geng budak slumber

Friday, June 15, 2012

puteri kesatria

asslamualaikum 

salam jumaat..berbaju kebaya dan seluar cokelat...harap kerja hari nie tiada yang tersekat..=)


PUTERI KESATRIA

err..boleh jadi contoh ke?
(google)

langkah gagah
tangan berpedang
tegas melafaz
lantang berbicara


bangun demi diri sendiri
melangkah tak pernah menoleh lagi
luka sendiri ubati

tiada yang di percaya melainkan dirinya sahaja
urusannya satu
menjaga dirinya dan mereka yang dikasihinya

wajah tanpa perasaan
hatinya sudah tiada fungsi
tapi masih punya kasih sayang
pada yang masih sudi peduli

hidup tidak mahu berhutang budi
bijak sembunyi derita jauh dalam hati
semahunya memadam kata derita dari diari
dia wajib berjuang
walaupun bukan demi diri sendiri

senyumnya masih manis
cuma sedikit kedekut
matanya masih bersinar
jauh2 simpan harapan
atau harapan cuma untuk yang kecundang?

masih gagah dia 
walau banyak cedera
masih bertahan dia
walau sudah banyak kali di dera
masih senyum dia
seperti terlahir tiada air mata


dia puteri kesatria
sentiasa gagah menghunus senjata
tidak perlu dijaga
cukup dia dan semangatnya


p/s: mencincang dan melangkah...

1 comment:

ஜ miss klanika ஜ said...

teringin menjadi sperti putri kesatria.