geng budak slumber

Sunday, March 13, 2011

pErLukaH aKu?

google image..

kedegilan hati..amat aku kesali..
setiap kali terfikir tentang sesuatu itu..
aku seperti tak mampu..
seperti terkaku..
haruskah aku terus berteleku begini..
mengenang sesuatu yang tak mungkin terjadi..
satu kesilapan percaturan yang membunuh maruah diri...

aku mahu kental menahan ego..
aku mahu berdiri tanpa kepedihan..
aku mahu kau tahu..betapa aku tak memerlukan kamu..

kenapa aku begini..
menjadi mangsa kedegilan hati sendiri..
sedangkan sudah luas terbentang segala yang hakiki..

mungkin hati berdendam..
mungkin hati mahu kau rasa yang kau kata sangat kau faham
tapi kau lupa..memahami dan merasai..dua perkara berbeza..
kau pasti akan terbungkam..
saat karma menuntut dalam putaran alam

murkaku pada diri..
kerana mengakui kebebalan..
terlalu mudah menyerah..
terlalu lembut mengasih..
terlalu berkorban untuk sekeping hati..
yang jelas tidak pernah aku miliki..

aku mahu engkau pergi..
terus jauh pergi..
bawa segala janji...
yang tidak pernah kau tepati..
kerana AKU TIDAK PERLU KAMU!
dalam setiap jaga dan tidurku
kerana kamu akan tetap menjadi kamu..
yang seolah menuntut kesempurnaan dariku...

p/s;"Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33

2 comments:

Nurul said...

Like sgt.. :)

AsyieqiN Rkey said...

thnx...biakan yg pergi itu pergi kan..