geng budak slumber

Monday, October 10, 2011

WANITA BIASA

asslamualaikum n peace way!!

i'm backkkkk!!hehehe..report dah siapppppp!!!!!yes!tinggal nak print n arrange2 sket...cek buku log sebelum hantar kat lecture esok!yeahhhh!!

wat mase nie aku memang malas nak BW ag...nanti aku rajin aku singgah ye....don't worry..=)

xde ape nak update cuma nak terlintas nak tulis nie bila terbaca satu kisah cinta kat FB tadik..

WANITA BIASA

fahaman aku dan kau berbeza
gerak aku dan kau berbeza
tapi satu yang menyatu kita
rasa sayang
atau satu hari  nanti rasa cinta

aku penat berharap
aku penat berjuang
tapi usah bimbang
aku tak mudah mengalah
cuma kadangkala sedikit lelah

selalu cuba menjadi yang terhebat
kerana aku tahu hakikat betapa kerdilnya diri ini
aku wanita biasa
yang penuh dengan kisah suka duka

aku tak suka meminta
kerana bagiku mahu memberi biar rela
tapi jika kau mahu beri
fikirkan ini..

mampukah kau berdiri di sisi ku 50 tahun lagi
jika tuhan beri usia
mampukah kau menerima jeleknya aku 50 tahun lagi
dengan rasa sayang
mampukah kau memangku ku saat aku rebah
untuk 50 tahun lagi tanpa rasa lelah

ingatlah..bersamaku bukan hanya untuk aku hari ini
tapi aku hari semalam
dan aku hari esok
dan indahnya aku takkan kekal selalu
jika itu yang kau mahukan

ah..angan itu terlalu besar bukan
aku cuma mahu kau sedia
ya kau
yang mahu memberi cinta..

=)


p/s: selesailah cepat tuhan

No comments: