geng budak slumber

Saturday, October 22, 2011

penah tak?

assalamualaikum n peace..=)

xkeje duk umah nie memang serabut..tapi pemalas..nak wat camne..duk diam situ jangan banyak komplen la kan..hahaha..nak rilek sangat..(sedang bermonolog dengan diri sendiri..)

takde mende ilmiah pon nk tulis...saje..

PERNAH TAK?

google image


pernah tak?
rasa camana duduk satu sudut perhatikan seseorang
yang sangat indah tuhan ciptakan
senyuman dia macam magic
ketawa dia macam ubat jiwa sakit
tapi orang tu taktau pon ko tengah tengok dia
orang tu taktau pon senyum dan ketawa dia begitu nilai bagi kau

pernah tak?
dalam hati sangat harap orang itu perasan kewujudan kau
walaupon hakikatnya kau dan dia
"its just too good to be true"
tapi sikit2 dalam hati kau harap
sangat2 harap..
kau mahu berdiri disisinya selalunya
meminjamkan bahu untuknya tiap kali dia perlu
menjadi tempat dia bersandar andai dia lelah
memberinya semangat bila dia mula jatuh

pernah tak?
hanya dengan satu mesej 'hello' darinya buat kau bagai di puncak dunia
belum lagi kata sayangnya...
kesudiannya melangkah dalam hidupmu bagaikan satu rahmat
biar bagi orang lain kau sedang menjemput malapetaka

pernah tak?
sayangkan seseorang walaupun dia tak pernah tahu
cintakan seseorang walaupun dia memegang tangan yang lain
rindukan seseorang walau dia tak pernah peduli
bersedia datang membantunya walau tanpa dia minta
memerhatikannya dari jauh dengan harapan
satu hari nanti
kau bisa katakan

'awak..saya cinta awak...dari sebelum awak tahu kewujudan saya disini..."

p/s: ada masa malas nak percaya..tapi tak boleh nafi juga..kuasa cinta tu begitu hebat..=)


No comments: