geng budak slumber

Sunday, October 9, 2011

kau yang bakal berdiri di sebelah aku..

assalamualaikum n peace..=)

hmm...aku bengang pasal 4 page yang aku dah wat semalam hilang..dem yu...huhu...nak kene wat balik report nie kasik tambah balik page yang dah ilang tu..sabau je la...bila bengang2 cam nie memang takleh start ag..lek jap..teringat blog xberupdate..

tetibe terfikir nak wat nie...

KAU YANG BAKAL BERDIRI DI SEBELAH AKU

masa-masa ini aku lalui dengan selesa
seselesa mungkin
setabah mungkin
dengan senyuman semanis mungkin

pada masa sekarang ini
aku harap kau  yang pernah berdiri di sebelahku
di ruang masa silam teruskan menghuni masa silamku
aku tak mahu kau muncul di sebelahku lagi
di ruang masa depanku
biar bergunung rasa sayangku padamu
jika kau mahu
muncul saja jauh di belakangku

aku selesa begini
biar ada masa aku kejam
biar ada masa aku pentingkan diri
apa kau tahu tentangku

kau
ya..kau yang bakal berdiri desebelahku pada masa depan
dengar sini

aku bukan manusia sempurna yang mampu meminta manusia sempurna untukku
aku bukan hebat sangat mahu yang terhebat untukku

yang aku perlu
satu masa jika kau mahu berdiri di sampingku
menghabiskan sisa2 usia mu
insan yang mahu menempuh saat suka duka denganku
bukan berjanji mahu bersusah...tapi bila senang kau hilang
macam siapa ya?

(ketawa)

berdirilah di sebelahku apa pun keadaanku
kerana yang mampu aku jamin
seteguh kau berdiri di sebelahku itu
berganda aku mampu berada saat kau perlu aku

dengan izin tuhan yang satu..

p/s: bila sampai masa aku mahu memberi sepenuh hati nanti...aku harap aku tidak silap lagi tuhan..


3 comments:

si kiut lavender said...

amin..moga2 tiada kesilapan lagi dlm memberi sepenuh hati...>_<

Kancil 8349 said...

laptop kamu ke...hehehe...

gurau

cik sakura said...

cakkk..