geng budak slumber

Tuesday, September 13, 2011

SelaMaT Pagi CinTA

assalamualaikum n peace yaw!..=)

fast entry sebelum mem-busy-kan diri settle buku log..esok penyelia praktikal nak datang jengah..

SELAMAT PAGI CINTA

google


lama tidak menjengahmu cinta
lama tidak bicara tentangmu cinta
hari ini aku ingat kamu cinta

selamat pagi
selamat sayang
aku seperti sudah lupa bagaimana rasanya mencinta
sumpah aku lupa

hati kebas
fikiran ada masa keliru
selepas dia..aku temui pelbagai manusia
pelbagai kisah
pelbagai cara hati di robek

sungguh kisah dalam dunia terlalu pelangi
tapi aku lupa rasa yang pernah wujud dalam hati ini
bagaimana ya cinta?

dalam perjalananku
aku lihat..
ada hati yang sudah tidak nilai kata sayang
ada hati yang rebah mengalah
ada hati yang menanti tanpa soal
ada hati yang keliru bertahun lama
ada hati kental benar menghadapi kenyataan
tapi aku tidak tahu aku hati yang mana

jauh sungguh jalan ini kurasa
panjang sungguh lelah ini ku rasa
dunia aku biasa-biasa sahaja
tapi aku betul2 lupa
bagaimana rasa itu

selamat pagi cinta..
pagi ini aku ingat kamu
tapi aku lupa rasanya bagaimana...

p/s: dah rasa fun nye jaga diri sendiri..serius neh....free spirit sudah memenuhi ruang hati...aman..=)


7 comments:

BERT said...

ni lagu ke puisi hehee

Hafizin Jamil said...

pasni selamat tengah hari lak..hehe

AsyieqiN Rkey said...

bert:hehe...tah le..bedal semacam je...haha

HJ:slmt tengahari..slmt petang dan selamat malammm...hehehe

Kancil 8349 said...

As Salam,

Kancil mengajak kamu untuk menyertai segmen Kancil...kalau sudi joinlah segmen Kancil...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-korang.html

terima kasih dan kancil menghargainya

AsyieqiN Rkey said...

okey kancil jap eh...=)

cik sakura said...

good..always pray for ur happiness..

AsyieqiN Rkey said...

cik sakura:thnx kakak cumel...=)