geng budak slumber

Saturday, July 2, 2011

cerpen: aishiteru #3

assalamualaikum kwn2..=)

huu..saje nak test auto post..hehee..slalu entry aq hot dari jari jemari halus aku...heheh.okeh..are u ready kids?ngeh2....jom proceed ber'aishiteru keh..=)

aishiteru: epsd 1 ,epsd 2

Ai berkira2 dalam hati...jarinya masih di butang send..mahu di hantar atau tidak mesej yang baru di taipnya..atau patut di biarkan sahaja shah terus lemas dengan perasaannya....ah!biarlah aku diam 2 3 hari nie..dia nekad..bukan selalu aku buli perasaan dia..hahahha..ketawa Ai dalam hati...teringat kata2 shah yang mengatakan dia pembuli utama apabila dia berjaya memaksa shah bercakap di telefon dengan ibunya...cuak mamat tu aku kerjakan...Ai bermonolog lagi...

Ai berguling di atas katil memeluk bantal busuk miliknya yang berwarna pink...ciss...tiba2 dia terasa jambu....dem betei apehal aku wat perangai menyotong cenggini..jiwa Ai memberontak.....kalau tidak kerana bantal tersebut pemberian bekas tunangnya aman..memang di sedekahkan saja bantal tersebut pada anak jiran sebelah..eh?jiran aku  belum kawin..Ai menepuk dahi..namun tiba2 hatinya sayu...apa khabar aman..pasti dia gembira disamping kekasih barunya...air mata Ai tiba2 mengalir..hatinya masih luka

Ai berpusing ke arah dinding...kantoi plak aku melalak ni kang...monolog Ai dalam hati..dia tak mahu ibunya mengetahui sedih hatinya lagi..teruk akibatnya nanti...sedangkan ketika aman mengucap gudluck pada hari pertama dia mahu mendaftarkan diri ke tempat kerja, ibunya diam2 memaki hamun lelaki itu tanpa pengetahuannya..selepas 3 hari baru ibunya menceritakan tindakannya kerana tidak tahan melihat kesedihan Ai...

tah dimana lelaki itu tahu hari tersebut dia akan memulakan langkah baru dalam hidupnya..ke dunia pekerjaan...seingat Ai tidak pernah dia mengirim berita lagi dengan lelaki itu...mesej ucapan dari aman pada hari jadinya sahaja Ai tidak balas..baginya lebih elok dia menghilangkan diri..dia tidak mampu lagi berpura2 tidak terluka dan terus bersahabat dengan aman.....melihat mesej kiriman aman di skrin telefon bimbitnya mengugurkan air mata yang di tahan sekian lama..tambahan nombor yang digunakan lelaki itu adalah nombor 'kapel' mereka..tak tahu mengapa...walau  nama aman di sebut sahaja luka hatinya bagai di hiris2...sakitnya bagai tak tertanggung...

"awak tahu tak camne mencintai seseorang?!maafkan saya cakap nie..dengan awak saya tak dapat tu"

Ai masih ingat kata2 aman saat itu...mesej kiriman aman saat dia menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila mengetahui pelbagai cerita mengenai aman menyentap tangkai jantungnya

"selepas 3 tahun..baru sekarang awak nak cakap cam tu!?selepas saya berkorban segala-galanya?"

Ai geram...bodohnya aku begitu mencintai lelaki ini..seharusnya dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki ini..air mata Ai masih belum berhenti..dia masih menahan sebak..tangan di tekup ke mulut..bimbang tangisannya di dengari..

"dia rajin solat..saya kalau keluar dengan dia mesti kena solat"

cerita aman begitu bahagia..selepas kecurangannya di ketahui Ai

"yelah..baguslah tu..dengan saya bila keluar kang balik awak kene mandi wajib je kan"

balas Ai saat itu..hatinya luka parah...air mata tak pernah berhenti...Ai mengingat2 bait mesej yang pernah di hantar 2 3 hari selepas dia mengambil keputusan mengundurkan diri..baginya tiada guna lagi dia terus bertahan jika nyata cinta aman bukan miliknya...tapi Maiza gadis bertudung dari pantai timur..Ai membanding diri..ternyata dirinya begitu banyak kelemahan..siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan maiza..bertudung pun tidak..solat ponteng2..Ai mengeluh..membenci dirinya satu masa dulu..air mata terus mengalir laju..

ah!sudahlah..tak guna aku terus begini..Ai lantas bingkas bangun..mengesat air mata.."makk..lapar..ade pape nak makan x?" Ai cuba menyembunyi kesedihan hati..kalau melantak se-round dua ok la jap lagi aku neh...Ai membuat andaian.."ko masak sendiri la along!!" sahut ibunya...peti ais di buka..burger!Ai tersenyum..

'oh..gendang gendut tali kecapi..kenyang perut senang hati!yeah3.." Ai cuba merosakkan lagu...sambil menari2 ke sinki mencuci pinggan dan mengemas-ngemas sedikit..kang kalau bersepah dapur nie..panjang lah khutbah ayah lepas balik kerja nanti..ngomel Ai sendirian..

kenyang pula makan sampai 2 bijik burger hasil air tangan sendiri..hari cuti memang membosankan..mahu keluar bersiar2 terasa malas...lantas dia masuk kebilik..perlahan-lahan mencapai gitar hadiah hari jadi dari bapanya...lagu Aishiteru didendangkan sambil membayang wajah shah..lelaki berambut panjang berkulit putih..ciss..macam amoi lah lu..getus hati Ai...perasan rockers lah sangat kan..

Ai senyum lagi..jika dia menemui lelaki itu suatu masa nanti...pasti kata2 itu akan di hamburkan pada shah..mahu di lihat wajah bengang lelaki itu..pasti lucu..Ai senyum lagi...kord demi kord di mainkan sambil matanya memerhati telefon bimbitnya..mengharap moga shah menghubunginya...mematikan segala ego dan meluahkan rasa hatinya...

ah!tak mungkin...Ai terus melayan perasaan..kalau pun lelaki itu berbuat demikian dia masih belum berani menerima..hatinya masih luka. Baginya kepercayaan pada lelaki sudah sampai ke tahap zero...terlalu susah untuk dia membinanya semula..atau mungkin rasa dalam hatinya cuma sementara..ah!aku pulak dah confuse nie...Ai berkerut..tangan masih laju memetik gitar..lagu kegemarannya di ulang sekali lagi...Ai lemas dalam dunia sendiri..wajah shah dan aman silih berganti..

bersambung lagik..=p

p/s: aq memang xleh kalau orang duk mintak aku post citer cepat...haha..thxn  for reading..lev ya!