geng budak slumber

Wednesday, October 17, 2012

syukur

assalamualaikum n peace..=)

akherrrnyaaa..boleh gak update..khekhek...nak gile ko tau duduk depan PC xleh nak guna internet..tah apa masalah tenet kat opis nie pagi tadi....

hmm....

masih dalam mood nak update benda pelik2 kat blog sendiri..boleh?

hahahha....

apa pun...entry nie untuk rasa syukur aku untuk beberapa hari ini.....

white

hidup..
memang penuh dengan unexpected thing
sape tahu yang kau rasa tak mungkin semalam sudah jadi kenyataan hari ini..
walaupun kadang2 rasa macam dalam mimpi
banyak fikir pun tak guna
layan je apa depan mata
dan hargai apa yang ada...

asyik menampar kepala 2 3 kali
mencubit pipi dan menjerit dalam hati
mungkin perlu gigih berdoa lagi
biar tuhan tenangkan jantung hati 
yang sedang mengepam oksigen hampir 'overdose'
wehhh...laju sangat nie...

satu satu
rileks dulu
itu yang kau mahu bukan?

itu yang kau cari dari dulu bukan
memang lega
bila yang mahu berdiri di sisi si gila ini
yang tidak kisah
comotkah
selekehkah
cakap tak berhentikah
masak tak sedapkah
pemalas bermusimkah

biarlah!
awak tu awak
seorang awak yang saya mahu

eh...sweet pulak...

syukur alhamdulillah..

walaupun kadang2 banyak fikir dan risau tentang masa akan datang dan jalan yang masih panjang
lega juga bila dengar...

"kita pertahankan apa yang ada selagi boleh...kita percaya...eh..tak payah jadi yang terbaek atau apa2...jadi awak sekarang..."

p/s: semua terlalu baru...jadi mari belajar dari bab 1

No comments: