geng budak slumber

Tuesday, December 24, 2013

AJAR

lama tak menulis....tah napa taktau nak tulis apa..

saat ni terbaring di katil hospital kajang..merana tak boleh tidur...T.T

di heret masuk akibat kes denggi..

dalam konon antibodi kuat..tersadai jugak aku kat sini...

salah satu cara mensyukuri nikmat sehat..bila kau sakit separuh mati...

lengan dah rasa nak bocor asek amik darah...sampai rasa sakit tusukan jarum dah jadi lali...

tak harap banyak...mahu cepat keluar...dan tidur dengan aman!

Wednesday, November 13, 2013

takde tajuk

assalamualaikum n peace!

lama tak menulis..tak de sebab laen..sebab malas...kahahkahk...

aku taktau la aku tulis nie sebab aku dah annoys sangat atau aku bajek bagus..mana pon boleh la kot?kahkahkahka

cuma lately aku rasa macam rakyat malaysia ni sama ada dah makin bangang atau kurang alert..

penuh news feed fb aku pasal jolly shandy yang di katakan minuman baru keluaran kilang arak guiness...maka gelabah la pemberita tak bertauliah share macma nak gila kat tenet...aku hanya mampu ketawa dan tepuk dahi..

tambah lagi ada sebilangan "pejuang agama" yang menyalahkan satu sama lain..ni agenda jahiliyah nak menghancurkan islammm katanya..ini agenda kafirr....agenda iluminatiiiiii!!

kahkahakhka...kang aku cakap bangang kang marah pulakkkk...


sesungguhnya Jolly shandy nie tah bape tahun dah kelua..dan lagi benda tu tak pernah halal pon!

memang terang2 tertera kat tin...2% beer!

yang kita bangang tak baca label nampak pelik sikit beli minum tanpa usul periksa?

sejak bila kau buta huruf tak pandai baca label?tambah bangang benda tu memang di tempatkan di rak non-halal!

satu perkara yang aku perasan dengan orang melayu+islam ni suka nak bolehkan apa yang tak boleh..

pernah nampak budak sekolah baru nak up minum barbican depan 7E lagak macam minum arak?sumpah kelakar..

entah kenapa ada sesetengah yang bangga dengan sparkling jus yang packaging sebijik botol arak biasa...

budaya share tanpa fikir pon dah makin melampau lampau..kadang memang tepuk dahi aku..yang share pulak bukan jenis orang tak berotak..

sibuk kejar sapa tahu lebih awal dan lebih pantas share info kah?

motif?

ingat kes rompakan yang libatkan pegawai bank AMBank di tembak sampai berkecai kepala?

sepantas kilat..orang share siap IC dia pic family dia sampai ke pic kepala dia pecah bertebur berdarah jenazah terbaring kain sedikit terselak..

pertama kali aku dapat video+gambar aku mengucap panjang...

mana otak kau orang letak share pic n jenazah orang macam tu?

kau suka mati nanti orang letak pic kau masuk instag dan segala macam laman sosial..

"arwah dulu peng-share info bangang terpantas di fb" katenye..

feymes bukannnn....*rolling eyes*

takkan common sense dah jahanam teruk akibat peningkatan harga gula dan petrol kot?

sebelum share tak boleh terfikir ke perasaan family dia?

*sigh*

ini baru dua benda yang aku rasa annoys tahap rasa nak terajang muka orang..tak salah share info cik kak cik bang..tapi guna common sense la...

laman sosial ni kadang boleh jadi sooooo-sial tambah pulak ngan pengguna kurang pandai yang jenis annoying  macam ni...

sumpah kadang aku rasa nak delete orang tapi tak fun la khonnn...khakhkaha..

guna laman sosial memang semua orang boleh guna..

tapi tu lah kan..

jadi tua bukan pilihan

jadi matang yang boleh jadi pilihan..

fikir baru share la kawan..

cukup dah kot populasi cap ayam kat Malaysia ni kot..

"kau tak suka kau boleh blah dari Malaysia"

eh?

p/s: annoys

Thursday, October 10, 2013

Entah sejak bila

Entah sejak bila..
Rasa itu terlalu asing
Entah sejak bila..
Rasa itu menyusahkan

Setiap kali dan setiap hari..
Ia seperti bakal membawa mati..

Banyak kebodohan...
Setiap rasa itu ada..

Peluang..
Di depan mata...

Tapi aku bosan.letih..

Entah sejak bila...

Aku jadi musuh cinta

Thursday, October 3, 2013

Buat sahabat sehidup semati

Hyep!

Waaaaaa...lama tak jenguk blog...sibuk sangat kononnnyaaaaa....

Kebelakangan ni...aku tak tau aku hanyut dengan apa...sampai aku lupa banyak benda..

Ada masa aku seperti lari dari sesuatu...berlari kencang kencang..

Mungkin lari dari masa silam..

Mungkin lari dari rasa sepi..

Mengejar juga mungkin..terlihat seperti menikmati kebebasan hidup..kan?

Sapa saja tau tujuan hidup aku?

Dan bila aku rasa seperti hilang tujuan hidup...aku lari kencang kencang lagi..

Sehingga dalam pelarian aku..

Aku lukakan hati kamu..

Makin jauh dari kamu...

Seperti tidak peduli akan kamu..

Hingga hilang kata kata dengan kamu..

Hingga rasa janggal hanya untuk tanya khabar..

Maaf sahabat..

Ketahuilah..

Aku sayang semuanya tentang kita..

Ingat lagi kita jimat jimat makan megi tomyam dalam rice cooker masa sama sama promoter?

Ingat lagi aku mogok tak mau cakap ngan kamu entah sebab apa dulu..sebab taknak jejas hubungan kamu dengan teman serumah rasanya..?

Ingat lagi?surat pertama dan terakhir aku tulis dengan tulisan cakar ayam aku untuk kamu dan suami kamu ketika ini sebelum aku berangkat ke kem PLKN?

Ingat lagi?masa kamu mengandung anak pertama...kalau tidak kerja kita pergi tengok wayang jalan jalan..kamu yang gila masih pakai slua jeans tapi tak boleh zip sebab perut dah besar..

Ingat lagi?hari tragedi hidup aku?kamu dan suami masih di sisi aku...walau betapa hodoh hakikat aku ketika itu...walau aku anak derhaka ketika itu..

Dan saat entah berapa juta kali hati aku di punahkan...kau satu sahabat yang bagi aku segala kebenaran..

Ingatkah sahabat...antara kita sedikit tiada rahsia..

Aku selalu rindu masa ketawa kita..masa menangis kita...

Masa yougurt tepi longkang kita..

Masa megi rice cooker kita..

Masa rempit xde lesen kita..

Masa aku ponteng sekolah hanya sebab kau pulang kampung cuti kerja..

Kita tak pernah jauh sahabat..

Tinggal lagi...mungkin aku yang perlu berhenti berlari..

Berhenti lari dari realiti...

Yang aku sebenarnya punya hidup indah...

Kebanyakkannya sebab kamu..

Berhenti rasa sepi...kerana aku tahu..

Susah senang..cantek hodoh...buruk baek...

Kau masih di sisi...

Ramizah =)

Saturday, September 14, 2013

Pilihan

Hyep!

Sering...dalam hidup aku...datang dua pilihan..

Memaksa aku untuk pilih salah satunya..

Untuk aku stay...dan berbahagia...sekaligus menerima akibat pilihan itu...

Setiap kali wat pilihan....

Hati jadi keutamaan..kemana hati..

Kuat pada pilihan yang mana...

Dan kali ni...

Apa aku harus buat pilihan lagi?

Atau lari dari pilihan ini...

Allah...

Apa pon jadi...

Aku cuma harap...

Aku buat benda betul dan tak lukakan hati orang...

T.T

Sunday, September 8, 2013

Benci

Hyep..

Feeling like writing something..

For all these years..I have been here and there..jumping job..hoping for the best..finding the right one..

Finding the soulmate seems like forever not to found..

And here I am..

Still dreaming bout you that I hate..

And here I am..

Taking the best two sentences you said to me when we were together...almost three years ago..

'berubah bukan untuk jadi orang lain tapi untuk jadi lebih baek'

That change me a lot..

'Allah tak pandang kejayaan Allah pandang usaha'

That make me work hard

And no doubt it keeps me going even my heart were severly torn by you..

I hate the fact that I make a stupid decision to be with you..

To love you to the fullest..

And everything fall apart...

And everything was just a big LIE

thanks for lying..

Coz yet...it keeps me going..

Sincerely to you my once lifetime crazy love..

AL***

I am fine thank you

Go stop feel guilty and make me dream of you again n again

Go marry her...the one you broke my heart for..

GO

P/s: keeps the guilty feeling..coz its nothing

Wednesday, August 28, 2013

MIMPI

assalamualaikum n peace..

hari nie rabu dan aku tak busy sangat...

bos sebok meeting jadi boleh update blog..khekhkehke..

hm..hari tu sepupu aku ada share info dari Dr.Fazdillah kamsah..pasal mimpi dan berhubung dengan gelombang otak...

kiranya maklumat tu lebih kurang kau berkomunikasi melalui gelombang otak..sebab tu kadang-kadang bila kau terfikirkan seseorang tu..tetiba je orang tu kontek kau..tak pon kalau kau mimpikan orang tu..mungkin orang tu sedang ingatkan kau..

honestly aku cuba tepis rasa nak percaya..tapi benda nie jadi kat aku banyakkk kali..bukan sekali dua..bila aku mimpi atau teringat kat someone..konpem jap lagi orang tu kontek aku..gila aku rasa macam scary pulak mula-mula..tapi bila lama-lama rasa suka jugak..

dan aku punya satu manusia yang macam link dengan soul aku...paling magik aku dan dia boleh mimpikan satu sama laen..pada malam yang sama walaupun tido di tempat yang berbeza...sangat magis..(>.<)

tapi untuk seorang lagi manusia nie..aku tak rasa teori ni apply pada dia..sebab aku sangat yakin dia takkan ingat aku lagi dah..

malam tadi aku mimpi dia..

dengan perempuan itu..

perempuan tu tak ingat aku..tapi masih bersalaman dengan aku...dan aku yang sakit hati cuma mampu cakap..

"memanglah orang kalau amik hak orang mana ingat kan?"

aku tak tau kenapa aku cakap cam tu sedangkan dalam dunia realiti aku langsung tak salahkan dia..

dan dia jawab dia tak mintak semua tu..dan berlalu dengan dia yang aku yakin dah tak ingat aku lagi..

then aku duduk kat satu kawasan yang macam beranda masjid penuh dengan orang berpakaian putih..

sepupu aku kat seblah aku...datang sorang yang kabur-kabur wajahnya bagi arahan untuk keluarkan beberapa orang dari ramai-ramai yang duduk kat situ...seorang demi seorang di tarik termasuk sepupu aku..

tinggal aku dan beberapa orang lagi...di satu sudut dia dan perempuan tu duduk..berbual macam tak de apa jadi..

then datang seorang budak pakai baju macam tahfiz tu..warna putih..jubah+serban bawak sekeping kertas ada tulisan jawi dan soalan untuk aku..aku di arahkan jawab soalan tu...

suara budak tu slow sangat jadi aku mintak dia ulang soalan..

sampai skang aku cuba ingat soalan dia..tapi lebih kurang camni lah..

"kita solat sebab ......... atau solat sebab tak mahu menidakkan kewujudan Allah?"

aku terpaku sebab aku tak tau nak jawab soalan tu camna..dan yang aku ingat..apa pon pilihan jawapan aku...jawapan aku tetap akan salah..

then aku terjaga..menung..4.45pagi..

mainan tidur atau ada sesuatu yang Allah cuba ingatkan aku?

p/s: kadang kadang tak semestinya yang paling faham itu yang akan jadi teman  hidup selamanya..


Monday, August 26, 2013

cinta

hyep..

lama tak update...orang perasan busy memang camni...

padahal weekend aku dah lepas ke teluk kemang PD!huahua..

ok..

dua puluh lima memang waktu sengsara bila semua sudah tanya tanpa berenti tentang cinta kawen dan jodoh...

jenis aku pula...yup..

aku suka berkawan dengan lelaki..

dengan sifat kasar dan tidak lemah lembut sopan santun aku...aku boleh berkawan baek...dengan lelaki tanpa perasaan..

dan ya..

ada masa aku cuba bereksperimen dengan keluar berdua...menguji rasa...dan dengan jayanya aku tak rasa apa apa...

tapi akhir akhir ni aku keliru..

hati aku yang tak rasa apa apa atau..

aku yang tak izinkan hati aku rasa?

p/s: terbagi harapan palsu

Saturday, August 17, 2013

fokus

hyep..

keje aku skang tak stres..langsung tak..

bukan macam aku keja bank dulu sampai asek migrain and anxiety..

tapi asek buat careless mistake..

aku kecewa..

sangat kecewa..

yang aku tau..

aku hilang fokus...

tolonglah..

aku nak fokus betoi-betoi..

aku nak improve!

p/s: cari semangat!

Wednesday, August 14, 2013

MARAH

hyep!

baru start wat keje dah boring...

2 3 hari nie asik emotionally imba..

menyampah betoi bila datang masa-masa camni..

arghh..

ni nak marah ni..

kenal baru Ahad lepas dari sumber yang terang lagi nyata orang boleh menipu kau punya berangan jauh kedepan..

cerita tah bape kerat lepas tu ko nak percaya..

mudah sangat dah kenapa..

best agaknya lepas tu tau yang diri tu kena tipu bodoh ja..

jangan ingat semua orang dalam dunia nie baek..

bape ramai dalam hidup ko yang baek gila sampai ko percaya end up bagi alasan paling celaka bila nak walk away?

bukan satu dua..ramai kan?

dah xreti bahasa nie kenapa?

orang nie bukan fikir perasaan orang lain yang dia tau hati dia puas..dia have fun..

kadang-kadang pelik kan...kenapa nak lukakan hati orang yang tak buat apa pun kat kau..

kenapa nak buat orang tu mengharap dan percaya and lastly end up bagi alasan 'saya dah cuba tapi saya tak boleh'

manusia nie memang ramai yang kurang ajar..

itu yang kau jangan pernah lupa..

tolonglah kesian diri sendiri sikit..

engkau kalau sakit..nak bangun tu azab kau pon tahu kan?

jangan buat aku marah..

TOLONGLAH!

p/s: tolong belajar jadi bijak sikit


Tuesday, August 13, 2013

Selamat hari raya

Hyep...dah raya ke 5 ke ke 6?

Aku dah kerja...

Balik dari karak terus ke putrajaya..

Selamat hari raya lah sapa-sapa yang baca...

Taun ni bujang lagi taun depan mungkin sama..

Tak payah la tanya...aku letih jawab soalan sama dari hari raya pertama...T.T

Tema taun ni coklat..

Okbai

Monday, August 5, 2013

CONVERSATION

assalamualaikum n peace...=)

Tinggal lagi bape hari je nak raya...duet raya dah siap pack ye anak-anak..tapi taun nie stok terhad sebab I is kena maintain my baby fox..komitmen bertambah..naseblah korang..hikhik..

Tahun nie giliran beraya kat kampung mak!!ayoh!balik nisimlann..(N9)

kecik-kecik dulu balik kampung mak adalah heaven sebab duet raya akan dapat lebih banyak dari kat karak. Tapi dah besa-besa nie balik kampung mak adalah kopak..sepupu ramai yang kecik-kecik..boleh imagine apa akan jadi bila ramai sepupu usia layak dapat duet raya?

owh..memandangkan dah nak raya balik hujung minggu kena la tolong mak buat kueh...kueh buat 3 jenis je taun ni..yang laen beli..

dan sedang buat kueh..adalah sesi borak-borak tentang banyak perkara..sampailah ke tajuk paling tak best dalam dunia..well dunia aku la kan...KAHWIN..

aku :  *nyanyi lagu kalau aku kaya* -kalau aku kaya..hari-hari hari raya..bil2 jiran keluarga aku belanja selamba *pause kejap pastu gelak* ceh..sibuk je lagu nie kan nak bayar bil jiran..kalau akak baek bawak mak jalan...akak kan tak kawennn..mak nak g mane mak

mak: ko ni..tak kawen tak kawen..kang tak kawen betoi baru ko tau..

aku: laa..bukan tak mati pon tak kawen..mak nak mane..akak kawen ngan orang yang salah ke tak kawen langsung..baek tak payah kawen dari kawen ngan orang yang salah

mak: kak itu dugaan hidup namanya..dah tu..mak nie kawen ngan orang yang salah ke?

(parent aku penah divorce sekejap dan kawen balik)

aku: err *sapu2 kuning telur kat tart nenas*

mak: orang tak kawen ni orang yang rugi

aku: hahhahah.. *gelak tak iklas* tak pe lah orang rasa orang ok kot..*telan air liur* nape?mak risau sangat ke kalau akak tak kawen?

mak: tak de la risau..tapi tak sedap orang asek duk tanya..

aku: mak jawab je..ntah la dieee...taknak katenye..haa kang senang..ko la kawen cepat sket kakde.. *pandang adek aku yang tengah gulung tart*

kakde: eh aku pulak..

betul la manusia ni berubah..

apa yang dia cakap hari nie..pendirian dia hari ni...mungkin takkan sama dengan pendirian dia esok lusa bergantung pada keadaan..

apa aku boleh kata..

aku tak hidup nak puaskan hati orang..

yang aku tau...kalau hidup nak bahagia..

buat baek ngan Allah, senangkan hati mak ayah dan buat baek ngan semua orang..

tapi kalau puaskan hati orang tu boleh senangkan hati mak ayah aku.

kau bagi tau..apa patut aku buat sekarang?

P/s: aku bukan taknak..tapi dah xde lagi..apa aku boleh buat?kau tau bila kau mati?tak kan?


Monday, July 29, 2013

SUSAH

hyep!


argh..kat dunia yang tak kekal nie.antara benda yang tak best ialah bila engko tau...itu hari terakhir untuk sesuatu..dan perlu..mengucapkan selamat tinggal dan move on dengan hidup..macam biasa..

ceritanya..aku sibuk gedik tengok reality show "global we get married" kat youtube..celah bedah mana aku jumpa cerita nie mula2 dulu aku pun dah lupa..yang aku tau..memang takde motif sungguh aku g tengok reality show camnie..

kisahnya pasal celebrity korea yang di pasangkan dengan celebrity "bukan korea"..konon diorang macam married couple..serious..aku tak paham apa pekdahnya cerita nie sebenonya..dan aku pun tak paham diri sendiri kenapa aku tetap tengok jugak..T.T kau dah kenapa kin

ada dua pasangan...tapi yang beria follow..pasangan Fujii Mina ngan Hongki..kenapa tah aku rasa diorang nie natural..nampak lagi real..walaupunnn..Mina yang asalnya dari jepun cuba blend ngan budaya korea hongki..dan hongki pun cuba paham budaya Mina...

kesungguhan diorang nak belajar tentang satu sama laen agaknya buat aku rasa..ok walaupun cite nie macam xde pekdah sangat..jom lari dari realiti yang kejam dan hayati..khakhak..Perkhhh...rasa nak tikam diri sendiri..

dan semalam aku tengok episod 15...cabaran nya.."time to say good bye" I was like..WHATT!!

kenapa aku tengok cerita camnie..T.T WHYYY..

aku taktau sama ada diorang betoi2 sedih atau berlakon..tapi aku tau betapa sakitnya nak say good bye..betapa sakitnya rasa hari2 indah dah berakhir..

hari terakhir...


aku masak nasik lemak lupa garam
aku masak sambal nasik lemak tak cukup rasa
aku goreng samosa hampir hangus
aku berdandan serba tak kena..
aku kurang bercakap tapi tetap merenung kau tanpa rasa jemu

hari itu

2 tahun lalu..

hari di mana hati aku berbisik..

"mungkin ini hari terakhir kita"

dan aku jadi tak tentu..

sebab aku langsung tak pandai ucapkan selamat tinggal..

tambah malang bila rasa hati aku tu benar..memang hari tu hari terakhir aku lihat kau..

walaupun lepas tu kau cuba cari aku..cuba berkawan..tapiiiii

aku lebih rela berlalu..tanpa berita..

tanpa cerita

dari aku terus menderita...

haih..

sebab nie jugak aku tak suka tengok cerita korea...

grr..suka sangat maen2kan perasaan orang..=.='

p/s: dan ramadhan juga bakal ucap selamat tinggal lagi seminggu..


Friday, July 26, 2013

nothing last forever

hyep!


kat opis..hujan lebat di putrajaya...

tak habis-habis pasal asyraf muslim kawen kat thailand..

baca berita laki curang dengan pompuan vietnam bini lum abes pantang..

baca.hadam.

satu perkara yang aku faham dalam tentang hidup..

dalam dunia nie tak ada satu perkara pun akan bertahan sampai bila-bila..

kita manusia hanya mencipta satu keprcayaan dari kisah dongeng..

and they live happily ever after...dan..."saya akan sayang awak selama-lamanya"

LOL! you dun even live forever..

kalau belum bersedia untuk hilang cinta dan setia kekasih/suami/isteri..

lagi baek belajar jaga diri sendiri dan orang yang kau sayang selain orang yang harapkan cinta kau..

hidup ialah tentang pilihan yang kau buat..

pilihan baek atau buruk kau takkan tau..sampai satu masa kau terima akibat dari keputusan itu..

tapi MASIH kau kena memilih dan buat KEPUTUSAN..

pilihan aku..

tidak kejar perkara yang tidak kekal..

masih cuba kejar perkara yang memang tentu tentunya kekal..

tinggal lagi..nak buat benda baek nie banyak dugaan..

semoga tuhan bagi kekuatan..

p/s: buatlah keputusan

Monday, July 22, 2013

adultHood

hyep!


orang cakap nak hidup kena pandai..

pandai bawak diri..

pandai sesuaikan dengan keadaan..

pandai cari duet..

dan ada juga orang pandai berhelah semata2 nak hidup..

Mak cakap..kalau dah berjanji kena selalu tepati..

aku dah buat janji..dan aku tepati half..tinggal lagi half..atau lebih tepat lagi..bertahan dengan janji..

dulu masa kecik sibuk nak buat keputusan sendiri..bila dah kena buat keputusan sendiri..diri sendiri rasa nak mati...

antara bertahan dengan janji..atau..

pergi pada peluang yang lebih baek dengan harapan pihak yang aku tabur janji memahami tindakan aku..

walaupun belum pasti akan peluang..tapi gerak hati aku..macam..

haih..atau aku yang banyak sangat fikir..

kalau apa yang aku fikir tejadi...mungkin aku kena bincang panjang dengan mereka yang berkenaan..

atau ini rezeki bulan ramadhan?

hmm..

p/s: its never fun when it comes to what is the right thing to do..for yourself..


Friday, July 19, 2013

Monolog 1907(battle scars)

hyep...

Monolog 1907 (Janji)monolog 1907 ( Pengorbanan)

selamat datang 1907..

sudah lima tahun rupanya...

'i wish i couldn't feel...i wish i couldn't love coz it hurt so much..
coz i am the one that always put us together..
when all the sign that i should forget her...'

part of battle scars lyric...tak pernah gagal buat aku senyum sumbing...

perjuangan dalam menyembuhkan luka...memadamkan parut buat mereka yang di kejami sukar atau tidak jatuh atas pilihan...

aku..

manusia yang tak pernah kuat..dan hanya bergantung kekuatan kurniaan tuhan masih meneruskan perjuangan itu...dan aku yakin...engkau sudah lama lupa...lupa akan hari ini..

berapa kali aku cuba bunuh memori 1907..sejarah tetap sejarah...dan aku belajar dari kau..dari sejarah...
aku takkan minta masa berpatah balik...aku tak pernah menyesal di kejami...oleh engkau...

dalam taubat yang masih digagahi
dalam senyum tawar yang masih berbaki..
air mata seorang pejuang sudah kering..
yang tinggal cuma senyum sumbing...dan langkah sopek terus ke depan..
berdepan dan berperang dengan semua parut yang engkau tinggalkan...

kenal.cinta.khianat.tinggal.padam memori

dan dia yang terkorban..
tetap dalam hati

aku.bawa.mati

p/s: hakikat tidak pernah manis

Wednesday, July 10, 2013

happy fasting!

assalamualaikum..

hyepp!!happy ber0fasting everyone! 

pagi-pagi bangun kui 4.30 kejutkan segala isi rumah...isi rumah la sangat khon..padahal bertiga je..aku+makngah+pakngah...yup! aku stay ngan paksedara aku di kota metropolitan ini..eww sangat ayat..

tetiba rasa macam wahh dah besar boleh bangun sendiri!perkh...padahal kalau kat umah memang muka ni paling lambat bangun sshur...bangun suma dah siap tinggal makan je..khakhak...ank dara pemalas!

untuk 1st day puasa..site tutup..opis je bukak..patut aku boleh je cuti..tapi cuti kena tolak annual leave..aku nak save cuti untuk raya!ngeh2..

jadi dengan slowww moo je lah pepagi tadi..bukan sebab lapo..sebab mengantuk...demmm...bangun awal pastu tido balik rasa die memang..err..tak best..*cuba mengunakan bahasa sopan

pape pon..ramadhan untuk usia duapulohlima!

aku harap..

tak payah ganti puasa lag macam tahun lepas..kahkhak.."cuti" lah di pagi raya..aku tak kisah..

di murahkan rejeki..*bonus raya pelisss* *kelipkelipmata*

di kurangkan lemak perut

di kurniakan lebih nikmat beribadah

dan


di kurniakan kebahagian 

duniawi dan ukhrawi..

perkh...perkhh...perkhh..

p/s: untuk engkau yang rindu aku tapi hilang kata2..jagadiri

Monday, July 8, 2013

perkara-perkara

hyep

aku nak  pindah...tengah fikir bila masa sesuai..

rabu nak puasa dah..harap tak payah ganti puasa lagi macam tahun lepas...hahahha

baju raya dah tempah dah..semalam pegi ukur...saiz naek seinci..kena ketawa dengan adek aku..tak guna! T.T

kalau ikutkan aku lagi suka baju beli siap...tapi sebab makcik jahit baju tu da biasa ngan mak aku..n makcik tu wat baju aku dari aku kecik...layan je..plus sonok dapat borak ngan makcik tukang jahit..hahha..motif sangattt..

sabtu nie aku kena buat presentation untuk meeting adminzzz kali nie kat HQ...yeah!this is what I want! aku rindu zaman belajar banyak presentation...sedang  buat preparation..harap ok..

owh...tahun nie beraya kat kampung mak..N9..sangat kena bersedia dengan soalan cepumas..

tak harap banyak cuma harap rezeki dan hidup meningkat setiap  hari di masa hadapan..

sekian


p/s: tak sabar tunggu birthday ke 27..lagi dua tahun..kenapa tah

Thursday, July 4, 2013

senyum

assalamualaikum n peace..

semalam bos besar datang dan merasa aku di gemukkan lagi dengan makanan..foinee...kerja dengan semua lelaki dan engkau akan makan macam lelaki...jangan tanya lagi kenapa peha aku besar..dagu berlapis..

T.T

takpe..ade orang cakap aku lagi comel bila banyak lemak...tsk.tsk..

owh..sesi berbual bual "apa masalah kerja di site" berlansung jam duabelas bersamaan waktu lunch....jadi redhoooo je lah dengar bos bagi nasihat..takpe..walaupun lapo hazabbbb..

kira give and take kate omputih..kita dengar dia bebel..dia belanjaaa..hooreyy!!..ok cut the crap

eh ni mukadimah ke ape panjang kemaen...

ceritanya camni....

bos besar: hah..who's this amoi aa?(asking boss kecik)
bos kecik: this is my assistant..asyikin
aku: *senyum*
bos besar: so u got any problem in site administration..ada yang lambat bagi u apa2 dokumen ke?
aku: *senyum* xde pon...everything was ok
bos besar: see aa..this asyikin ada manyak senyum...u all have to learn with her..stress pon still senyum..her work also got stress maa...she's the only one doing admin here rite?
aku: *senyumlagi*

jujurnya aku sebenarnya sorang manusia yang payah senyum...tanpa sebab...maksudnya senyum dengan semua orang...sebab tu..most kawan2 aku masa mula2 kenal memang ingat aku sombong..sombong gila..

but through time..entah mana aku belajar..sejak dah makin besar..aku akan senyum tiap kali mula bercakap..atau aku bila taktau nak cakap apa..

contoh..

laki: awak
aku: *senyum*
laki: awak sorang je?
aku: *senyum*angguk*
laki: nak no tepon boleh awak?
aku: *senyum* *blah dari situ*

atau situasi

bos kecik: betul tak diorang nie pemalas iki? (bos sekarang panggil aku iki sebab tak reti sebut ikin *pelik)
aku: *senyum* (sebab serba salah taktau nak jawab apa...)

boleh nampak tak situasi benda tu camna?

dan pagi tadi..masuk pintu site opis bos kecik say "morning"

aku macam biasa balas dan SENYUM

dan senyum pagi aku di balas dengan statement

bos kecik: I nak belajar senyum dari u la iki..


aku?

sengih..dah bukan senyum dah..sengih kerang..

entah dari mana aku belajar senyum semanis itu...

sejak dua setengah tahun yang lepas..

dan tak perlu lagi dengar pujukan makcik kawan mak dulu..

"akak kalau senyum mesti manisss"

hhahha..dear makcik kawan mak..

saya sudah pandai senyum manis tanpa di pinta!

p/s: teori dan praktikal tak sama

Saturday, June 29, 2013

IF..

assalamualaikum n peace..

eyy!!hari nie balik karakk...dah sebulan tak balik..sobs..T.T

owh!betul ke kalau kita ingat kat seseorang orang tu ingat jugak kat kita???hmm..betulke?betulke?betulllkee?

1997

she: *sedang kayuh basikal ada bakul warna purple*
he: *sedang kayuh basikal warna silver* (basikal ada gear tuh)

conversation

she: eh..kau ni budak kelas 3 pintar tu kan?pengawas
he: aah..awak ni budak kelas 3 cerdik kan?
she: aah..eh rumah kat depan tu kan?
he: aah..awak?
she: umah aku kat sana tu..*sambil tunjuk rumah yang tak jauh dari situ*
he: baru pindah?
she: aah..eh..sonok lah boleh kita maen basikal sama2 hari2
he: huhu..okey..*senyum* nama saya "he"
she: aku "she" *senyum*
he: ni adek saya tasha
she: nie adek aku ain..

and.thats how they met

2013

komen di fesbuk

she: gilaaa hott moto kauu..nak tumpang abanggg..*menganjing*
he: oi..apakah..
she: hehhe..moto ko laa..hot gilaaa *refering to the superbike he own*
he:hahah..biasa je la..

dan cepat benar masa berlalu..empatbelastahun

berhubung-lostcontact-berhubung

merangkak-berjalan-berlari

jatuh-bangun-jatuh-bangun-jatuhlagi-bangunlagi

apa mungkin persahabatan itu berakhir dengan..

menghadiri hari bahagia masing-masing

atau

"aku terima nikahnya.."

if..

kalau...

cinta itu bisa di tanam semudah-mudahnya

kalau bisa..

P/s: if I gonna get married someday..I hope I married to one of my bestfren

Thursday, June 27, 2013

LETIH LAGI

hyepp...

sedang buat kerja dan berpura-pura rajin..

lagi satu jam waktu kerja akan berakhir tapi biasanya aku takkan balik tepat-tepat..jadi terpaksa pura-pura rajin lagi sampai rasa ok waktu nie sesuai untuk balik...

haha..pelastik!

prinsip

aku taktau sama ada ini prinsip atau jiwa aku yang dah mati atau dah give up..bunyi sangat despret sebenarnya kalau aku meneruskan penulisan aku nie...tapi peduli kah seorang aku..oh!sangat lah tidak!!


aku: untung2 dapat yang kaya kannn..itu pun kalau kawen lah..
sepupu: jangan le cakap camtu..jodoh pasti ada

nenektiri: nanti kakak kawen jangan lupak jemput nenek ya (nenektiri aku orang sabah)
aku: xnak la kawen nek nanti gemuk...hahhahaha(silang jari)

member: aku dah nie..kau bila lagi?
aku: aku taknak kawen
member: ai..kecewa sangat je bunyinya
aku: bila plak aku kecewa...aku taknak kawen sebab aku jenis pentingkan diri..serius...aku rasa macam tak mampu nak kongsi banyak benda..perkahwinan tu defininya luas kan?
member: yelah..yelah

nampak tak kat situ..ntah la ni cuma aku yang dah letih atau apa..

korang boleh anggap aku sedang sakit parah sebab tu aku cakap cam tu...nak lagi hebat ada yang anggap aku perlu ada penganti untuk mantan celaka aku supaya nampak aku dah move on?

move on memang WAJIB ada ganti ke?

seriously??

aku memang tak cakap abes bak kata mak aku..jangan cakap abes sebab benda kau taknak buat kononnya mesti ko terbuat jugak...ok..ok..ok

tapi buat sama nie aku taknak hidup semata-mata dengan harapan tau?

lagi pulak..aku nak tengok..

ada ke yang mampu buat aku

tak pentingkan diri+sedia berkongsi+tukar fikiran..

kalau nak kata aku kecewa gila..living in denial putus asa atau nak mengata aku tak percaya janji tuhan silakan silakan..

aku tak marah pon

sebab aku dah letih..sedapkan hati sendiri..

lagi baek bersedia untuk satu perkara yang lebih realiti dari apa sekalipun..

mati contohnya?

bersedia untuk mati?

p/s: tolong masa..berlalu dengan sepantas pantasnya


Wednesday, June 26, 2013

Mad..at LIfe maybe

hyep!


semalam langsung tak jenguk blog atau membazir masa dan duet company bayar tenet dengan browsing benda takde pekdah..

benda takde pekdah seperti flight pergi korea(berangannn). baju fesyen baru. atau..samsung galaxy note 8.0 yang tah bila aku boleh dapat...haih.haih.haih...

buat kerja sepenuh hati la kononnya..

