sudah aku atur langkah kaki...
pergi dari sisi masa yang sepi..
saat ini..
aku sudah melangkah pergi..
kenangan itu aku tinggalkan..
resah itu aku padamkan..
luka itu aku pendamkan..
kerana...
aku benar-benar mahu melangkah pergi...

saat aku melangkah pergi...
cinta sudah tiada sisa lagi..
jiwa sudah hampir mati
hati sudah menjadi besi

saat aku melangkah pergi..
hati masih cuba memahami...
masih memanjatkan doa pada ilahi
agar sinar itu datang lagi...

tuhan..
andai sakit ini kerana aku lupa pada agamaku
andai sakit ini kerana aku lupa kewajipanku
andai sakit ini kerana aku ingkar perintah mu..
tuntun aku ke jalanmu..
hadiahkan aku penawarmu...

dan saat ini...
aku sudah pergi...
dan saat ini...
aku hanya ingin tinggalkan...
senyuman yang masih berbaki...
buatmu yang telah melukai....

peringatan utk diri: "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]