geng budak slumber

Friday, August 26, 2011

LeTs Put A sMiLe on ThaT FaCe

assalamualaikum n peace yaw!

ah!nampaknye melaratlah penyakit peace yaw aku..kehkehkhe...

random thought after having conversation with few heart broken gurl...


ATAU MUNGKIN

hidup ini ada masa suka buat lawak dengan kita
hadir macam2 perkara tak penah kita jangka
hari ini kau sedih esok mungkin kau bahagia
hari ini kau kaya esok kau miskin
hari ini kau teguh esok kau terluka
sakit dan sedapnya hidup yang punya cuma kita

selagi kaki mahu berjalan teruskan berjalan
selagi bisa menabur senyuman taburkan senyuman
hidup tak akan penah sunyi dengan teman disisi
hidup tak akan penah sunyi bila ada yang sudi pinjamkan bahu
hidup tak akan pernah sunyi
selagi kau tak mahu rasa sunyi


ada masa kau mahu ketawa
ketawa sehebatnya
ada masa kau mahu menangis
menangis lah semahunya
kerana masa depan itu anugerah
masa kini kau mampu olah
masa lampau?
terlalu jauh untuk kau ubah

atau mungkin
biarkan sahaja ia menjadi rahsia tuhan

p/s: kebas

2 comments:

Kancil 8349 said...

salam,

peace...

hehehe...kancil ada buat perubahan di sekolah ...dulu kalau berjumpa sesama guru setakat senyum...tapi kalau kancil hanya peace...hehehe...

apapun yang kita lalui orang lain tidak akan merasa tetapi simpati dengan kita...

AsyieqiN Rkey said...

peace yaw kancil..huhuhu