2 3 4 5 hari nie aku rasa laen macam..

semalam baru sedar..aku dah jadi 'mad person'

dalam bahasa aku kiranya...macam...anakdaratuatakkawen emo..xde pasal cakap nak macam nak marah..kau dah apehal kin..

situasi 1

*baru tuka DP whatsapp gambar pura2 comel takut dalam ferris wheel*

member:  uit
aku: hmm
member: apsal gambar cam tu?
aku: huh?
member: DP tu nape camtu?
aku: saje. .apsal?salah ke?!
member:  aku tanya je lahhh
aku: err

situasi 2

*fon berbunyi kring..kring..kringgg...*

adek:  kak ko xbalik keee..
aku:  hari nie hari ape?
adek:  rabu
aku:  dah tu?
adek: ko dalam kete ke nie?
aku:  yelahhhh..rabu aku keje hari sabtu la aku balik!! yelaaa..dalam kete la tengah drive nak g keje la ni
adek:  jangan la marah aku tanya jeee..aku rindu ko niee
aku:  yela..aku balik sabtu la..

situasi 3

opismate:  kin ko nampak stapler besar
aku:  tak
opismate:  ada kot semalam
aku:  boleh tak ko cari sebelum tanya aku
opsimate:  aku tanyaa jaaa jangan la marahhh
aku: ok

zzz...bila di fikir-fikir balik...sejak bila aku jadi emo doplohpatjam tigaenamlima hari setahun nie?

aku bukan jenis camnie..bukan.bukan.bukan..

apa yang aku marah sangat sebenonya...

apeeee!!apeee!!apee!!


p/s: semakin tua atau terlalu marah dengan hidup?

Monday, June 24, 2013

having fun

sana sini cerita jerebu..

untung je sabtu dah meraban jadi ahad sila jadi kanak-kanak purba yang baek duduk rumah...aww..

malas nak taip panjang...jom layan gambor..ihihiik

Friday, June 21, 2013

harapan

assalamualaikum n peace!

nak update..

nak update

nak updateeeeeeee...

tak de idea..

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


bos cuti..aman sikit opis nie dari jerit pekik dia...kadang2 boring jugak dengar orang duk terpekik2 nie...walaupun most of the time dah jadi macam lagu di telinga comel aku...khekhekhke...

owh teringat beberapa harapan.impian aktiviti yang aku nak buat...semak semak entry..owh bulan 4..

foine..ada tiga perkara yang aku nak buat masa tu..

1- archery
2-paintball
3-ice skating

tapi dah masuk bulan 6 yang aku buat..

1-evening walk kat tasek putrajaya
2-camwhoring kat taman botani dengan sepupu
3-panjat bukit broga 
4-join futsal tournament company
5-pegi sabah
6-lepak kat festival belia
7-lepak arked game maen table hockey dengan sepupu
8-bowling with family
9-movie marathon with pakcik
10-mengila kat pesta buku
11-bawak member uni picnic kat lentang
12-late night movie dengan nisa
13-belasah meatball IKEA (meatball IKEA has been OVERRAAATEDD...xde la sedap gila ponnn)

ok skang celah mana pegi paintball, achery ngan ice skating?celahhhh manaaaa??

pastu skang sibuk berangan nak panjat bukit tabur pulak?

nak try wall climbing pulak?


nak habes ronda segala taman kat putrajaya pulak?


gelak.gelak.gelak

kalau dengan engko nie kin..yang dirancang payah nak jadi

yang tak rancang itu yang datang..

xpe lah..janji fun

kbai..

p/s: ayong..bila nak g arked..aku ketagih table hockey like serioussssly!!!

p/s/s: eh tadi xde idea ni dah banyak pulak kau membebel kan?

Monday, June 17, 2013

bahagia

bahagia yang aku cari bukan

dengan wang

harta

atau apa saja material mewah...

tapi kesenangan kelapangan dan ketenangan

sekeping hati...

Sunday, June 16, 2013

from broga with luv..

akhirnya hasrat menakluki broga hill hingga ke puncak terrrlakkksana!

p/s: time kaseh kawan2 dan sepupuuu

Friday, June 14, 2013

hilang arah

assalamualaikum n peace..

baru pulang dari sabah bah...hikhik

semalam balik hari nie dah masuk keje..malas nak cuti lama...

hmm..

sebenarnya banyak nak ditulis tapi macam hilang words..

hidup nie...

balasan. putaran. giliran untuk merasa apa yang orang laen rasa akibat perbuatan kau memang betul2 jadi..

yang membezakannya cuma masa..

ada masa juga...yang buat hidup jadi perit bila tuntutan tanggungjawab terlalu besar untuk di pikul..

tapi kemampuan terlalu sedikit...ahh...sukar juga untuk bernafas atas bumi Allah nie..

in front of my step grandma house...inanam, sabah (ready to go home)

cuma positif dan terus positif..

lagi..

manusia memang sangat kompleks..

sedang diri sendiri masih terlalu sukar di fahami..

kenapa harus rasa ralat sedangkan kau tegar melepaskan?

kenapa harus cemburu bila mengaku tiada rasa yang kau rasakan?

ego atau takut berdepan dengan realiti?

hmm...



up above the sky..near the wings



rasa ingin selalu terbang..cari peluang..cari orang...cari comelnya hidup ini..

p/s: jangan mudah mengalah!

Wednesday, June 12, 2013

from sabah with luv

i am in kota kinabalu-beaufort-somewhere in sabah...

visit my arwah atok belah mak punya grave...al-fatihah..

n do some shopping...kueng3

sket picture...so far...plus...aku tak bejalan sangat sebab main purpose memang nak visit kubur atok je..

Sunday, June 9, 2013

alone...

awal minggu cita-cita nanti hujung minggu nak duduk umah diam-diam tak pegi mana...tapi cita-cita tinggal cita-cita...

semalam catch late night movie...cite after earth...awesome...xrugi tengok...buktinya aku langsung tak terlelap masa tengok cite tu...segar bijik mata lagi ada...

balik tengok movie....cita-cita nak bangun lambat...lambat gila...golek-golek sedar kui 7! kenapa aku bangun awallllll....arghhhh...

golek golek lagi pina text...ajak g ikea belasah meatball...foineee....aku memang lamaaa gilaaa nak meatball ikea...

gerak kui 11 drive slow slow dengan mood sunnn-day...

sampai kui 12 sharp...parking penuh...sejam setengah pusing kat parking tu..%%&/-....give up bayar kat autopay...g tesco nearby...naseb dapat park...kalau tak memang aku balik...T.T

hasilnya parking cekik darah...T.T

jalan tanpa arah tujuan lepas makan...balik...

tapi rasa taknak balik lagi...

jadi mari pergi mencari ketenangan sorang sorang

tasek putrajaya-presint 3

tengok kapal terbang lalu lalang

p/s: ada masa...diri sendiri pon tak faham diri sendiri

Friday, June 7, 2013

lost

hyep~!


hmmm...2 3 hari fikir.fikir.fikir.fikirrrr..tido!

langsung tak tau nak taip apa...

yang aku tau....simptom lost in her own world terjadi lagi...

aku ada satu perangai suka drive tak pakai kasut.selipar..atau apa saja alas kaki...sebab aku ada lagi satu perangai suka gosok kaki kat karpet..apa saja karpet yang aku rasa menyenangkan perasaan kaki aku..kat atas tilam pon sama..satu tabiat yang tak boleh di kawal..

owh..kat mana tadi?perangai drive tak pakai kasut..

ok...so tiap kali balik keje..aku akan tanggal safety boots yang aku pakai kat lua kete dan masuk kete bare feet...sebab kalau bukak safety boots dalam kete..alamatnya memang habessslah karpet belah driver sit tu berpasir..tak best nak gosok2 kaki bila berenti kat traffic light...kau nampak kesinambungan ceritanya di situ?ngeh3

dan sebab aku ni banyakkkk sangat makan semut...boleh semalam lepas bukak kasut aku lupa nak amik..tutup pintu kete terusss drive balik...T.T perasan safety boots tu xde pon pagi tadi masa nak g keje..T.T tsk..tsk..cuai!

safety boots tu memang la company yang provide...tapi kalau hilang sekali ko beli la sendiri..T.T

mahal koootttt..T.T

dah la hari ni jumaat di mana safety tool box meeting akan di jalankan..sah2 lagi double tripple wajib kena pakai safety boots...T.T

gagah je la aku pakai kasut futsal yang kebetulan ada dalam kete...dan bagitau safety officer kasut aku hilang..lepas abes meeting g kat kete nak amek dokumen tertinggal..mamat yang selalu park kete kat seblah aku pulang balik kasut aku..dia jumpa semalam..yey! naseb baek...

dan semalam jugak...OTW balik semalam..aku beli air chrisantimum tea..(cam tu ke eje..macam salah je)..dalam tin...nak minum aku tongeng je tin..apsal air tak klua neh..ni nak marah nie..tengok2...tak bukak lagi..dah ko pahal kinn..T.T

da sampai umah..dah masuk bilik..lupa spek tertinggal dalam kete..T.T lagiiii...

nak mandi..tengok tuala xde...ok foineee..tuala tertinggal kat umah sepupu..T.T

kau kenaaaapaaa kinnn...

T.T

kbai

p/s: kena telan kismis doa bnayak2 agaknye.

Wednesday, June 5, 2013

once upon a time...

glasses aku patah...sepatah hatiku melihatnya...sobs~

sebab glasses dah patah...i haveee to fully utilize my contact lens...seriously..aku sebenarnya lagi suka pakai glasses..walaupun kadang2 rimas...

kat site ofis aku memang pakai glasses je hari2...dann...akibat jarang nampak aku without my glasses..maka ramai yang tegur..

'awak nampak lagi cantik tak pakai spek'

'u look gojes without your glasses'

'kakak kok lagi manis tanpa cermin matanya'

andddd its go on and onnnn...

its remind me of the 1st person who take off my glasses with his own hand sambil cakap..

'hahh..kan cantik macam ni'

yes...

once upon a time i fall deeply in love with the 1st person who said i'm beautiful without my glasses...

and today

sincerely..

I'm searching for a guy...who think..I am beautiful with my glasses on...

coz for all this time..its me...and just me...=)

P/S: contact lens hanya mampu bertahan 8 jam sehari

Monday, June 3, 2013

masa

seawal januari dua ribu tiga belas...

aku cuma harap masa berlalu sepantas mungkin untuk aku berlari dari segala yang aku mahu....berlari dari segala yang aku benci

hati di konkrit berlapis lapis

sampai satu masa aku sudah hilang deria rasa..

yang aku tahu....semua yang sudah sampai hujung...lupakan saja...

sembuh atau tidak tiada siapa mampu bagi aku jawapan...

yang pasti aku masih terus melangkah terus kehadapan...

p/s: tuhan...tunjukkan jalan...kuatkan hati menangung beban

Friday, May 31, 2013

celaka

sebenarnya

celaka jugak bila orang yang kau anggap bestfren dah tak macam dulu...

aku: lama tak dengar citer...da tak ingat kita kewww??

dia: soalan pertama..apa yang kau harap dari aku?

vavi lah...

aku tak suka bila benda macam ni jadi...

salah aku lagi la nie...

perasan bff sorang2..

vavilah!

p/s: ok dah terlanggar azam nak kurang mencarut...T.T

Tuesday, May 28, 2013

this is how i live my life!

ini aku dan sepupu...

yang

vengong...hhaaha..

p/s: aku dah addicted dengan table hockey kat arcade game...ini salah kau ayong!

p/s/s: aku menyampah gwiyomi..bai

Saturday, May 25, 2013

hari.cuti

1 perkara tentang bujang dan muda *lah sangat*

aku tak betah duduk diam dekat rumah...langsung tak...ceh..

p/s: cukup benci saat ketawa perlu di batasi kerana bimbang meregut nyawa..haih

Perkara

hyep!

arghh..sebab semalam layan movie kat Alamanda cite Fast 6 balik kui 2 pagi.borak.borak.borak.

tido tah pukul berapa...alarm tak bunyi dan booommm!!!aku jaga kui 7 pagi...taek..aku kerja ok hari nie..kerjaaa....haih..mimpi fizo yang indah itu telah menghanyutkan aku ke lautan asmara

bergegas ke tempat kerja..selamat aku sampai tepat pada masanya...haih.haih.haih

kalau tak melayang RM10 iaitu denda lewat..ya!1bos aku memang kejam...RM10 okehhh...

hmmm..

sejak semalam aku tak paham kenapa tekak rasa perit dan batuk sanga teruk..sakit.dada.

sakit yang pelik...rasa macam oksigen kau kurang..tapi kau masih boleh berjalan ke sana ke mari..tapi sakit.

mengelak minum ais...

tapi masih berkahak rasa dada penuh lendir..

haih...

tuhan aku masih mahu hidup.

p/s: adakah langkah yang bijak untuk aku pergi merayau sorang2 kat tapak festival hari nie?

Thursday, May 23, 2013

kapal.terbang.kertas

orang jepun cakap...kapal terbang kertas tu lambang impian...

ntah kenapa...aku suka lipat kapal terbang kecik2..buat penanda buku...dan buat 'ibu duet'..sebab mak cakap wallet tak elok kosong...so at least kalau pokai sangat pun aku...dalam wallet still ada duet Rm1 lipat2 kapal terbang..

aku pernah hulur sekeping kapal terbang kertas saiz kecil warna biru untuk seseorang...lebih tepat aku pos sebenarnya...untuk bagitau dia impian aku...walaupun dia tak paham ponnn...hahaha

i bet kapal terbang kertas tu dah hilang pon...

dan untuk masa ni....aku masih tak boleh bagi jawapan..kenapa masih belum hulur mana2 kapal terbang kertas lagi pada sesiapa...

sedang menderitakah aku?

hahaha...cilaka pulak rasa taip ayat camni...

yang aku tahu...aku teringin gila menghulur sekeping kapal terbang kertas lagi..

Wednesday, May 22, 2013

Aurora 1.3

enjoy!

dya: rora..
Aurora: hmm..
dya: nah..*hulur eskrem*
Aurora: omgeeee....sedap niiii!!!
dya: lebih baek dari rokok rora..
Aurora: emm...ye..ye..*suap eskrem ke mulut laju2*
dya: macam lapa sangat kau ni..haha
Aurora: aku dah dua bulan tak makan eskrem kott...
dya: hahaha...kau ni...rora..
Aurora: nak tanya apa...*jilat sudu eskrem*
dya: hoi! tak semengah!haha...roraaaa...
Aurora: aku lempang kang...tanya ja la..
dya: aku jarang tengok kau risau..susah hati...xda apa yang mampu buat kau rasa camtu ke?ke kau ni mati perasaan..
Aurora: aku manusia sama macam kau...dalam dunia ni aku cuma risau tak cukup..
Dya: tak cukup?
Aurora: yup! tak cukup tiga benda..
Dya:hm?
Aurora: tak cukup duet.tak cukup kaseh sayang.tak cukup semayang.
Dya: rora...
Aurora: ape lagii..
Dya: nah!*senyum*
Aurora: eh..ni eskrem kau napa bagi aku sampai dua..
Dya: sebab kau bagi aku nasihat berguna!aku sayang kau!
Aurora: kau nak aku admit ward macam dua bulan lepas ke?haha..ni bukan sayang ni dya...ni nak hantar aku pegi neraka cepat..hahaha
Dya: err...lupa...kau asthma..takpa..aku makan..*senyum*..tapi kenapa kau risau tak cukup semua tu?
Aurora: tak cukup duet..sebab duet mungkin tak boleh beli kebahagian tapi duet boleh bantu kau memberi kebahagiaan...bawak mak aku g umrah contohnya..guna duet kan?
dya: make sence...
Aurora: tak cukup kaseh sayang...bahananya jadi macam kawan kau tu...hahaha...aku taknak kerja meroyan kat Fb tarik perhatian orang...kahkahkah..
dya: kau bab kutuk orang kemaen kan...hahaha...
Aurora: tak cukup semayang...buat aku risau sebab aku sedang takbur dengan tuhan...orang takbur ngan tuhan...akan merasa tak cukup dua benda yang aku cakap sebelum ni...paham?
Dya: *senyum*
Aurora: mulut kau comot...macam kucing minum susu kau ni...
dya&Aurora: *ketawa*

mari cerita masalah di fesbuk dan masalah anda akan selesai!

hyep!

kemaen panjang tajuk khonnn...

malas nak taip...aku screen capture je dari fesbuk aku..

baca.hadam.dan fikir kalau mampu..

membebel

assalamualaikum n peace!

perkh...berjaya gak akhirnya aku update blog guna PC opis...opis baru nie penggunaan internet adalah sangat ketat dan aku hanya mampu tengokkkkk je blogger sign in...

tak banyak keje sangat hari nie since semalam dah settle banyak benda plus mesin fotostat bangsat dah rosak pulak so banyak keje aku tertangguh..sebab banyak benda aku nak print+scan dan apatah yang berkaitan dengan mesin bangsat tu..hehehe..

so sebelum bos aku abes meeting baek aku curi2 update blog.khakhaka...ituuu dia punya panjang mukodimohhhh katenyeeee...

oh!balik pada apa aku nak tulis..actually idea nie dari pag tadi..nak kena loading balik..sebab kalau dah menyampai ke petang nie aku yang banyak makan semut nie memang dah tak ingat aku nak cakap apa sebenarnya...jenis short term memory dah lost memang gini..

hmm..aku memang setia ngan FB..tak tau kenapa aku rasa twitter tak best..

tapi masalahnya bukan sejauhmana kesetiaan aku pada FB..masalah terlalu berkongsi kat Fb nie memang masalah yang sangat annoying untuk aku..dia punya annoying memang tahap paling gaban sekali..tahap dewa kononnya..aku pun tak tau macamana aku boleh sorang minah nie ada dalam frenlist aku...sebab memang tak ada benda aku common ngan dia...mungkin ada mutual fren je..atau ntah mungkin aku ada baca blog dia pastu aku rasa macam best nak add dia..tapiii...aku dah lama tinggalkan perangai add orang sesuka hati nie...lama sangat dah..pelik..

tahap perkongsian minah nie sumpah annoying...bagi aku tak perlu nak bagi tau satu dunia kot kau rijek fren request mamat hensem..motif?

orang laki add tak semestinya dia mengorat kau kan?

tambah aku tak tahan sampai post pic ex bf sebab katanya ada orang perasan dengan setiap status dia..errr...*kesatpeluh*

apa payah kau unfriend je la kin..

hmm...aku pon tak paham kenapa aku tak unfriend..suka menyebok atau aku sonok tengok minah nie meroyan putus cinta..

like.

"orang laen pun putus cinta tapi takkan semua benda kau nak cerita makcikkkkk..."

hmm..

nak di tegur..hmm..aku rasa ada dah yang tegur since ada satu status panjanggggg berjela dia explain kenapa dia wat itu dan ini..update itu dan ini..bagi aku manusia nie jenis defensive...kau cakap apa saja dia akan ada sejutaaa alasan munasabah..mahupun munasarawak sekalipun..

lagi..sapa aku nak sebok..oh!status kau keluar dalam news feed aku..semak..ok..aku yang salah sebab tak unfriend kau..T.T ok.ok.ok

aku tengah mengumpat ke ni? *kesatpeluh*

er..bai

p/s: Youth Festival atau Movie Marathon? haihhh..*kesatpeluhlagi*

Monday, May 20, 2013

azam

fuh...

ini bukan cerita mamat bernama azam...

pagi tadi..aku bangun..hati penuh semangat....kenapa tah..

macam berazam kononnya...kau mampu azam tengah tahun..hahahah...jenis rebel memang gitu...hahahahaha...

aku berazam untuk...

kurang mencarut
kurang merapu
kurang emo
kurang kemalasan
kurang ketidaksopanan
kurang membazir

padu dia punya azam...entah jalan atau tak aku tak tau...

jangan tanya soalan yang aku tak boleh jawab..

kbai

Aurora 1.2

idea datang mencurah..

Aurora: mak..watpe

Mak: jahit selua koyak..baju koyak..hari keje xde masa

Aurora: oh..mak..mak nak menantu ke..

Mak: tak de la..

Aurora: dah nape mak cakap kat mak kawan adek tadi cam tu..

Mak: xde la..mak cakap bagusla dia dah ada TIGA menantu...mak ni belum lagi..

Aurora:hmm

Mak: mak lagi suka..belum ada menantu..

Aurora: yela tu..*kulum senyum*

Mak: iye...dah belum rezeki

Aurora: maafkan akak mak..

Mak: dah kenapa pulak

Aurora: akak boleh bagi mak duet
.boleh bawak mana mak nak pegi..tapi yang satu ni memang takkan mampu..

Mak: hah?*angkat kening*

Aurora:akak tak mampu jatuh cinta lagi macam dulu..susah sangat2 mak..

Mak: akak..mak paham..jangan sedih..mak ada...mak tak kesah..kau anak mak...kau kahwin atau tak..mak tetap sayang kau...sama macam mula2 mak tengok kau nangis keluar dari rahim mak..

Aurora: thanx mak..*peluk*

Mak: cinta tak selesaikan semua masalah sayang..

Sunday, May 19, 2013

Aurora 1.1

menulis..terus menulis..

aurora: aku putus harapan..aku dah letih..aku mahu give up

dya: kenapa tiba2?

aurora: semua yang aku nampak..tunjuk betapa bullshitnya marriage..boleh pegi mati itu semua

dya: kau bercakap dengan hati robek rora

aurora: orang lain mungkin...takdir aku ialah celaka

dya: kau ni kenapa sebenarnya...aku tengok kau rilek je selama ni..kau jugak yang cakap...macam mula2 kita tak kenal orang tu macam tu kita kembali semula bila semua berantakan..kenal.cinta.putus.move on.tak kenal.....mudah aku tengok bagi kau...apa kau cakap?muka sardin?

aurora: dalam muka sardin tu..luka makin dalam...aku nampak rilek  tapi dalam..hati aku kuat bekerja..

dya: hati kau bekerja?

aurora: aah...macam magic...apa yang aku nampak+alami+dengar+baca hati aku proses dan bina kepercayaan..

dya: kepercayaan apa?

aurora: aku bukan manusia yang boleh berkahwin..dan marriage is too bulshit...macam aku air...konsep perkahwinan tu minyak..

dya: kau sudah parah

aurora: aku tahu..aku tak suka tapi...hati aku...bekerja tanpa arahan..

dya: aku ada rora..bagitau bila kau sakit..

aurora: thnx beb..aku syg kau

dya: aku mahu kau sembuh

aurora: *senyum kelat* sakit aku tak ada ubat dya..

dya: ubat kau belum tiba

aurora: *nyala rokok*

dya: hah?bila pulak kau merokok nie!

aurora: minggu lepas..saja cuba..ada orang cakap boleh hilang tekanan

dya: kau percaya?kau betul2 parah..aurora aku tidak mudah percaya

aurora: tapi aurora kau suka mencuba..

dya: kau asthma rora

aurora: mati cepat tak payah tangung dosa

dya: aku malas cakap ngan kau

aurora: *buang rokok*

dya: *senyum*

buku dan ulat

hyep...

ya..buku memang kecintaan aku...dari sekolah...cuma zaman sekolah obses dia kurang sikit...zaman bajek hispter kan...kahkah

bila masuk uni...kegilaan aku makin gila...gila apa aku tulis ni...*konpius*

aku boleh duduk diam2 dengan buku sepanjang hari...

dan untuk sa-ulat buku...penanda buku memang di perlukan...macam gadget gittew..tapi ulat buku pesen aku ni agak tak semengah...sama ada aku lipat bucu mukasurat atau aku guna seringit atau apa2 kertas buat kapalterbang a.k.a penanda buku..

atau...capai apa saja...pembalut chopstick sushi king contohnya...hebatkannnn....hahaha...

eh?apa aku nak cerita tadi?

oh...tapi...sebabkan sorang sahabat bernama shafina...

aku sudah punya proper bookmark....hadiah awal graduasi dulu...lama dah...baru sekarang nak cerita...hahaha

sayang.kau.pina.

tahu tak aku guna sampai hari ni?

dan selalu ingat betapa positifnya seorang pina...

p/s: beautiful thing never perfect

pic: penanda buku si ulat buku..tengah2 tu..paling.sayang.

benci

hyep..

aku payah benci orang..dan aku takkan benci orang tanpa sebab..

dan sesungguhnya...aku sangat benci pada jenis jantan tak reti bahasa..

kenal tak lama mana..suka?
kepala bana...

cakap elok2 tak reti bahasa..

kena maki pandai melenting

lepastu muka tak malu contact aku lagi...even 1 text pon aku tak reply..

dasar psiko

tuhanku yang maha agung..

aku tak mintak pasangan hidup ..

aku ok macam ni

tolong jangan jumpakan aku dengan psiko macam ni..

aku benci...

benci yang paling benci..

p/s: get the hell out of my life

Aurora 1.0

Hyep...dapat idea ni masa terjaga tengah malam semalam...just a random short story..

