Setelah hati luka itu berdarah...
aku hanya mampu pasrah...
Setelah hati kecil itu patah...
aku kembali pada allah..
terasa dugaan ini bagaikan padah..
kerana terlalu ego dengan perintah...
aku benar-benar mahu berubah
aku mencari dalam kepayahan..
menanti penuh kesabaran...
semampunya aku bertahan..
menelan segala kepahitan..
kejahilan demi kejahilan terbayang...
selama aku mempertahankan rasa sayang..
sebenar hati cuma mahukan cinta..
namun tak tercapai oleh daya upaya yang ada...
kau sudah pergi pada dia...
aku rindu...kau imamkan aku sayang...
aku mahu kau selalu begitu...sayang..
namun kejahilan lalu buat kita melayang..
bersama iman senipis kulit bawang...
ketahuilah...
harapanku cuma satu selama ini
mengharap pimpinan darimu yang namanya lelaki..
tidak terfikir aku yang perlu selami
kedaifan ilmu yang ada dalam hati
maafkan aku gagal memahami...
apa yang kau mahu dengan pasti..
sampai ketika ini..
aku tak boleh berpaling lagi..
kerana semuanya sudah berlalu pergi...
aku cuma hanya mampu menanti..
insan lain yang bisa mengimami..
solat-solatku dalam sisa hidup yang berbaki...
2 comments:
wah shikin...terharu baca entri ni..
huhu
jom join contest sab, mesti shikin tertarik! hehe
owh really....ok2 i'll check your contest.thnx 4 the compliment=)
Post a Comment