Aurora...rambut ikal paras pingang...nampak ayu tapi kongkang....belum dengar gadis ni cakap mesti ingat dia ni inesen habes...tapi tahik...muke inesen tu katenye weapon nak selamatkan diri...katanya lah..

Lepas putus tunang 3 tahun lepas.. Dia terfaktab tahap paling celaka sepanjang hidup...tahap celaka paling celaka...

Bak kata a.b.hashim..

Nobody ever love the sama way twice..haah...serupa tu la dia...

Tapi aurora optimis..

Hidup ni kena try sampai badan lunyai semangat barai katanya..

Putus tunang dengan jantan tak guna mari tutup buku..

Percubaan 1:blogger picisan..tapi celaka...jenis no life desperado...memaksa pulak..ok passsss..

Percubaan 2:member kepada member...slumber...boleh bawak bergaduh...chatting fb saje...ajak jumpa macam nak gila dia buat bodoh saje...ko ni tak wujud ke ape...ok bai pengecut..

Percubaan 3: hmm...hati kering sudah bernyawa..mungkin ini betul2 cinta...eh...bawak jumpa mak ayah pulak...alahai..2 bulan kapel bergaduh benda bodoh aurora kena dump...celaka..apa kejadah ini semua?

Percubaan 4: ok move on..jom buat kerja gila...member skolah rendah buat pilihan...jom belajar bercinta...mungkin nanti kita temui masa depan kita...tapi...ah..malas..tuka plan

percubaan 5: rakan sekerja..text.text.text.harapan cerah..2minggu.4 minggu.2bulan..apa? bulan depan tunang? pantek

aurora mahu angkat bendera putih..

give up..

tapi...ada 5 tahun lagi..

sebelum 30..takkan nak give up bodoh?

bukan kau lahir jiwa perwira?

aurora..aurora..

Monday, May 6, 2013

Hidup 2.0

Hyep..

Semalam mengundi..dap amik alih karak..sekian

Owh..feel like writting dis..rasa macam lama sangat tak menulis...

Jalan
Dengan langkah berat
Hati sarat
Otak penat
Jiwa sesat..

Mana sinar mana
Mana ruang mana
Bahagia mana bahagia

Mau menjerit suara tiada
Mau menangis air mata kering
Mau meratap semua sudah penat

Apa hidup terlalu kejam?
Apa lahir ini bawa malang
Apa rasa ini

Bila hati tiada rasa
Bila langkah entah kemana

Bosan..
Bosan dengan semua
Bangun cuba bangun
Lari cuba belari

Apa sedang derita?
Tapi tidak rasa bahagia

Pamer yang indah
Dalam tiada rasa..
Kosong..kosong..kosong

Doa.diam
Doa.diam

Masih tiada rasa di situ
Kosong
Hilang
Keras

Jalan
Hanya kerana nafas masih ada
Jalan hanya kerana
Hutang perlu di bayar

Jalan kerana perlu jalan sahaja
Destinasi?

Mungkin hanya menunggu di jempit izrail

Esok.lusa

Sunday, April 28, 2013

Demam

Hyep..

Aku kat kampung...bila aku cakap kanpung aku maksudnya karak...sekian...

Aku demam...dari jumaat ari tu...balik keje suhu badan naek mendadak...memang tak larat..sabtu aku mc tapi ntah...

Dengan suhu badan 37.5 aku gagahkan diri drive balik...pening tapi aku buat tak layan je...

Balik tak panas bontot mak ajak g tengok ironman...sebab tak nak tinggal sorang kat umah aku wat muke sebal gerak mentakab...sepanjang hari aku belagak sehat macam  tak demam langsung walau hakikatnya kalau aku boleh baring tengah starmall tu memang aku baring...

Untung je tony stark nampak extra hot...sedikit sebanyak bagi aku vitamin tambahan untuk kekal belagak sehat...

Untung gak..mak yang drive..

Balik umah da kui 8pm tuka baju aku dah terlentang...suhu badan naek balik..mata berair...ah sudah yang da macam laporan kaji cuaca ni kenapa? Hahaha...

Yela...pokok citenye badan aku panas balik...kepala pening to the max...makan ubat semua ingat nak layan running man kejapppp je...kejap punya kejap...kui 4.15am baru abes...aku langsung tak mengantuk macam di gembar gemburkan cik misi(baca:nurse) yang ubat batuk die bagi tu kuat...

Masuk bilik dengan niat kemas nak rehat tapi end up terkelip kelip sampai 6.45am pulak..lepas tu baru kabur2 n tah la..mungkin dalam sekala 2 3 minit aku tertido...dan bila demam aku akan mimpi merepek...

Terjaga jam 9.30am..dah tak boleh tido....seko lahanat menganjeng aku cakap kat pwtc..international book fair...ini pesen ajak bergaduh...aku wat rilek walau dalam hati mungkin minah ni perlukan extra insuran...

Ah..esok isnin maka aku akan meredah pagi subuh gerak terus g keje...kui 5.30am...tapi aku masih meragui kondisi diri..ecewah...

Yang pasti...aku dah lama tak demam...

Bila sekali demam macam ni...memang rasa die deep...mak plak momok2 kan aku pasal denggi...

Cuak gak sebab site tempat aku keje tu memang agak berrnyamuk...air betakung pon aku rasa dah boleh wat ladang ternakan nyamuk..

Memang everyday diorang akan wat fogging tapi aku macam ragu2 gak...

Fogging tapi aku still kene gigit 23457789 nyamuk...apakah ini..

Aku ingat...kalau tak kebah jugak ni...aku speed g klinik kerajaan cek darah...

Kalau denggi memang masak la aku..

Amalan da cukup?

Aurat sempurna tak tutup?

Gulp*

P/s: taubat bukan sebab nak mati je

Monday, April 22, 2013

This is what happen on my 25th birthday

Hyep...

Malas nak taip...

Kita tengok gambo je la ye?

P/s: being what ever number of age wont change this 'sewel' gurl forever...i love u all my beloved...thats what keep me going

Monday, April 15, 2013

Letih

Hyep...

Mane tah hilang semangat nak menulis...tapi banyak benda ikotkan nak di tulis...tapi tah macam letih pon ada..

Minggu lepas lepak semenyih rumah sepupu aku...memang tak hilang mana la aku kalau tak balik karak situuu la aku tuju..tak de mana dah..

Minggu ni pon tak balik...office buat futsal tournament...huahhh...aku da lama tak maen futsal sooo...harusla join!

Bosan tak banyak keje kat opis..

Mengularrrr....duk plan more activity yang nak di try...

Dalam list skang...

Archery

Paintball

Ice skating

Hahhhhh....harap semua boleh di laksanakan..

Since sabtu hari tu da lepas gian maen bowling...jyeahhhh!!!!

Itu je kot..

Kbai

Friday, April 12, 2013

Hey there..i dream..about u

Hyep

Terjaga tengah malam

Sebab mimpi kau..

Perlu ke?

Tak kot?

Orang cakap mimpi tu terbalik..

If this dream just to remind me..

How much he love her...

Than i rather didn't sleep at all..

Kbai

Tuesday, April 2, 2013

Perkara

Assalamualaikum...

Eh! Da masuk april!

Dan aku dah pon meninggalkan banking field...

Ditugaskan di tapak projek putrajaya...aku sangat redhaaa...

1 yang menyentuh hati aku...

Tapak projek aku depan masjid besi tu...alhamdullilah...mungkin ini petanda Allah mahu aku dekat dengan Dia..

Dah xda meredah jem sebab jalan putrajaya is clear uolss!

Parking pon free...tapi satu jela...ari2 lalu 2 tol...T.T

Tadah je la...nak cari jalan xdak tol tak pandai...

Dan..kerja?

Dekat site aku sorang ja pompuan..yaaa...nak sangat kannn...

Aku tak harap banyak...cuma kebahagian di hari muka...hahahaha

P/s: U gonna be fine...like u always be

P/s/s: cantek lak view ni...